Sunday, June 22, 2008

...cuma DIA yang tahu...

...di saat aku menulis entry ni, fikiran aku melayang memikirkan tentang dia yang aku sayangi. Buat masa ini, aku lebih senang hanya dia dan aku yang mengetahui tentang perhubungan ini. Aku amat menyayangi dia dan sepertimana dengan mereka yang pernah aku sayangi, aku berikan yang terbaik semampu aku untuk kebahagiaan dia.

...hanya kasih sayang, kerana harta tak ku punyai dan demi sebuah rasa yang ikhlas lahir dari hati, apa yang aku ada, itulah rezeki yang akan kita kongsi bersama sampai bila-bila. Walau pernah dilukai, namun rasa kasih sayang yang Allah beri pada diri ini tak pernah luntur buat dia yang aku sayangi. Aku tahu dia akan membaca setiap kalimah yang aku tuliskan di sini, dan aku berterima kasih kepada dia kerana menerima diri aku ini seadanya.

...setiap hari, aku tak pernah lupa mendoakan yang terbaik buat diri aku dan dia, buat kebahagiaan kami dan keluarga. Biar apapun takdir Allah kelak buat kita berdua di masa akan datang, Alhamdulillah aku bersyukur kerana dengan takdir Allah juga yang mula mempertemukan aku dan dia. Semoga perhubungan ini ke akhir hayat kami adanya...buat dia yang aku sayang - I thank you for loving me and I love you even more...Insya Allah...

...pesan Papa...

...sekadar memetik nasihat Papa pada aku untuk aku kongsi bersama buat yang melewati blog aku ni:

...dalam memilih teman, sahabat dan pasangan hidup, manusia di sekeliling cuma mampu memberikan nasihat dan kata pandangan. Kata putus adalah dari kita. Itu adalah satu-satunya keistimewaan yang tak mungkin boleh kita beri pada orang lain...

...sepetang bersama Joe Rogan...

...hehehe, tajuk entry yang ni pun tak ingat. Joe Rogan - that was the first two words that came out from Lan's mouth masa aku jemput dia kat Melaka Sentral minggu lepas. Lan merupakan coursemate aku masa kat kampus Gombak dulu, dan dia ke Melaka untuk jalan-jalan katanya.

...aku berbesar ati dengan kedatangan Lan sebab aku pun dah lama tak jumpa dia,
since tamat pengajian ilmu hitam kami...hehehe. Nak berharapkan aku bawak Lan jalan-jalan kat Melaka, aku cuma nampak 3-4 tempat tipikal. Alhamdulillah, Kapten Ady ada pada petang berkenaan, dapatlah bawa Lan dan juga aku pergi jalan-jalan kat Melaka. Mekasih pada dak Ady,merasa jugak aku masuk Jonkers Walk tu dan pada aku, the place is nice dan aku suka.


...dan aku cuma berkesempatan bawa Lan pergi ke puncak sebuah bukit di atas empangan berhampiran rumah aku untuk jalan-jalan. Nak ke Jasin, hujan dan macam tak ada apa yang aku nak tunjuk kat Lan. Kat situ kami sembang sampailah lewat petang, dan tak lupa bergambar untuk seronok-seronok. Anyway Lan, terima kasih kerana datang ke bumi Melaka. Datanglah lagi...jangan serik ye?

...cuti-cuti di Mela...

...supposedly aku tulis entry ni lebih awal, namun sebagai manusia biasa, aku akan menyalahkan masa kerana tidak pernah mencukupi buat aku beraktiviti. To err is human and nobody's perfect so inilah kisah yang terpendam hampir 2 minggu lebih. Takkan basi kerana ianya mengimbau sebuah memori.

...semasa cuti pertengahan tahun baru ni, aku telah pergi ke Pahang, to be exact, Jerantut untuk menghadiri kenduri YB Amin. So, aku dah sound member aku-Cikgu Sahril kata nak tumpang umah dia kat Mela, sempadan Kuala Lipis-Jerantut. Dia kata OK. Selain dari makan, minum dan tidur kat situ, aku berkesempatan mengajak Cikgu Aril berjalan-jalan di sekitar Bandar Kuala Tembeling, tempat yang dia tak pernah jejak.(aku pulak jadi tourist guide untuk dia petang tu)

...sambil aku melepak dan mengambil gambar-gambar dekat tepi Sungai Pahang tu, banyaklah yang aku cerita kat Cikgu Sahril ni pasal kenangan yang ada kat tempat-tempat berdekatan. Pendek kata, dia terpaksa mendengar segala cerita berkenaan sampai ke saat azan Maghrib berkumandang. Ish...ish...ish. Apa-apapun aku amat berterima kasih atas layanan cikgu Sahril yang baik banget semasa aku di Mela City sehinggalah aku menghantar aku balik ke Kuala Lipis. (...Lipis...alamak, satu lagi set cerita yang aku terpaksa simpan dulu...)

Monday, June 16, 2008

...pada hari Jumaat lepas...

...pernah dengar istilah 'Paraskavedekatriaphobia'? Ianya merupakan satu istilah yang membawa maksud ketakutan pada hari Jumaat yang jatuh pada tarikh 13 haribulan, pada mana-mana bulan sepanjang tahun. Situasi ini lebih kepada kepercayaan masyarakat Barat mengenai kecelakaan yang berlaku pada hari berkenaan. Yang dikaitkan dengan nombor 13 sebagai nombor sial atau membawa kecelakaan pada mereka ini. Aku tidak berniat memperkatakan berkenaan kepercayaan mereka, kerana aku punya kepercayaan tersendiri dan agama Islam yang mengajar aku menghormati budaya dan kepercayaan agama lain. Aku sekadar menulis berkenaan perkara ini atas beberapa sebab seperti yang aku nyatakan berikut:

  • ...Jumaat yang baru berlalu merupakan satu-satunya hari dalam tahun 2008 yang jatuh pada 13 haribulan. Mengikut fakta yang aku perolehi di dalam internet-mereka yang taksub dengan kepercayaan ini akan berusaha sedaya mampu untuk tidak keluar rumah mahupun melakukan rutin harian sepertimana biasa kerana takut ditimpa nasib buruk atau kecelakaan, sehinggakan rekod menunjukkan urusniaga ekonomi setempat mereka terjejas teruk pada hari berkenaan. Itu dari aspek negatif, dan yang uniknya, kadar kemalangan jiwa mahupun kebakaran pada hari dan tarikh ini turun secara mendadak kerana didapati masyarakat berkenaan akan menjadi terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan mereka-yang kebanyakkannya dihadkan di dalam rumah sahaja! Seharusnya attitude positif sebegini menjadi rutin sehari-hari manusia.

  • ...Jumaat adalah hari yang dimuliakan di dalam agama Islam kerana begitu banyak peristiwa bersejarah dalam Islam telah berlaku, dan seharusnya menjadi titik tolak perubahan atau penghijrahan pada umat Islam. Sejarah adalah teladan. Sejarah adalah titik perubahan minda dan jiwa. Sejarah mencorak kehidupan. Pada aku, sejarah hari Jumaat ini mengajar aku sebagai seorang umat Islam, agar aku bersyukur kerana aku tidak terhad untuk berubah dan memasang azam baru hanya pada 1 Januari setiap tahun atau hanya pada 1 Muharam, tetapi Allah memberikan aku peluang memperbaharuinya bukan pula terhad hanya pada hari Jumaat, tetapi pada setiap hari.

  • ...aku akan sentiasa beringat setiap kali aku bangun pada Subuh Jumaat bahawa kemungkinan janji Allah sebagaimana dunia diciptakan pada hari Jumaat, Dia juga akan mendatangkan Kiamat pada hari Jumaat, sedangkan aku masih terkapai-kapai dalam hidup.

...dan sebab yang paling ikhlas aku menulis semua ini adalah kerana asbab yang berikut:

  • ...aku suka hari Jumaat kerana aku hanya bertugas separuh hari pada hari ini and lepas solat Jumaat aku boleh tidur...

  • ...last but not least, aku suka nombor 1 dan nombor 3, jadi itu merupakan ilham pertama Allah cetuskan dalam jiwa ini untuk aku berfikir lebih berkenaan ehwal-ehwal yang aku perkatakan tadi.

...kesimpulannya, ilham Allah datangkan buat kita yang mahu menerimanya dan yang mahu berfikir. Alhamdulillah andai perkongsian ini dapat sedikit sebanyak menambahkan ilmu yang ada...

Wednesday, June 11, 2008

...masa dan kenangan...

...semasa aku menulis entry berkenaan kenduri di Jerantut, tetiba aku teringat akan jam tangan aku. Jadi aku ingin menulis sesuatu tentangnya memandangkan aku kini tidak lagi dapat memakainya kerana tali jam berkenaan tidak lagi boleh bersambung.

...ianya merupakan jam kesayangan aku sebenarnya, berjenama Casio yang berharga RM75 sahaja yang aku beli di Pasaraya TF di Jerantut pada tahun 2005. Tahun aku menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di MPTAA dan aku beli jam tangan tu semasa aku keluar dari Ulu Tembeling sebentar untuk membeli barang keperluan aku semasa bertugas di sana. Aku beli jam tu kerana aku sukakan sesuatu yang simple, nampak biasa dan kerana aku sukakannya. Lagipun selama sebulan lebih aku bergantung kepada handphone Nokia 3315 aku untuk merujuk masa, and it was a bit troublesome. Aku hampir kehilangan jam ni sebab talinya tercabut semasa aku berbasikal di Kem Lanchang dulu. Aku memang sayang jam ni, tapi apa daya, hayat dia berkhidmat untuk aku sudah tiba dipenghujungnya, dan kini aku kembali tidak berteman semasa di sekolah. Janggal rasanya. Macam tak best. Rasa tak konfiden kekadang. Terasa macam Power Rangers tanpa jam transformasi adanya. Macam Doraemon tanpa poket ajaib. Hehehe

...kenangan pahit manis memang banyak tersimpan bersama jam ni. Sekarang ni, biarlah dia menjadi teman aku di bilik sahaja. Sama-sama berkongsi kenangan....

...Alhamdulillah, dah kawin dah...

...cuti sekolah semester yang lepas, aku berkesempatan menghadiri 2 kenduri kahwin insan-insan yang rapat dengan aku. Bertarikh 29 Mei 2008, aku ke Jerantut sebagai memenuhi undangan YB Aminallah Mohamad ke majlis perkahwinan beliau.

...beliau merupakan bakal Ahli Parlimen bagi kawasan Ulu Tembeling, dan dia sebenarnya sedikit kecewa dengan aku sebab mulanya nak suruh aku jadi pengapit dia, tapi yang bestnya dia cuma bagitau sejam setengah sebelum upacara berlangsung pada mana di ketika itu aku sedang menonton tv bersama Cikgu Aril dan bersarapan lewat pagi...hehehe. Maafkan saya ya YB Amin?

...apapun, aku bersyukur dapat kembali ke bumi Jerantut bagi meraikan hari perkahwinan YB Amin, sekaligus buka peluang aku bertemu kembali bekas anak-anak murid aku semasa aku praktikal di Lembah Ulu Tembeling pada 2005 dulu. Aku juga berkesempatan bertemu dengan beberapa penduduk Kampung Bukit Mat Daling yang dah lama aku tak jumpa, sempatlah beramah mesra jap ala-ala YB turun padang...hehehe.


...tanggal 7 Jun 2008, aku dan kawan sekolah aku, Ramli (aku uar-uarkan namamu atas permintaanmu juga) menghadirkan diri sebagai memenuhi jemputan rakan sekolah merangkap satu universiti aku dulu yang berlainan kuliyyah di Simpang, Taiping. Puan Seri Mimi Faiza sekarang ni panggilan dia, dah lama tak berjumpa, bertemu cuma di hari bahagia dia sahaja. Tu pun aku tak berkesempatan ucap tahniah secara berdepan, dia terlalu banyak event yang dilalui, bersanding, silat pulut, wayang kulit bla..bla..bla dan aku cuma sempat tinggal pesan kat kawan dia Cheq. Alhamdulillah, yang penting aku memenuhi jemputan yang diberikan. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

*... gelaran YB and Puan Seri tu saja ja aku letak, nak kasi menarik sket...

Friday, June 6, 2008

...cinta seorang lelaki...


...petikan ini aku dapat dari akhbar HM yang kemudiannya aku copy dari ruang maya ni buat perkongsian bersama yang lain...terutama mereka yang bernama lelaki. kaum Adam.

...CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta sang lelaki terpancar melalui:
  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka.
  • Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.
  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
  • Lega apabila pasangan memujuknya.
  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.
...Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menyayanginya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.
  • Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.
  • Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.
  • Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

...sama-sama fikirkan. Renungkan pada apa yang telah dilalui selama ini, mungkin ada kebenarannya walau tidak pada semua perkara. Yang penting, kita mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup setiap saat, setiap masa. Dalam memperbaiki perhubungan kita dengan insan yang kita sayangi, terutama kita sebagai insan bernama lelaki, perkara yang paling penting ialah memperbaiki kekurangan yang ada terutama pada diri kita sendiri, because the best we can get is when we pray the hardest and the best is being offered from us. Be the man that rules by the strength of wisdom and the humbleness of the heart.

Thursday, June 5, 2008

...bila nak kawin Pezal?...

...bagus tak tajuk entry aku this time around? Sesuailah dengan musim cuti sekolah ni, musim kenduri-kendara. Orang ni kawin, orang tu kawin, sedara ni kawin, anak dia kawin, sepupu tu kawin, bla...bla...bla... TAHNIAH for those who has found their true love in life. Aku ntah berapa kali diasak dengan persoalan yang sama, baik dari parents aku, adik-adik aku mahupun keluarga terdekat...aku dah lali nak menjawab. Kengkawan aku dah ramai dah mengakhiri zaman bujang. Yang dah beranak-pinak (yang perempuannya lah) tak terkira dah. Kalau datang beraya ke rumah aku kompem aku akan pokai..hehehehe. Last-last aku tak jawab dah. Mak aku pun dah paham. Ada-jadi, tak ada-maka, teruskan menanti dan mencari...walaupun hakikatnya aku tak cari pun dah lately.

...bukan tak penah ada, ada tapi tak ada yang sedap untuk aku kenang. Tak ada yang indah bila hajat yang dicita tak kesampaian. Sad to say, seingat aku biar aku nyatakan kat sini, cuma ada sorang ja yang penah aku berhubungan yang dah berkahwin (dengan mekanik and sekarang tengah pregnant) yang masih baik dengan aku sampai ke saat ni-suppporting each others. I'll never forget her good prayers for me. Aku sebenarnya trauma nak mempertaruhkan perasaan cinta aku buat kesekian kalinya, tapi keinginan tu masih ada. Tak pernah padam, cuma mungkin kesungguhan yang aku pamerkan dalam setiap perhubungan cinta aku ni belum menemui insan yang layak sebenar-benarnya, dan aku takkan mengalah. Aku dah janji dengan mak abah, dengan Papa, dengan Ady, dengan Abang Apis papanya si Rafiq, juga Teh yang aku akan mengikut jejak diaorang, cuma masanya ja aku tak tau lagi bila. Tak lupa jugak buat GBS a.k.a Geng Bujang Serumah aku. Apa-apapun, aku sayang insan-insan yang rapat dengan aku ni...you guys are my strength!

...trauma mungkin bila aku sering dipermainkan, diperkotak-katikkan, ditinggalkan dan diperbodohkan setelah aku memberikan sepenuh rasa isi ati aku pada insan berkenaan. Biar aku jelaskan alasan mereka-mereka yang pernah membuang aku :
  • you terlalu baik buat saya.

  • you terlalu keanak-anakan.

  • you poyo! ( kurang ajaq ayat ni...terguris juga hati aku)

  • I berkehendakkan pada orang yang lebih berusia dari I.

dan yang paling aku tak dapat terima ialah...

  • maaflah, saya tak terniat buat awak rasa jatuh cinta dengan saya, saya anggap awak sebagai kawan saya sahaja, macam yang lain. Lagipun saya dah ada yang istimewa.

...tak ke menyakitkan hati tu? Tak cukup dengan itu, siap aku dapat tahu kemudiannya dia punya pakwe (sekarang ni laki dia dah) rupa iras macam aku, dan aku ni sekadar teman melepas rindu kat pakwe dia. Kalau sehari dua punya cerita boleh la, ni dua tahun punya cerita! Bukan tu saja, aku terkena macam ni 2 kali!

...Penat sebenarnya tapi aku tak pernah mengalah, sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu aku macamana orangnya. Itulah aku. Apa-apapun, buat mereka-mereka yang pernah aku cintai, sekarang ni aku harap kalian (bahasa sopan tak ingat ni) bahagia dengan kehidupan masing-masing adanya. Terus-terang aku belajar bermacam-macam perkara dari kalian semua, tapi itulah parut yang paling berharga buat aku yang aku namakan-pengalaman. Jadi andai aku ditakdirkan melangsungkan hari bahagia aku, aku mungkin takkan menjemput kalian menghadirinya walaupun kalian tinggal sepelaung cuma dari rumah aku. Bukan dendam, cuma aku tak berminat nak jumpa kalian lagi walau kemaafan telah aku beri lama dulu. Maaf. Aku cuma seorang manusia biasa.

...apa-apapun, aku tak pasti apa yang menanti aku pada esok hari. Aku sekadar menulis dan meluahkan apa yang aku rasa pada masa ini. Apa yang berlaku pada hari ini dan sebelum-sebelumnya. That's all. Aku bukan yang terbaik, aku bukan yang paling sempurna, tapi aku memberikan yang terbaik bagi menyempurnakan perhubungan itu semampu mungkin, Insya Allah. Jodoh didatangi bukan mendatangi, tapi buat masa ini, aku senang begini...dan tanggungjawab aku pada masa ni adalah untuk diriku, kerjayaku dan famili aku...

...kesimpulannya, apa yang aku huraikan tadi adalah jawapan bagi tajuk entry ini...

Monday, June 2, 2008

...cinta dan rindu...

...just to share something with you guys:-



...kata Mawi, rindu tu macam kentut, nak di tahan seksa, sakit, nak di lepaskan, nak di luahkan malu...



...ada satu petikan mengatakan cinta itu seperti hantu-ramai yang percaya tapi takut nak menghadapinya....



...ada seorang anak omputih mengatakan orang yang benar-benar sayangkan kita tu seperti anjing-walau disepak terajang dek tuannya dan tidak diendahkan, tetapi dia akan datang pada kita, menggesel dan menjilat kita seperti tidak pernah disakiti...


...kata seorang ibu kepada anaknya, ibu sayang ayah macam ibu buat kopi-sebelum ibu berikan kepada ayah, ibu akan rasa dahulu supaya apa yang ibu beri pada ayah adalah yang terbaik buatnya...

...kata aku pula, cinta itu seperti batu-keras sifatnya, utuh, menyakitkan, pelbagai bentuk, pelbagai rupa, pelbagai warna dan sifatnya, ada yang murah, ada yang mahal, ada yang mudah dijumpa juga ada yang sukar dijaga, yang pastinya Allah memastikan kewujudan batuan cinta ini di setiap pelusuk alam semesta ini, tidak terhad hanya di muka Bumi kerana Dia adalah Maha Pencipta rasa cinta, sebagai nikmat bagi hamba-Nya...

...pada aku, rasa rindu itu adalah seperti air-adakalanya memberi ketenangan, adakalanya menakutkan dan menyeksa, rupanya sama namun jumlahnya tak dapat disukat, rasanya pelbagai, dan alirannya sukar disekat dan diagak, walau adakalanya tak kelihatan dimuka bumi, namun alirannya tetap ada dan mendominasi bukan termasuk di dalam udara. Ini juga motivasi Allah S.W.T buat kita semua agar kita sentiasa memikirkan akan tujuan kejadian kita yang sifatnya sang pelupa...


...pada aku, air dan batu, sifat keduanya berbeza tapi kerana kewujudan mereka di depan mata kita namun jarang kita fikirkan. Hakikatnya, mereka juga ciptaan Allah. Keduanya saling melengkapi. Tidak ada sesuatu di muka bumi ini yang Allah jadikan tiada bersebab melainkan untuk kita sama-sama memikirkannya...


...to contrast, to comprehend and to compromise-these are what Allah wants us to do...

...oh ayah, oh ibu...

...ucapan seperti Happy Mother's Day dan Selamat Hari Ibu saling kedengaran sepanjang bulan Mei yang lalu, di corong-corong radio, TV, internet, majalah dan juga akhbar di serata pelusuk dunia dan ianya merupakan sambutan yang begitu istimewa buat semua insan bergelar ibu.

...seharusnya bagi kita yang masih mempunyai ibu perlu menghargai dan lebih menyayangi mereka sepenuh hati, kerana mereka adalah segalanya bagi kita. Panjangkan intro aku? Ada 2 peristiwa yang membuatkan aku nak tulis tentang kisah ibu ni. Pertamanya kerana Helmi, anak kecil yang begitu rindukan ibunya di saat ayahnya berkahwin lagi dan keduanya atas ingatan aku pada satu peristiwa yang berlaku semasa aku sedang membeli barangan keperluan di Tesco Melaka bulan lalu, semasa kehangatan Hari Ibu begitu dirasai. The story goes like this:-


...masa aku tengah shopping tu, aku terpandang seorang makcik tua yang sedang bersusah payah cuba mengambil sebungkus sabun basuh dari rak yang agak tinggi, dan setelah berjaya mendapatkannya, makcik tu tadi pun berlalu dan kami berselisih. Kelihatan riak wajah dia sedikit kepenatan mungkin disebabkan kesukaran mengambil sabun tadi atau mungkin kerana berat beban yang dibawa menghala ke arah seseorang di belakangku. Anaknya mungkin. Aku menolak troli aku ke hadapan dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu jerkahan kuat dari belakang.

...aku berpaling dan terpandang makcik tua tadi sedang berhadapan dengan seorang wanita yang kelihatan seperti tidak puas hati. Wanita yang bertudung dalam lingkungan usia hujung 30-an tu merenung tajam ke arah makcik tua itu tadi. "Yang mak yang memandai-mandai ambik sabun ni buat apa? Mak pegi letak balik kalau tak sapa nak bayar benda ni?" Kuat sekali tengkingan wanita tadi. MAK. Rupanya makcik tu tadi emaknya. Aku terpaku sebentar, dan aku dapat lihat bukan aku seorang yang memerhatikan apa yang berlaku. Banyak mata-mata yang memandang. Hanya memandang. Makcik tua tadi berlalu kembali memintas aku dan cuba meletakkan kembali bungkusan sabun berkenaan dan kembali ke arah anaknya sebentar tadi dan mereka pun berlalu pergi.


...aku tak dapat lupa apa yang berlaku, dan masih terngiang-ngiang ungkapan si anak sebentar tadi kepada ibunya. Seolah-olah si ibu tadi tidak punya harga diri dan air muka. Ditengking sesuka hati di khalayak umum. Setiap langkah aku sepanjang aku berada di sana aku tak dapat menerima perlakuan si anak sebentar tadi. Seolah-olah itu bukan ibunya dan dia bukan anak si ibu tua itu. Mungkin takdir menentukan, aku sekali lagi bertemu dengan mereka berdua di suatu bahagian di dalam pasaraya itu tidak lama kemudian. Si ibu kelihatan jalan menunduk di belakang wanita tadi yang sedang menolak trolinya sambil meleteri sesuatu dengan suara yang amat kuat dan kasar.

...tak perlu aku nyatakan apa yang disebut cukuplah dengan kenyataan bahawa tiada yang baik ditujukan buat si ibu dibelakangnya. Wanita itu tidak langsung memandang dan menghiraukan si ibu dibelakangnya mahupun mata-mata yang memerhati akan perlakuannya itu. Seolah-olah menjadi suatu kebanggaan pula bagi diri wanita berkenaan untuk terus mencaci si ibu tadi.

...dengan bongkak dan sombongnya wanita itu meninggalkan ibunya dibelakang. Dan saat yang aku tak dapat lupa apabila si anak dengan kuatnya berkata " Lepas ni, mak jangan lah pulak nak membawa cerita kata orang buat itu ini kat mak dekat anak-anak mak yang lain, kalau tak siaplah!" Astaghfirullah! Aku tergamam sangat-sangat masa tu, ikutkan hati muda, walaupun aku bukan anak si ibui tua tadi tapi atas dasar kasih seorang anak pada seorang ibu, aku nak saja pegi tampar perempuan tak kenang dek untung tu. Tapi aku bersabar, dalam pada tu bergenang jugk air mata aku.


...dan bila aku jumpa Liban lepas tu, aku ceritakan apa yang berlaku, dan ternyata Liban juga menyaksikan perkara yang sama berlaku di bahagian lain di pasaraya berkenaan. Aku amat-amat bersimpati atas nasib si ibu tadi. Kalau dilihat pemakaiannya, ternyata begitu kekampungan rupa si ibu berbanding anaknya yang kelihatan begitu gah dengan gaya wanita Muslimah modennya itu. Aku malu sebenarnya nak menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang yang sama anutan agamanya dengan aku. Islam pada nama. Islam pada rupa. Itulah Islam yang kita punya pada hari ini...

...semasa aku dan Liban membuat bayaran dikaunter, sekali lagi kelibat ibu tua itu dan anak-anaknya melintas di depan kami. Dia kelihatan hanya menunduk mengekori dari belakang dan seolah-olah tidak dihiraukan anak-anaknya. Apakah dosa seorang ibu itu terlalu besar sehingga tidak dapat terampun hatta jasa pengorbanannya melahirkan setiap insan yang bernama anak diambil kira? Fikir-fikirkanlah, aku mungkin menulis pada apa yang aku lihat, aku perhati, aku fikir dan aku rasa. Tapi aku menitipkan kata-kata ini sebagai seorang insan bernama anak juga seorang guru. Kisah ini telah aku sampaikan pada anak-anak didikku sebagai satu pengajaran buat mereka.

...hargailah ibu kita sepanjang masa. Setiap hari adalah hari ibu sebenarnya. Setiap hari juga adalah hari istimewa buat bapa kita, hadirnya kita kerana meraka ada. Tiada noktah dalam berkasih sayang. Berjasalah, berbaktilah ketika mereka masih ada, masih bernyawa biar mungkin ada yang terpisah kasih sesama ibu bapa, namun hakikatnya Allah berikan kita peluang untuk memperbaiki apa kekurangan yang mungkin telah mereka cipta. Aku sayangkan kedua ibu bapaku dan aku berusaha yang terbaik untuk kesenangan dan kebahagian mereka.

...dan pada saat ini, aku tertanya-tanya sendirian, apa cerita Helmi hari ni? Jawapannya cuma akan aku perolehi seminggu dari sekarang...