Showing posts with label ...cite serius.... Show all posts
Showing posts with label ...cite serius.... Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

...bagusnya orang CINA...

...baru-baru ni, aku ke pasar bersama ibundaku terchenta. Aku parking Hero aku berhampiran sebuah gerai makan yang masih belum dibuka. Aku kenal empunya gerai, begitu juga mak aku. Aku namakan di sini sebagai Makcik S. Dia dah lama berniaga makanan kat tempat aku ni - yakni Bandaraya BS. Kalau dikirakan, gerai ni baru saja dibukanya. Dia jual ~

 ...nasi ayam dengan kadar harga yang MURAH...

Sebagai contoh, dalam zaman sekarang ni, boleh angpa carikan orang jual nasi ayam dengan harga RM2.50 satu set, ada? Yang aku tau, inilah harga yang diletakkannya kepada para pelanggan.

...cara pemikiran dia berniaga macam mak abah aku jugak. Tak semua orang mampu nak beli makanan dengan harga sekarang ni, so kenapa nak jual mahal2? Jual murah, orang lagi rancak membeli. Jadi kalau kos bahan mentah dah rendah, tolak-campur-darab-bahagi, dapatlah untung sikit buat upah anak-anak yang membantu dan belanja dapur.

...jadinye ~ kenapa nak charge lebih, kan?...

...dalam perjalanan balik, mak aku bercerita, Makcik S baru saja bukak gerai dia semula. Dia baru baik dari sakit. Tapi masih belum pulih sepenuhnya. Aku pelik tapi dah dapat agak cita selepas tu. Adik aku yang no.4 berkawan baik dengan anak Makcik S ni, so cerita yang aku dapat ni adalah kategori dari sumber 1st person jugaklah.

...Makcik S cerita - satu hari tu selepas berniaga, dia rasa sakit-sakit badan secara tiba2. Namun begitu, besoknya dia masih kuat untuk menjalankan perniagaan nasi ayamnya seperti biasa, dan berlangsung beberapa hari. Tak lama lepas tu, dia sakit semula. Kali ni, kakinya rasa sakit seperti dicucuk-cucuk. Dia tak boleh nak berdiri lagi apatah nak buat kerja lain. Kesimpulannya, tutup kedai sementara waktu.

...macam biasa, ke klinik, berjumpa pakar, tiada hasilan. Berubat pula secara alternatif, dan sememangnya seperti yang kita dapat jangka - Makcik S terkena buatan orang yang iri hati akan kemajuan bisnes beliau. Alhamdulillah, selepas dia sembuh, tanpa niat nak balas apa buatan jahat sapa pun orang berkenaan, dia berniaga semula.

...mungkin panas hati melihat kebangkitan semula Makcik S, si Melayu busuk hati ni bertindak lagi. Kali ni kalau Makcik S tak dapat dihalang dari membuka bisnesnya, biar orang pulak lari dari menjadi pelanggannya. Dengan tekad sebegitu jahat, si Melayu busuk hati ni mengenakan sihir lain pulak kepada Makcik S. 

...bila ditempat bisnesnya, Makcik S selalu jadi tak sihat, sedangkan di rumah sebelum tu dia ok. Kepalanya berdenyut sakit dan tekak terasa loya. Bergembiralah si Melayu busuk hati ni bila melihatkan Makcik S termuntah-muntah beberapa kali di tempat berniaganya. Kalau kita jadi pelanggan, kompom kita geli-geleman dan mungkin tak datang lagi. Kan? Itulah yang berlaku, dan berterusan sehingga hari ini.

...sifat dengki orang kita ni memang teruk! Sangat teruk! Sangat keji! Orang kita nak berjaya dalam perniagaan bukan dengan cara memberikan yang terbaik, tapi menjahanamkan orang lain yang dianggap pesaing. 

...sebab tu aku puji peniaga-peniaga Cina, terutama yang buat bisnes menjual makanan ni. Cuba angpa tengok orang Cina meniaga makanan, dalam satu tempat, bawah satu bumbung kadang2, tapi depa boleh sama-sama survive walau menjual makanan yang hampir sama.  


...depa berniaga makanan bawah satu bumbung- bukan sehari dua tapi dah lama...


...yang tadi jual mee - yang ni pun jual mee jugak. Takdak gaduh-gaduh pun...

Orang Melayu kita? Cheh, jangan haraplah. Ada memang ada yang baik, tapi 


...yang busuk hati lagi buruk perangai ni bersepah dok ada.

...aku cakap bukan suka-suka. Perkara yang terjadi pada Makcik S tu juga berlaku pada abah dan mak aku yang berniaga kecil-kecilan. Depa berfikiran mudah, buat apa nak dengki busuk hati, kita masak sedap2, berniaga dengan elok, jaga kebersihan dan kualiti makanan, pelanggan akan datang selalu. Bukan kira masak cincai dan nak untung saja. Rezeki Allah ada selalu untuk kita - Insya Allah.

...abah berniaga air tebu di satu tempat yang agak jauh dari tempat orang lain berniaga. So memang tak kacau orang lain. Tu pun orang mai kacau jugak, atas alasan berniaga benda yang sama dengan depa tu. 

...mulanya - si Melayu busuk hati ni mulanya buat sihir supaya orang tak nampak gerai abah. Abah ikhtiarkan dan pulihkan semula tempat berkenaan.

...pastu -si Melayu busuk hati lain pulak buat sihir supaya banyak 


...lalat datang kat gerai, jadi orang geli nak singgah. (sihir ni memerlukan si pelaku datang berak di tapak berkenaan). Bodoh kan orang Melayu kita? - Abah bersabar dan masih berikhtiar memulihkan keadaan.

...tak cukup dengan tu - si Melayu busuk hati ni berpura-pura singgah membeli karipap yang mak aku buat (memang sedap weh - takde tandingan dengan karipap keledek orang lain, mak aku guna kentang tau?). Yang kali ni si Melayu busuk hati ni terus baca mandrem kejadah apa ntah, sampai mak abah atau sapa ja yang berniaga asyik nak
 
terlelap lena saja. Yang sihir ni pun abah ikhtiarkan dan pulihkan semula.

...mungkin dah penat menyerang tapak berniaga - si Melayu busuk hati ni berubah kepada menyerang abah aku pulak. Abah selalu sakit-sakit badan masa tu, tapi abah tak pernah nak berhenti berniaga. Itu sumber rezeki sampingan keluarga. Mana mungkin bergantung pada gaji bulanan semata-mata. Alhmdulillah, abah sembuh semula - tapi si Melayu busuk hati ni tak pernah putus asa, apatah datang memohon maaf semasa hari raya.

 ...lani tapak berniaga abah cuma tinggal sejarah...

[KESIMPULANNYA]: Orang Melayu kita bukan tak mahu berniaga. Bukan bukan tak mahu berusaha. Bukan bukan tak mahu maju dan berjaya. Tapi segelintir Melayu kita masih TAK MALU membuat onar dan dosa pada saudara seAGAMAnya.

...malu aku beb! Malu!...

Monday, June 4, 2012

...jahatnya ORANG KITA...

...petang tadi aku meLEPAK jap depan TV as usual dengan mak dan adik aku. Depa tengah tengok slot khas ulangan buat Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sedih dan sebak gak tengok cita tu walaupun dah beberapa kali Astro ulang tayang.

...al-Fatihah buat Allahyarham...

...satu perkara yang membuatkan aku LEBIH sedih bila mengenangkan perbuatan segelintir ORANG KITA yang mengenakan pelbagai jenis SIHIR kepada allahyarham dipenghujung usianya. Bertali arus. Tanpa sebab-sebab yang jelas.

...aku semakin tak faham, kenapa masyarakat kita ni - yang aku fokuskan kepada bangsa aku sendiri yakni - MELAYU, suka ada menda2 macam ni? Tak kira lah sapa pun bomoh yang mereka jumpa, Siam ka, orang Asli ka, orang Melayu ka, orang Indon ka, SIHIR-MENYIHIR, mengenakan ILMU HITAM ini amat sinonim dengan orang MELAYU.

...aku ulang - AMAT SINONIM dengan bangsa MELAYU!

[Alkisahnya]...aku mendapat satu mesej baru2 ni dari salah seorang rakan guru, orang lama yang amat rapat. Dia mengadu bahawa Guru Besar-nya tak bertimbang rasa menyuruhnya menggantikan GB itu untuk satu majlis yang sepatutnya GB yang pergi. (normal memang ramai GB peM**** seperti ni dalam Mesia)

...dia meminta pelepasan tapi tak diberikan GB berkenaan sebab GB ni kata alasan yang diberikan tak masuk akal ~ nak jaga anaknya yang di-SIHIR-kan orang. Dari situ dia mula bercerita:-

...anaknya baru ditempatkan di Ipoh sebagai seorang pegawai kerajaan. Dok tak lama bekerja, anaknya mengadu berkenaan kehidupannya sering terganggu. Diganggu bayangan yang pelbagai rupa. Sehingga satu tahap dia tak mampu lagi meneruskan kerjayanya. Dari Melaka si ibu datang mengambil anaknya dan dibawa pulang.

...serata tempat dibawa berubat, habis yang moden sehinggalah ke yang alternatif, semua dah diusahakan. Hasilnya dari beberapa tempat rawatan alternatif mengatakan ada orang yang tak suka akan prestasi kerja anaknya yang sungguh ber-SEMANGAT sehinggakan orang berkenaan mengupah bomoh untuk membuang SEMANGAT gadis berkenaan jauh nun ke dalam hutan. 

 ...hati ibu mana yang tak sayu melihatkan anaknya seperti orang dungu, segalanya perlu diuruskan si ibu, dari mandi, berpakaian sehinggalah kembali beradu. Anak gadis itu dibawa ke sekolah dan ditumpangkannya bersama murid-murid Pendidikan Khas kerana dengan cara itu dia dapat dijaga semasa si ibu bekerja. Bukan perkara enteng untuk dia dan suami memulihkan semula keadaan anaknya, namun mereka tak patah semangat dan masih berusaha sehingga ke saat ini.

...apa kisah yang terbaru tak dapat aku ketahui kerana aku tak sampai hati nak bertanya. 

...inilah susahnya bila ada segelintir orang MELAYU kita yang TERLALU PERCAYA dengan ILMU SYIRIK sebegini. Mereka bergembira di atas derita jiwa orang se-BANGSA opss - se-AGAMA dengan mereka.


...dan bertambah SUSAH-nya jugak apabila wujud segelintir orang MELAYU yang TAK PERCAYA akan wujudnya AMALAN SYIRIK sebegini sehinggakan mereka sewenang-wenang menambah derita mereka yang sedia ada.


[PERCAYA atau TAK PERCAYA - kedua-duanya menyusahkan mereka yang tak berdosa.]

Saturday, June 2, 2012

...makin parah....

...baru lepas aku buat post pasai aktiviti kat motel depan mata tadi neh ~ berlakulah perbualan sepertimana di bawah:

"...abang Ngah ~ nak tau dak yang kuaq dari motel tu sat tadi JANTAN dengan BAPOK!"

"...mana ang tau tu BAPOK?"

"...iya Ngah ~ Acik tengok, rambut pendek, muka laki, dah tu dada pun LEPER! Takkan pompuan kot?"

"...ah sudahhhh depa buat lagikkkk..."

 ...bukan pelaku sebenar....

[aku ingat tauke tu tukaq M.O saja, tak sangka la plak dia buat pendekatan baru nak memperkembangkan bisnes dia. Hadui la]

...I am a SPY ~ Shhh...

...pejam celik, pejam celik, dah habis seminggu cuti persekolahan aku kat kampung. Ada seminggu lagi baki cuti aku. Kalau orang lain aku rasa dah macam-macam aktiviti dibuat, sama ada sendirian, bersama kengkawan, famili atau juga dengan anak isteri. 

Aku? Hehehe ~ macam ni je lah. Most of my time will be at home. Dok umah. Pengisian cuti aku?

~ makan2
~ tidoq
~ pi pasar, or pusing bandaraya Bagan Serai
~ ber'FB'
~ sembang-sembang dengan anak buah, mak dan abah.

...dan yang terbaru ~ JENG! JENG! JENG!
 ...
 ... 
  ...  
 ... 
 ... 
 ... 
 ... 
 ... 
 ... 
      
....menjadi SPY! Hahaha!

 ...ini bukan bukan apa, mak aku, adik-adik aku dan kak ipaq aku ada habaq kat aku yang motel depan rumah aku yang baru beroperasi ni dah mula jadi tumpuan - err...dah memang jadi hot-spot muda-mudi dan yang tak berapa nak muda dok buat port maksiat a.k.a ber-ehem ehem.

...berbekalkan gajet ini...


 ...aku menunggu dari hari ke hari, dan akhirnya ~ aku berjaya merakamkan satu bukti akiviti HARAM oleh 3 orang muda-mudi Melayu yang mengikut Perlembagaan Malaysia beragama Islam. 

...jangan salah paham ya? Aku hanya merakamkan taktik mereka menyusup masuk ke tempat berkenaan ye, bukan aku rakam 'aktiviti' haram berkenaan.

...Alhamdulillah ~ bahan rakaman berkenaan dah aku bawa ke Pejabat Agama untuk dijadikan bukti. Tindakan pun dah diambil, namun dek kerana kekurangan pegawai yang nak menjalankan serbuan, maka mereka lepas lari lagi. Ermmm.

...ku pujuk hati ~ takpa, macam mak aku dan pegawai berkenaan cakap, dunia depa lepas, akhirat belum pasti. 

...aku rasa tuan punya motel tau aktiviti depa dipantau, aku ingat dia nak berenti, rupanya dia buat lagi, tukaq modus operandi lain pulak! Patutlah cuaca makin panas tiap-tiap hari. Inilah puncanya.

Friday, December 9, 2011

...al-kisah rumah Allah...

Introduction: ...Melaka adalah sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan bangunan lamanya. Terdapat banyak juga masjid-masjid lama yang masih lagi beroperasi dengan baik sehingga ke kini walaupun setelah puluhan malah ratusan tahun. (Chewahhhh ~ intro yang skema). Yang aku nak ceritakan ni pun adalah sejarah jugak, pada mana terdapat sebuah masjid yang tidak lagi beroperasi sepertimana masjid-masjid lain di negeri Melaka pada masa kini.

...aku perkenalkan " Masjid Lama Machap"...

...cantikkan?...

...aku datang dengan Che Amad. Setelah hampir 2km menyusuri jalan sunyi, sampailah kami ke tempat yang dituju. Agak mengejutkan, tak pernah terbayang akan wujudnya masjid ni kat kawasan terpencil nih, Yang paling hampir ialah sebuah kawasan perkampungan kecil (dalam 6-7 buah rumah Melayu Melaka yang kecil saiznya). Sayup di kejauhan boleh nampak Kampung Baru Cina Machap di seberang tasik (lupa nak ambil gambar pulak).

...terdapat beberapa makam lama di kawasan berhampiran masjid ni...


...semasa berada di kawasan makam ni, aku terbau sesuatu yang amat wangi secara tiba-tiba. Aku pun suarakan pada Che Amad, almaklumlah ~ perkara yang jarang-jarang berlaku. Mistik. Dan dia pun seraya berkata " ...bau benda dalam plastik neh...". Rupa-rupanya ada beberapa botol minyak wangi dalam plastik yang disangkut dekat pagar makam tu. Hahahaha. Suspen woh!


Mode Serius kembali: ...kawasan makam terpaksa dipagarkan bagi mengelakkan perbuatan khurafat masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Semasa kami sampai, kelihatan sepasang suami isteri berbangsa Cina sedang bersembahyang di makam berkenaan. Perbuatan mereka cuma diperhatikan oleh penjaga kawasan masjid berkenaan. Tergamam aku sebab yang menjaganya ialah seorang lelaki berbangsa India. Ada sepasang pelawat Indonesia kat situ jugak. Melayunya? Aku pun tak tau...

...sekali imbas, masjid ni kelihatan dipengaruhi senibina masyrakat Cina ~ dan memang begitu adanya kerana masjid ini dibina atas sumbangan masyarakat Cina dahulu yang datang menumpang hidup di perkampungan Melayu Machap ni.

...motif corak yang menunjukkan pengaruh seni bangsa Cina...

...sebuah beduk lama masih elok dalam simpanan...

...batu catatan nama-nama penderma berbangsa Cina yang menyumbang dalam membina masjid ini masih kelihatan kukuh...

...bahagian dalaman masjid jugak terjaga rapi ~ Alhamdulillah...

....pintu utama masjid betul-betul mengadap kawasan tasik yang dahulunya merupakan kawasan penempatan masyarakat asal di sini...

...anak tangga masjid yang separuhnya ditenggelami air dahulunya menuju ke kawasan perkampungan lama...

...walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membendung gejala khurafat, tapi perkara tu masih berlaku. Sebab apa? Sebabnya ~ yang berusaha gigih membendung kegiatan ni ialah dari golongan penduduk asalnya, pihak berwajib tak ada mengambil tindakan. Yang dengar ceritanya ~ mereka berebut mengambil bahagian peruntukan untuk pemuliharaan masjid adalah.

...'batu bukti'...

...ini bukan sebarang batu, tapi serpihan genting lama yang menjadi bukti penyelewengan peruntukan untuk masjid ni. Bumbungnya dah diganti, tapi dengan jenis bumbung yang tak ada kualiti oleh mereka yang tak ada tanggungjawab.

...dari hasil temubual dengan penjaga tempat ni, kawasan masjid dan kampung berdekatan baru saja mendapat bekalan letrik tak sampai 2 bulan. Macam tak percaya tapi itulah kebenarannya. Masjid ni jugak tak dapat berfungsi seperti masjid-masjid lain atas alasan jauh.

...tak ada Jawatankuasa Masjid...
...
tak ada Imam...
...
tak ada Bilal...
...siak masjid pun
tak ada...
...yang ada cuma penjaganya sahaja...

....cuma sapa nak datang sembahyang kat sini, memang
tak ada masalah. Masalahnya cuma ~ tak ada orang yang datang. Sedeh kan?

Wednesday, November 30, 2011

...terBAKOR je aku rasa...

...sakit ati usah dikenang la. Mana tak nya, penutup tiup tayar HERO hilang kena curi dek orang.
...bukan 1.
...bukan 2.
...dah kali ke-3!
...habis semua 4 penutup dia ambik!

...ber-emosi sungguh aku jadinya. Aku bukan beli yang mahal2, yang stylo atau yang 'bling2'~ simple ja. Tu pun ada yang berkenan? Adehhh...

Friday, November 18, 2011

...ada apa dengan Famosa?...

...sedang iklan bergentayangan ketika aku menonton Maharaja Lawak Mega, aku pun tukar ke saluran lain yang kebarangkaliannya 1 dalam 100 untuk aku jengah ~ yakni TV1.

...sebuah dokudrama tentang Melaka ~ negeri aku menabur budi dan bakti.

...al-kisahnya tentang A Famosa yang aku dah lawati berulang kali. Akan tetapi, mendengarkan fakta yang disampaikan, membuatkan aku rasa sangat terkejut. Mana taknya, tak pernah diceritakan dalam buku teks sejarah semasa aku di menengah dulu. Dalam buku sejarah yang aku penah baca pun tak dinyatakan perkara tu. (...cara bercerita macam banyak ja aku baca kitab2 sirah Melayu neh...)

FAKTANYA: ...gerbang A Famosa dibina dari bahan-bahan binaan makam-makam Sultan Melaka dan juga MASJID-MASJID yang dibinasakan semasa Melaka ditawan Portugis!

...dan perasaan aku sekarang bercampur baur ~ and what about you?

Thursday, October 27, 2011

...sebelum mata terlena...

....saya minta maaf...

"I could never be the best person for you, as I can only care and love you with one thing that I have...

~ my small piece of broken heart ~

Monday, October 24, 2011

...let 'them' talk...

...2 berita = 2 kesedihan...

...2 situasi dengan 1 persamaan...

...aku mangsanya...

(...moga aku kuat menghadapi kenyataan ini bermula esok hari ~ Amin...)

Wednesday, January 19, 2011

...lagi-lagi FB...

...keseronokan ber'facebook' ialah apabila sesuatu status itu terpapang di wall kita, maka akan ada saja insan-insan yang memberikan respon, baik yang dah saling mengenali atau mengenali melalui kita, juga yang kita baru berkenalan. It's fun bebeh.
...dari status kita serius, ia boleh berkesudahan menjadi santai.
...dari penuh kerisauan, ia boleh menjadi menyenangkan sekali.
...dari diselubungi kemarahan, boleh jadi gelak ketawa dipenghujungnya.
...dari meratapi kesedihan, kita ditenangkan kengkawan yang ada.
...dari kebuntuan, dalam senda gurau-kita akan nampak banyak jalan dan cadangan.
...senang cakap, ramai orang kata FB pencetus kepada banyak ehwal negatif, tapi pada aku, baik buruknya sesuatu perkara tu-berbalik pada cara kita mengguna serta mengawalnya-bukan kita digunakan dan dikawalnya.
...aku sekadar menjawab persoalan biasa: Kenapa respon di wall FB selalu lari dari topik asal? It's simply because things always FAR BEYOND what are being discussed or viewed.

Sunday, January 9, 2011

...sebuah fenomena...

...i'm back. Selepas beberapa lama menyepikan diri dari menjelajahi dunia penulisan blog ni.
...seriously-tiada sebab aku menjadi senyap dan tak ada sebab aku perlu banyak bercakap.
...aku senang memerhati dan membaca manusia dari segala segi sebagai pengisian kehidupan aku sehari-hari. Inilah aku lately.
...aku yang hanyut melayari ef-bi (FB)...



Tuesday, August 31, 2010

...anak-anak merdeka...


kesucian minda mereka jangan kita cemari,
dengan nista caci maki,
dongengan hikayat lama ,
kisah pekikan puaka,
kerana merekalah yang akan membina,
nusa pertiwi di hari muka.

~SELAMATKAN KEMERDEKAAN KITA~

...merdeka...








MERDEKA!


MERDEKA!

MERDEKA!





...laungan keramat itulah yang telah bergema ke pelusuk tanah air Malaysia sejak 53 tahun yang lalu. Kemeriahannya dapat kita lihat dalam setiap sambutan, biar ekonomi tidak begitu memberangsangkan, biar bumi Malaysia dalam ketidaktentuan cuaca dan pada tahun ini kesekian kalinya kita menyambutnya dalam bulan Ramadhan yang mulia.

...pada aku kemeriahannya kali ini agak kurang dirasakan. Segalanya agak pudar, mungkin dek kerana pelbagai perkara yang melanda diri dan pemikiran aku lately. Apapun, aku terkilan apabila ada suara-suara sumbang yang berbunyi:

* merdeka tahun ni tak meriah sebab dalam bulan puasa lagi.
* kita tak boleh buat banyak sangat aktiviti, kita kan berpuasa?
* sambutan kemerdekaan tahun ni diadakan secara bersederhana sebagai langkah berhemah, dan bersempena bulan Ramadhan. Macamana pulak tahun lepas?


...aku terkilan sebab bulan Ramadhan yang disebut Allah SWT sebagai bulan kerahmatan, bulan keampunan serta sebagai bulan yang penuh keberkatan dijadikan sebab utama kepada kepincangan perancangan manusia yang mindanya tidak merdeka ni! Sedih!

...inilah sebenarnya kepudaran yang makin jelas pada kita sekarang ini. Kepudaran iman.

...kita hidup bukan kerana kita mahu hidup tetapi kerana nyawa kita masih lagi dipinjamkan oleh-NYA. Kemerdekaan kita juga begitu, kita merdeka bukan kerana usaha kita semata-mata, tetapi adalah dengan keizinan-NYA. Hakikatnya, kita semua masih belum merdeka.

Sunday, March 28, 2010

...maaf zahir & batin...

...maafkan diri ini kerana aku terlalu lama memendam kisah-kisah yang sepatutnya aku kongsikan. Kemampuan aku menulis pada saat ini adalah kerana aku perlu mencoret sesuatu. Kenapa aku meletakkan tajuk entry kali ni seperti ucapan biasa pada Hari Raya, akan aku perjelaskan. Ada kisah yang aku nak kongsikan.
...apapun, aku memegang saranan Dato' Dr. Hj Mohd Fadillah Kamsah yang kita kalau nak berubah, kena bermula dengan memaafkan diri sendiri, dan orang-orang lain disekeliling kita. Itu juga yang akan membuka pintu rezeki kita kelak, kerana dengan kemaafan, bermakna tiada dendam dan tiada dendam bermakna tiada stress. Menjadi amalan aku untuk bermaaf-maafan dengan yang terdekat sebelum aku dimatikan diri seketika. Tapi amalan tu terhenti apabila aku mendapati ucapan itu tidak lagi aku dapat dari insan yang sepatutnya, walau aku berterusan menjadikannya amalan buat seketika.
...dan aku berubah lagi. Aku cuba memaafkan diri aku buat kesekian kalinya. dak Amad pula ada menyatakan pada aku, dari ceramah agama yang dia dengar, ustaz itu menyarankan agar tidak selalu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan, kerana ia akan menjadikan kita lali dan mengulanginya. Aku kelu, tak tahu apa yang aku nak ikut. Bukan mudah bagi aku, tapi sekurang-kurangnya aku tahu aku meminta maaf itu atas kesedaran dan kesalahan yang aku buat. Bersalahkah aku meminta maaf? Ini angkara ego kita sebagai manusia. Atas ketelanjuran kata, maaf aku pohonkan...

Tuesday, November 3, 2009

...peringatan ke-28...

...pejam celik, pejam celik, dah makin berusia diri ni. Aku tak berharapkan pada ucapan ulangtahun oleh sesiapa pun pada tika ni, hatta aku tak pernah lupa pada hari lahir teman rapat aku adanya. Ucapan aku peringatan buat mereka, dan juga peringatan buat diri aku ni tentang banyak perkara yang telah berlalu dan telah berlaku. Aku hanya boleh mengucapkan kalimah syukur Alhamdulillah pada Yang Maha Esa atas kurniaan usia sejauh ini. Walau aku alpa pada-Nya. Walau aku derhaka pada-Nya.
...pada saat ni, aku sepatutnya menghabiskan tugasan membuat kertas soalan peperiksaaan akhir tahun, tapi entah mengapa, berat untuk aku menghabiskannya. Aku lebih kepada mencoretkan sesuatu buat tatapan yang membaca isi hati aku ni.
...terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan juga yang memberikan komen dari dulu hingga sekarang. Lately, aku agak menyepikan diri, pasif dalam nak berblogging ni , tapi dikesempatan yang ada, aku nak berkongsi sesuatu yang aku simpan dan jumpa kembali tadi
(pembungkus hadiah dari mak masa Hari Guru 2006). Aku ni, kalau benda tu penting, memang aku simpan selama-lama mungkin. Tambah-tambah, kalau itu pemberian mak. At the moment, aku tingatkan mak sangat-sangat. So guys, terutamanya buat adik-adik aku, bacalah...

Monday, August 10, 2009

...buat semua-bacalah...

...aku sebenarnya nak tulis tentang ni lebih awal, cuma mungkin keserabutan yang aku alami menyukarkan aku nak membuat segala sesuatu dengan sempurna. Aku akui aku lemah tentang

...buat setiap mata yang menatap intipati
entry aku, aku berterima kasih sebab sudi singgah. Pada ketika ni, mata aku belum rasa nak tido lagi, lagipun sekolah ditutup lagi sehari esok bersempena sambutan H1N1 Isnin minggu lepas. So, sebelum aku dimatikan seketika lepas ni, aku nak luahkan sedikit apa yang aku rasa yang membaca ni patut tahu. Kalau mati pun, rasanya aku dah luahkan apa yang perlu...

...
lately, aku rasa jiwa aku tak tenteram. Bukan penat. Bukan jiwa kacau mulanya, cuma aku ni sensitif orangnya. bagi yang rapat, yang kenal aku, mesti tau aku ada elemen ni. Suka atau tidak, aku akan melayan jiwa sensitif aku seadanya, orang lain tak kan paham. Aku bukan tak usaha nak ubah, aku dah usaha, tapi...entahlah...tapi aku terima sifat semulajadi ni sebab aku mewarisinya dari abah, dan ada kebaikkan tersendiri pada aku...

...
most of the time, aku akan di kritik atas apa yang terjadi. Tak kiralah family ke, teman rapat, jauh, dekat atau di tempat kerja, tapi aku terima, cumanya aku tak pandai nak luahkan. Orang nampak aku hepi, gelak ketawa sana sini, tapi hakikat yang terbuku dalam jiwa ni, tak mungkin ada yang paham, hatta selepas aku luahkan, coz in the end, konklusinya aku akan lebih tension. Aku bukan manusia yang pandai mengawal emosi adanya...aku akui...tapi aku berterima kasih atas apa yang dikritik, sebab walau aku tertekan kadang-kadang, tapi aku dapat lihat dan perbaiki apa yang kurang...

...selalunya, masalah yang aku ada, ada 2 orang ja yang aku akan habaq dulu, yang terdekat
dak Amad, yang terjauh Papa. Bukan bermakna orang lain tak paham, cuma, aku banyak bersembang dengan depa ni. Cuma sampai bila aku asik nak mengadu kisah dengan orang lain? Entahlah...

...baru-baru ni, aku agak kebosanan,
then bila aku diasak dengan satu soalan "...tak ada life lain ke selain dari sekolah?..." membuatkan aku tersentak. Bukan apa, itulah juga soalan yang ditanya pada aku oleh seorang cikgu lama yang berpengalaman kononnya dalam ehwal mengajar. Untuk pengetahuan semua, kalau tak kerana minat, kalau bukan kerana semangat, aku tak akan jadi cikgu. Aku menyempurnakan hajat mak aku. Berkat berkongsi ilmu ni banyak. Aku memang tak pandai bersosial dengan masyarakat sekeliling sangat. Aku akui tentang tu. Aku tak minat. Segalanya tentang minat dan semangat...

...aku akui jugak aku tak pandai dalam banyak ehwal, tapi aku belajaq jugak sikit-sikit. Malu tu ada jugak kekadang, tapi selagi boleh kumpul ilmu, apa salahnya campak kemaluan tu jejauh. kan? Tak ada apa yang aku rasa kurang, atau rugi...dan aku akui, aku banyak bergantung pada gerak rasa yang diberi oleh Allah dalam apa yang aku buat...


...apapun, aku
just nak simpulkan segala kerumitan yang berlaku ni di sini. Aku rindukan sebahagian diri aku yang aku dah hilang. Aku nak jadi aku yang lebih baik setiap hari.

...aku nak semua orang tahu, hidup kita tak lama.
...kita belajar dan dapat lebih dengan berkongsi, bukan memonopoli.
...mengabaikan apa kita rasa, membuatkan kita jauh dari diri kita sendiri.
...terlalu melayan rasa, kita akan lupa dengan tanggungjawab yang diberi.
...terlalu menurut, kita akan rosak binasa.
...terlalu menentang, timbullah huru-hara.
...banyak berharap, rosaklah impian.
...banyak bermimpi, punahlah harapan.
...usaikan apa ditangan.
...usaplah dengan ketenangan.
...usahlah terlalu dibuai kenangan.
...kalau janji diikat hati.
...rasa sayang makin bersemi.
...kalau sekali ia dimungkiri.
...matilah sayang berulang-kali.
...bersederhanalah dengan diri.
...bersendirilah bertemankan hati.
...bersemangatlah di Subuh hari.
...bergembiralah dengan berbudi.

...salam kemaafan buat semua yang membaca...

Monday, July 20, 2009

...waktu PAI: Mari bersyukur...

...salah seorang anak muridku, mengadu tentang banyaknya nyamuk di kawasan sekolah dalam waktu aku mengajar. Apa boleh buat, kawasan sekeliling sekolah aku ni banyak kebun getah, memanglah kawasan nyamuk. Dia bilang, "Sir, nyamuk ni banyak lah! Kecik pulak tu. Tak tahan lah!". Hmm, budak-budak kampung pada zaman aku, lasak, tidak seperti apa yang aku lihat sekarang. Jadi aku pun menjawab, "Sepatutnya kamu lebih bersyukur lah. Tak baik cakap macamtu." Dia tergamam. Dia tanya "Kenapa pulak nak bersyukur Sir? Nyamuk kan selalu gigit kita?" Aku menjawab, "Kita kena bersyukur sebab Allah jadikan nyamuk walaupun banyak tapi saiznya kecil yang datang menggigit kita. Boleh kita tampar dan bunuh. Bayangkan kalau nyamuk tu setiap seekor besar kucing, banyak pulak datang menggigit kita, agak-agak kamu sempat tak kamu nak komen-komen macam ni?" Dia senyap, dan aku pun senyap, sebab aku nak dia belajar berfikir sesuatu dari apa yang aku cakapkan. Selepas dari hari tu, dia tak tanya lagi dah, nyamuk yang datang, habis ditampar, dilanyak, dibunuhnya, termasuk yang ada di badan kawan-kawan lain, juga di lengan aku...lain pula penghasilan yang jadi. Apapun, bersyukurlah, dia ada kesedaran tentang bahayanya seseekor nyamuk itu walaupun kecil saiznya...

...sekadar renungan bersama...

...kadang-kadang kita senang menunding jari bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan kita, tapi kita lupa yang jemari yang menunding itu bukan milik kita dan tundingan itu juga untuk kita.

...kadang-kadang
kita berkata salah pada orang yang tidak sealiran pemikiran dengan kita, tapi kita lupa untuk menegur apa yang salah dan terus mempersalahkan, jadi kita sebenarnya lebih bersalah.

...kadang-kadang kita mudah melenting bila sesuatu yang berlaku tidak kena pada mata kita, pada pegangan kita, tapi kita lupa menyabarkan diri kita kerana itu pesan Allah pada kita atas segala perancangan-Nya.

...kadang-kadang kita lupa pada apa yang kita kata pada orang, akan datang pada kita kembali dalam pelbagai bentuk dan cara, tapi kita terus lupa untuk bermuhasabah tentangnya.

...kadang-kadang
kita berkata kita benar, kita betul hanya kerana kita nampak salah orang, tapi kita lupa yang tingkah kita juga menjadi hidangan mata dan jiwa lain yang memerhati.

...kita senang berbicara dengan lantang kerana orang lain diam tidak bersuara, tapi kita lupa pada kelebihan mereka yang diam dalam berbicara. Beralah bukan kalah, diam bukan memendam.

...sekadar pesanan buat diri dan rakan-rakan, kita jahil bukan sahaja kerana ilmu kita kurang, tapi kita jahil kerana tidak beramal terlalu berbangga dengan sedikit ilmu yang kita ada. Kita lupa dan tidak malu dengan Maha Pencipta yang Maha Mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kita. Kita rasa kita ikhlas, tetapi keikhlasan itu sebenarnya lebih dirasai oleh hati yang menerima, bukan hati yang bercerita.

...renungkan bersama. Salam Ukhuwwah.

Monday, May 18, 2009

...angkat besi vs angkat bakul...

...hehehe, this time around, aku nak menulis sedikit sahaja tentang workout or bahasa Melayunya-gerak kerja. Aku bukanlah orang yang terer pun tentang ni. Tapi aku terpanggil nak tulis sebab baru-baru ni, aku ada bersembang-sembang dengan dak Ady yang aku lebih senang panggil dak Amad.

...dak Amad ni kaki angkat besi di gym. Budak gym la. Dia bilang katanya, sorang kenalan dia minta dia senaraikan apa menu makanan harian dia dari bangun pagi sampailah ke malam hari.

...dak Amad pun bagilah dengan jujurnya. Di dalam senarai dak Amad, dia bilang pagi dia ada amik susu dengan kurma dan kismis. Respon dari mamat angkat bakul sendiri ni ialah, kurma manis, kismis manis, tak elok untuk bantu workout. Karbohidrat tinggi. Tak membantu.

...walaupun aku jahil tentang perkara makan minum orang besi ni, tapi aku cakap semula dengan dak Amad yang itu makanan yang menjadi sunnah Rasullullah SAW. Kalau tak ada tenaga yang cukup dan stabil, macamana nak buat kerja? Lebih membebankan sebenarnya. Pedulikan apa pandangan dia, tapi seingat aku, tak penah aku dengar larangan atau kekangan dari mengambil kurma walau pada pesakit-pesakit. Malah digalakkan sebab membekalkan tenaga yang segera dan semulajadi. Ayat penutup aku-tu dakyah Yahudi nak menghapuskan sunnah Rasullullah S.A.W dan pada masa yang sama mempromosikan barangan mereka. So dak Amad, membesarlah secara sihat,
and work it that way bro!

Friday, April 24, 2009

...ingat dan lupa...

...sekadar untuk renungan bersama.

...terkadang kita lupa. Dalam apa jua perkara kita pasti lupa. Pernah tak kita bertanya kenapa kita selalu lupa? Melalui pembacaan aku terdahulu, menurut para alim ulama, banyak penyebab yang mendorong kita menjadi pelupa. Seperti buat dosa (kecil atau besar), minum air tercemar dengan bangkai semut, selalu melihat alat sulit sendiri, tidur selepas Asar, makan makanan yang tidak tentu sumber halal haramnya, selalu melihat pada perkara-perkara maksiat dan ada beberapa perkara lagi yang aku akui aku lupa dan terlupa. Bukan apa, aku teringat pada suatu perkara yang kita terlepas pandang, yakni manusia itu sendiri yang bernama insan lahir dari perkataan Arab (nisyan) yang ada kaitannya dengan sifat lupa itu sendiri dari asal kejadiannya. So by nature, kita memang pelupa. Tapi hikmah kejadian Allah ini, begitu besar kalau kita fikir-fikirkan.

...sebab itu adakalanya kita mudah menunding salah pada orang, mudah nampak cela yang lain sebab kita sendiri lupa yang itulah kekurangan kita sejak azali. Adakalanya, kita berkata-kata seolah kita tak pernah dan tak akan membuat perkara itu. But remember, what goes around, comes around.


...p
elanduk bisa melupakan jerat, tapi jerat tak mungkin melupakan pelanduk. Oleh itu, jangan ditambah dosa memberi salah pada ibu yang mengandung, usah diungkap salah pada Melayu yang alpa, jangan disalah guru kencing berdiri, bukan salah Pak Kaduk naik junjung, kalau kita asyik bermadah kata, sehingga menjadi tak sedar dek untung, nyawa dan tubuh dipinjamkanNYA. Iman itu susah nak diperkuat, tapi mudah digugat, tetap sukar dijaga serta mudah digoda.


...akhir kalam, dalam melayari bahtera hidup, adakalanya kita perlu untuk menjadi pelupa, agar tidak memendam, menjadi pendendam dan pada tika yang sama, harus beringat dan tidak lupa untuk menjaga senipis iman yang kita punya.