Showing posts with label ...cite liburan.... Show all posts
Showing posts with label ...cite liburan.... Show all posts

Saturday, January 7, 2012

...the 1st and the WORST!...

...arini aku plan nak tengok wayang cerita ni:

...tapi apakan daya, tiket aku dah beli untuk tontonan aku, Che Amad, Achik dan Apis ~ sepupu aku, terpaksa dipulangkan sebab masalah teknikal *&$%#@& kat panggung wayang GSC JJ Melaka.

...belum pun kekeciwaan berkenaan terubat, aku pi tukaq untuk menonton kisah yang masa tayangannya terhampir, yakni cerita TAHYUL nih:

...nak gelak kat aku gelak la, tapi aku nak bagi jugak komentar sikit pasai cita nih.

...sebagai pencerita yang baik, aku tamau hangpa pening2 ~ so aku kenalkan watak2nya dulu:

1. Arshad: remaja lelaki baru baligh kot lakonan Zahiril Adzim.
2.
Zakiah: anak dara kawan pada Mona lakonan Shera Aiyob, (isteri si Zahiril)

3. Mona: anak dara yang misteri lakonan Sara Ali.
4.
Johan: pengawas yang merosakkan reputasi semua Pengawas di Mesia.

5. Ashraf: adiknya Arshad.
6. Murni: penghuni rumah anak yatim yang berkawan dengan makhluk halus.
7. Daud: Si budak ber-spek mata.
8.
Bella: rival kepada Mona.
9. Pak Amid: Penjaga anak yatim sepenuh masa
10. Pak Saad: Pengganti Pak Amid yang kaki J dan B. (sesekali hangpa teka la plak)

...ceritanya simple ~ sekumpulan anak remaja dan kanak-kanak yatim berpindah ke rumah baru. Rumah yang lama ditinggalkan.

...lebih kurang camnilah (bukan rumah sebenar)...

...so mudah cita, rumah nampak suram + seram +kelam. Penjaganya pun yang bernama Pak Amid (tak ada kena mengena dengan pak aku), pun berwajah seram, tapi dia bukan hantunya. (Ops tercakap pulak!)

...budak2 neh macam2 kerenahnya. (aku skip banyak plot2 tak penting lagi membosankan) Satu malam, depa pi angkat lemari dalam bilik Mona & Zakiah, then tanpa disengajakan telah memecahkan lantai di luar rumah berkenaan. Pastu, si Arshad terjumpak sebuah cermin lama bawah lantai tu.

...then dia ambil dan kemudiannya hadiahkan kat si Mona yang dia gilakan sangat2 tu dari mula cita ni. (PAHAM setakat tu?)

...lepas dapat dan belek2 wajahnya cermin, Mona start jadi bukan-bukan. Dia gaduh dengan Bella di sekolah dan Bella mati pastu. (scene mati ni aku kategorikan meNGELUkan aku ~ NGERI + LUCU)

...si Johan pun ada buat naya gak sebagai pengawas yang JAHANAM pada si Mona, dan tak puas ati punya pasai, si Mona buru dia sampai ke rumah. Johan pun mati jugak. Cara dia mati agak over kalau nak dibandingkan dengan mana2 filem Final Destination. (wajib tengok kalau dah masuk TV nanti, bukan sekarang!)

...dipenghujung cerita, Mona berjaya ditewaskan, tapi tak pasti macamana tiba-tiba si Ashraf pulak kena rasuk. Aku pun pening gak. Dalam usaha memerangkap makhluk berkenaan dalam cermin besaq, Mona, Arshad, Ashraf, Zakiah dan si Daud ~ habes semua terperangkap dalam cermin tu pulak.

[dan kami berempat TERperangkap dalam panggung tu sampai kesudah ~ nak kuaq rugi lak tiketnya]

...okeh ~ ni ulasan aku. IKHLAS.

1. Cerita ni sejam setengah. Sejam pertama sapa nak tidoq, buleh tidoq macam sepupu aku. Then buleh layan seram sejuk pada 30 minit terakhir.

2. Watak kaku dalam cerita ni ramai, dan banyak lak scene diaorang ~ Pak Amid, Pak Saad
dan si Daud budak spek mata.

3. Scene Ashraf dengan Daud main 'Spirit Of The Coin' pun ala kadar, sebut pun meraban ja, tapi roh boleh datang walau tak jamu darah or lain2 offerings.

4. Watak Zakiah banyak sangat la bermula dengan 'HOI!' dan
'HEI!'. Terganggu gue!

5. Skrip lemah dan lemau. Siap ada skrip macam cita hantu yang penah aku dengaq dulu-dulu ~ "nak tido ke dah tahu?"

6. Di sekolah menengah ada jawatan Guru Besar.

7. Pengetua balik sekolah jalan kaki sambil kepit buku keluar pintu pagar sambil menyapa pelajarnya.

8. Para penjaga anak yatim pakai kete hebat2 masa menjemput jagaan masing2, kecuali kakak si Arshad dan Ashraf yang datang menapak kaki.

9. Johan si pengawas kena cengkam perutnya oleh si Mona dan dapat tanda macam seal-mark kat perut Naruto.


...lebih kurang la ~ tapi seal-mark ni lagi lawa...

10. Bella mati dilanggar kenderaan. Muka orang yang langgar dia tu macam amat dibuat2 terkejutnya.

11. Pak Saad si kaki J dan B tak henti2 menyebut nama Allah masa berhadapan dengan Mona, walau dalam keadaan maBok.

12. First taim aku gi panggung, belom cerita habes, pekerja GSC dah bukak pintu KELUAR. Siyes!

[KREDIT]: ...aku tak lah kejam. Ada la satu scene yang aku anggap berjaya ~
scene Mona dengan Bella berlatih berlakon kat pentas, tu aku puji sebab tu yang aku nampak 'berjaya'.

...dan Mona or si Sara Ali ni memang lawa.

DONE! Hehehe.

Thursday, December 1, 2011

...FiRsT...

...on the 1st of December,
...for the
1st time ever,
...I watched a novel-based movie.

...on its very
1st day,
...never a 2nd thought,
...after what I heard about it.

...it gave me a blend of feeling,
...towards the ending,
...embracing the love - the joy and the sufferings.



...I 'was' part of it,
...it 'was' GOOD,
...I 'wish' for the best to happen,
...and I 'wish' that I could.

Tuesday, September 7, 2010

...kekuciku..

...aku ada 2 ekor kekuci, yang aku ambil dari kak Zety.
...kak Zety ada lebihan kekuci yang dihasilkan oleh pasangan kekuci lama yang diambil dari dak Azeem.
...kekuci tu nama diilhamkan oleh dak Amad.
...kekuci tu comel. Kekuci tu aktif. Kekuci tu suka berebut main roda.
...dan kekuci tu dah mengawan rupanya...

Tuesday, November 4, 2008

...3 hari 2 malam...

...macam tajuk rancangan TV adanya, tapi hakikatnya, buat pertama kalinyanya dalam selama aku berkhidmat kat Melaka ni, murid-murid sekolah aku seramai 23 orang telah dibawa berkhemah ke sebuah tempat yang agak jauh dari kampung dan sekolah mereka, dengan harapan agar mereka dapat merasai pengalaman berkhemah yang sebenar. Asyik-asyik kat padang sekolah ja, malam lak tidur dalam kelas, tak ada feel and thrill la pada aku.

...bermula dari petang Jumaat (31.10.08) sehinggalah Ahad (2.11.08) kami semua telah berkampung di Kem Saujana Asahan, sebuah tempat di kaki gunung Ledang yang indah permai dan dikelilingi scenery yang indah adanya. Memang sesuai dengan jiwa aku adanya.

...buat pertama kali juga, murid-murid diberi peluang melakukan aktiviti flying-fox dan juga jungle-trekking dengan dipandu arah oleh Cikgu Jamal, orang kampung tempat aku mengajar juga adanya. Yang pastinya, aku merasakan kepuasan dalam melakukan tugasan yang diamanahkan, disebalik pelbagai kemaslahatan, aku rasa ini adalah percubaan yang berjaya walau untuk pertama kali adanya.
...penat memanglah penat. Mementanglah bujang, memang kudrat aku diperlukan seadanya, dan aku harap bebudak aku tak lah rasa menyesal mengukuti perkhemahan kali ini sebab selalu sahaja kena denda dengan Sir diaorang ni dek kesalahan yang ada walau sebesar Walls Mini Poppers. I want you to be a better you, somebody better than me in the future. Tak apa if kamu tak sayangkan Sir, tapi Sir tak boleh tak sayangkan kamu semua...

...dan kepada yang rapat dengan aku masa tu, pastinya mereka dah lebih mengenali siapa aku dengan lebih dekat, dengan lebih jelas. Itulah aku seadanya. My true colours were revealed a bit back there. Terima kasih kepada semua yang terlibat, baik guru-guru mahupun pasangan hidup mereka yang membantu. Buat adik-beradik aku kat situ, terima kasih sebab memberikan aku semangat dan berkongsi kegembiraan, suka-duka bersama. Dan event yang best dalam 2 malam tu ialah BBQ! Thank you kak Zety kerana sponsor kambing seekor, or seekor kambing, ayam, ikan dan juga daging malam tu. Memang tercapai hajat den makan BBQ kambing.

...menyingkap sedikit perkongsian cerita Ustaz kat aku, dia mengatakan laluan ke tempat perkhemahan tu dikatakan laluan rombongan Hang Tuah semasa dalam perjalanan untuk meminang Puteri Gunung Ledang buat Sultan Melaka satu ketika dulu. Entah ya, entah tidak, aku pun tak pasti, dan dia pun tak pasti. Cuma mungkin nak menaikkan nama tempat tu kot gamaknya, cerita ini disampaikan. Yang penting-sebuah sejarah telah tercipta di kaki gunung Ledang ni! Tahun ini! Tahun depan kita cuba lagi. Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi nama awal-awal ya? Hehehe.

Sunday, September 21, 2008

...Ramadhan, jalan-jalan & makan-makan...

...salam buat semua, dulu cerita tentang otak-otak. So, this time around, bersempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, aku rasa nak mengetengahkan tentang makanan. Ya! Tentang makanan dan makan-makan, walaupun bulan puasa tapi aku rasa pada masa ni lah nafsu makan kita meluap-luap. Mana taknya, sesetengah makanan tu cuma hadir pada musim bulan puasa sebegini, dah sukar ditemui pada bulan-bulan biasa. inilah berkat bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan limpah rezeki dari Allah SWT.

...terceramah jap, tapi baguslah, sekadar ingatan buat diri sendiri juga yang kadang-kala lupa. Ok, aku cuma nak highlight tentang makanan yang aku suka sangat bulan puasa ni. Memandangkan hidup membujang ni, aku cuma boleh beli benda makan ni semua kat bazar Ramadan je lah. Syukurlah member rumah aku pun boleh katakan suka menjelajah bazar Ramadan yang ada kat bumi Melaka ni, jadi agak banyak jugaklah pilihan yang ada...

...nasi kerabu. Memang aku suka. Semenjak aku makan nasi kerabu yang kaler biru ni dulu 1st time dengan Harizal (aku mention gak nama roommate aku ni kat matrix dulu...hehehe), bulan puasa gak, aku rasa teruja dan aku minat sampai la sekarang. Dengan budunya, cilinya, soloknya, daging bakar, keropok ikan juga telur masin, fuhhh...pakej lengkap tu.


...satar. Or sata, aku tak tau ejaan sebenarnya, tapi yang aku takkan lupa ialah rupanya juga rasanya yang enak. Kata orang, makanan ni asalnya dari Pahang, ada kata Terengganu, yang pastinya asalnya Pantai Timur. Rasa isi ikan yang di gaul rempah juga kelapa parut tu memang la aku takkan lupa, tapi sayang dah nak habis Ramadan ni, aku tak bertemu lagi dengan makanan ni lagi...


...popia. Popia basah. Yang ni pun jarang-jarang amat aku nak jumpa adanya, teliur gak bila tengok kat TV je kekadang. Popia ni yang sedapnya sos dan juga inti dalam tu, yang ada taugeh, ada hirisan lobak sket, udang kering, telur sket, timun juga sengkuang, wah, meriah. Insya Allah berkhasiat dan sodap!


...setakat tu dulu, eh macam taip surat rasmi pulak. Nanti lain masa kita sembang makan-makan lagi, Insya Allah. Erm ada satu soalan buat semua yang baca blog ni, ada sesapa tau tak apa nama kuih ni, or kerepek, or makanan dari Sabah ni? Sedap. Sesiapa yang tau, bagitau ya apa namanya...jumpa lagi.

Sunday, June 22, 2008

...sepetang bersama Joe Rogan...

...hehehe, tajuk entry yang ni pun tak ingat. Joe Rogan - that was the first two words that came out from Lan's mouth masa aku jemput dia kat Melaka Sentral minggu lepas. Lan merupakan coursemate aku masa kat kampus Gombak dulu, dan dia ke Melaka untuk jalan-jalan katanya.

...aku berbesar ati dengan kedatangan Lan sebab aku pun dah lama tak jumpa dia,
since tamat pengajian ilmu hitam kami...hehehe. Nak berharapkan aku bawak Lan jalan-jalan kat Melaka, aku cuma nampak 3-4 tempat tipikal. Alhamdulillah, Kapten Ady ada pada petang berkenaan, dapatlah bawa Lan dan juga aku pergi jalan-jalan kat Melaka. Mekasih pada dak Ady,merasa jugak aku masuk Jonkers Walk tu dan pada aku, the place is nice dan aku suka.


...dan aku cuma berkesempatan bawa Lan pergi ke puncak sebuah bukit di atas empangan berhampiran rumah aku untuk jalan-jalan. Nak ke Jasin, hujan dan macam tak ada apa yang aku nak tunjuk kat Lan. Kat situ kami sembang sampailah lewat petang, dan tak lupa bergambar untuk seronok-seronok. Anyway Lan, terima kasih kerana datang ke bumi Melaka. Datanglah lagi...jangan serik ye?

...cuti-cuti di Mela...

...supposedly aku tulis entry ni lebih awal, namun sebagai manusia biasa, aku akan menyalahkan masa kerana tidak pernah mencukupi buat aku beraktiviti. To err is human and nobody's perfect so inilah kisah yang terpendam hampir 2 minggu lebih. Takkan basi kerana ianya mengimbau sebuah memori.

...semasa cuti pertengahan tahun baru ni, aku telah pergi ke Pahang, to be exact, Jerantut untuk menghadiri kenduri YB Amin. So, aku dah sound member aku-Cikgu Sahril kata nak tumpang umah dia kat Mela, sempadan Kuala Lipis-Jerantut. Dia kata OK. Selain dari makan, minum dan tidur kat situ, aku berkesempatan mengajak Cikgu Aril berjalan-jalan di sekitar Bandar Kuala Tembeling, tempat yang dia tak pernah jejak.(aku pulak jadi tourist guide untuk dia petang tu)

...sambil aku melepak dan mengambil gambar-gambar dekat tepi Sungai Pahang tu, banyaklah yang aku cerita kat Cikgu Sahril ni pasal kenangan yang ada kat tempat-tempat berdekatan. Pendek kata, dia terpaksa mendengar segala cerita berkenaan sampai ke saat azan Maghrib berkumandang. Ish...ish...ish. Apa-apapun aku amat berterima kasih atas layanan cikgu Sahril yang baik banget semasa aku di Mela City sehinggalah aku menghantar aku balik ke Kuala Lipis. (...Lipis...alamak, satu lagi set cerita yang aku terpaksa simpan dulu...)

Wednesday, June 11, 2008

...Alhamdulillah, dah kawin dah...

...cuti sekolah semester yang lepas, aku berkesempatan menghadiri 2 kenduri kahwin insan-insan yang rapat dengan aku. Bertarikh 29 Mei 2008, aku ke Jerantut sebagai memenuhi undangan YB Aminallah Mohamad ke majlis perkahwinan beliau.

...beliau merupakan bakal Ahli Parlimen bagi kawasan Ulu Tembeling, dan dia sebenarnya sedikit kecewa dengan aku sebab mulanya nak suruh aku jadi pengapit dia, tapi yang bestnya dia cuma bagitau sejam setengah sebelum upacara berlangsung pada mana di ketika itu aku sedang menonton tv bersama Cikgu Aril dan bersarapan lewat pagi...hehehe. Maafkan saya ya YB Amin?

...apapun, aku bersyukur dapat kembali ke bumi Jerantut bagi meraikan hari perkahwinan YB Amin, sekaligus buka peluang aku bertemu kembali bekas anak-anak murid aku semasa aku praktikal di Lembah Ulu Tembeling pada 2005 dulu. Aku juga berkesempatan bertemu dengan beberapa penduduk Kampung Bukit Mat Daling yang dah lama aku tak jumpa, sempatlah beramah mesra jap ala-ala YB turun padang...hehehe.


...tanggal 7 Jun 2008, aku dan kawan sekolah aku, Ramli (aku uar-uarkan namamu atas permintaanmu juga) menghadirkan diri sebagai memenuhi jemputan rakan sekolah merangkap satu universiti aku dulu yang berlainan kuliyyah di Simpang, Taiping. Puan Seri Mimi Faiza sekarang ni panggilan dia, dah lama tak berjumpa, bertemu cuma di hari bahagia dia sahaja. Tu pun aku tak berkesempatan ucap tahniah secara berdepan, dia terlalu banyak event yang dilalui, bersanding, silat pulut, wayang kulit bla..bla..bla dan aku cuma sempat tinggal pesan kat kawan dia Cheq. Alhamdulillah, yang penting aku memenuhi jemputan yang diberikan. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

*... gelaran YB and Puan Seri tu saja ja aku letak, nak kasi menarik sket...

Saturday, May 31, 2008

...aktiviti sihat untuk kesihatan...

...aku tak sure bila tarikhnya tapi seingat aku pada 25 April lepas, definitely after payday sekali lagi aku, Liban dan Azrul telah sama-sama menerobos lagi sempadan kebiasaan kami-dan kali ini kami sama-sama pergi berbekam di satu booth promosi Pusat Rawatan Islam di pasaraya Giant Melaka.

...planning sememangnya dan lama antara aku dengan Liban, cuma Azrul dimaklumkan sedikit lambat. Aku kalau menderma darah pernah la beberapa kali, tapi untuk berbekam membuang darah kotor dari tubuh ni, ni lah kali pertamanya. Ngeri jugak memula tu. Sebenarnya malu la, sebab masa aku dengan Liban saja-saja riki aritu yang jaga lelaki yang berketayap putih, sekali time datang nak buat rawatan tu, ada anak gadis yang fuhhhhh...putih melepak wa cakap lu yang jaga booth tu. Hampir2 tak jadi berbekam dek kerana malu...dan yang lebih ngeri bagi first timer macam aku ni, anak dara tu tolong buat plak. Siap bagi instruction itu ini dari bukak baju sampaila berbaring dan.....tuttttt (untuk pemahaman mereka yang dewasa sahaja).


Iklan jap:- ...sambil tu bermacam input telah disampaikan dek anak dara tu yang aku tak berani nak tanya namanya siapa, dan di antara kebaikan berbekam yang membuang darah kotor ni adalah:

membuang angin dalam tubuh, dan badan aku memang banyak angin (tu yang nampak bulat tu)

membuang asid urik yang tidak diperlukan oleh tubuh yang juga membahayakan kesihatan tubuh...

menyegarkan badan dan melancarkan perjalanan darah sebab dah buang darah kotor dan juga darah lama...


Sambung balik cerita kengerian aku tadi, time dia urut belakang guna minyak zaitun (...bau pun aku dah cam...) aku dah makin ngeri sebab pepahamla tubuh anak teruna macam aku ni tetiba disentuh tangan anak dara muda sampai ke bahagian hampir ke punggung...sensitif tu.

...tau-tau je aku dengar dia gelak-gelak and cakap banyak lelaki memang senisitif bahagian ni...aku dah merah padam muka! Selepas urut2 dengan selawat segala, aku curi tengok tangan dia, sebab rasa was-was jugak lembut je jemari dia tadi-dan Alhamdulillah dia pakai sarung tangan getah. Aku dah hampir terlupa ni rawatan Islam punya kaedah! Kesian kat dak Pezal ni...hehehe.

Sesudah dia pasang cawan bekam kat badan tu, dia buka balik then cakap suruh aku bertahan sebab nak cucuk lubang bagi keluar darah. Aku pun relax la tak tahu apa dia guna, tapi pedih gak time dia cucuk tu, sampailah aku gatai mulut tanya jarum apa dia pakai. Dia pun selamber je jawab - tak guna jarum, guna mata pisau cukur cap buaya tu! Aku terus rasa nak tepis tangan dia tapi ku tahan jugak semampu aku.

Dan kelakian ku teruji lagi tambah-tambah bila dia buat torehan luka kat bahagian pinggang lagi...kena la pulak kat bahagian pinggang ja dok ada 4 lubang bekam...Allah sahaja yang tahu betapa aku sengsara dan pastu lah Azrul pun datang mengambil gambar aku sedang berbekam. Dan dek kerana kejelitaan si perawan tu, Azrul pun nak juga berbekam selepas aku. Ok lah tu, dan Liban pula berada di bilik sebelah juga melalui proses yang sama dengan seorang yang berpangkat makcik yang ramah dengan beliau. Hehehe...

Kesimpulannya, berbekam ni seronok sebab rilek sket rasa badan aku selepas tu, Alhamdulillah dan aku sekarang ni dah kurang rasa sakit pada bahagian tengkuk juga belakang sepertimana biasa. Kepada yang belum pernah mencuba-silakan mencuba ya?

Sunday, March 30, 2008

...kisah seekor kuda air...



Bertarikh 29 Mac lalu, aku telah menonton sebuah filem yang bertajuk 'The Water Horse' di pawagam MBO di Melaka Mall. Ini merupakan kali kedua aku datang menonton wayang semenjak aku bertugas di Melaka. Basically, aku tak tahu sangat cerita ni tentang apa, aku dengan Liban cuma nak menonton sahaja.




Bagi yang belum menonton cerita ni, aku takkan bagi sinopsis ceritanya kat sini-tapi yang pastinya aku dan Liban enjoy tengok cerita ni. Sesuai bagi family dan juga yang suka tengok cerita yang menekankan unsur-unsur kekeluargaan. Tak sesuai bagi yang berdating mahupun peminat cerita seram adanya. Pada aku, garapan ceritanya pada mula memang boleh diagak akan penyudahnya, namun begitu-cerita ni tak membosankan. Yang paling penting ialah mesej kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan yang cuba diterapkan melalui watak-watak yang ada-Angus McMorrow, Crusoe, Lewis Mowbray etc. Dengan reputasi kisah raksasa Loch Ness yang terkenal, sememangnya filem ini punya daya tarikan dan kekuatan tersendiri. Pendek kata, persahabatan yang sejati itu tidak mengenal batas usia, rupa mahupun taraf sesuatu makhluk. Selamat menonton bagi yang belum menontonnya.




Monday, March 17, 2008

...reUnion di Batu Pahat...

...sepatutnya aku tulis ni lebih awal, tapi memandangkan tertinggal set kamera digimon aku dalam kereta Leeban, aku terpaksa tunggu la. So aku sambung dengan perjumpaan aku dengan Papa yang baru balik dari Sabah. Setahun lebih tak jumpa-so this time, aku ajak Leeban pergi sama...memandangkan hari berkenaan (10 Mac) Papa pun baru balik dari majlis kenduri adik ipar dia kat Kota Tinggi, jadi kami gerak ke Batu Pahat agak lewat, selepas Zohor. 2 jam lebih baru kami sampai (plus lunch time and sesat sesaat beberapa kali)-lepak jap umah Papa minum2 teh Kundasang, Sabah.


...pastu mulalah ligat kami ke sana ke mari, bermula dengan menemankan Papa shopping pakaian anak2 dia-Addin and Hana, sehinggalah tersasar jauh sehingga bermain boling kat BP Mall. Hehe. 3 set permainan, memang enjoy coz dah lama tak reUnion sama bebudak PI. At the end, Leeban menang 2 game, aku satu game (rekod tu..tak pernah kalahkan Leeban sebelum2 ni!) Papa cuma mampu mencabar...hehehe.

...balik singgah minum2 lagi kat rumah Papa, then gerak balik jam 12 am, sampai rumah, dah jam 2 pagi! Yang penting, sampai hajat jumpa sama geng (macam bunyi GBS pulak) yang dah lama tak jumpa.

Tuesday, March 11, 2008

...OPS makan-makan...

...malam ni, kami singgah makan malam di sebuah restoran di pinggir kawasan Durian Tunggal. Kat Melaka ni, kebanyakkan restoran atau kedai makan mempunyai 1 kriteria yang sama-ada open karaoke. Mungkin berbeza cuma setting tempat juga hiasan dalaman, that's all.

...kami bertiga makan sempoi je, yang penting minuman rasmi kami tetap sama. Aku dengan teh o' limau suam, Liban dengan jus buah yang sihat dan Azrul dengan air milo beliau. Yang tak best ialah, makanannya walaupun menu berlainan, semuanya rasa sama sahaja. Nak komplen, rezeki, jadi makan sajalah.

Yang lagi membuatkan kami terkilan ialah harganya yang mencecah RM18 untuk nasi gorang pataya, kuey tiaw tomyam dan nasi daging merah,mahal beb! Seperti kebiasaan juga, bila kami rasa terkena sebegitu rupa, maka kami bersepakat untuk memblacklistkan restoran berkenaan - that was the first and the last...(better to blacklist than to black magic kan kedai tu...hehehe)

Sunday, March 2, 2008

...suatu malam di Melaka...



...petang ni aku dan Liban keluar ke bandar Melaka. Dia nak pi jumpa Hasrul untuk sembang2 pejabat, dan aku pulak saja mengikut dan jumpa member aku kat Mahkota Parade. Lagipun bosan la duduk kat rumah hujung2 minggu ni. Melepak dari jam 6 petang dan balik dalam jam 10 malam. Erm, balik tu, aku dengan Liban singgah makan jap kat satu restoran asam pedas, well aku lebih menjadi teman Liban coz dia yang lapaq. Aku just minum ja...dan sempat la pau sikit2 chicken chop dia...pada aku fillet ayam dia besar. Yang lain biasa ja...dan tetiba teringat masa makan chicken chop kat Uptown PJ zaman muda2 dulu...mahal, tapi berbaloi. Hehehe...


...lupa lak...aku baru potong rambut tadi petang sebelum pegi Melaka. Sukenye! Sukenye! Satu kepuasan, satu kenikmatan bila aku dapat potong rambut...