Showing posts with label ...cite famili.... Show all posts
Showing posts with label ...cite famili.... Show all posts

Monday, December 26, 2011

...keliru...

[MODE: Tenang dan happy ditemani lagu tema 'NOBODY' by Wonder Girls]

...dok tak dok, anak bongsu Pak Hamid menyuarakan hasratnya nak ber'blogging'. Sebagai abang Ngah yang begitu memahami beliau, aku pun bagilah sedikit kata2 semangat kepada beliau. (ada ka? Macam takdak ja. Hahaha) Dah minat ~ kena lah bagi semangat kan?

TaHNiAH Mire hAmID, dah ada blog ang sendiri.

...isunya di sini, pada aku remeh sangat tapi paham2 lah kalau dah namanya perempuan, bongsu lak tu, nengadanya lebih. Nak template yang 'gemerlapan' lah, nak yang sesuai dengan jiwa muda beliaulah dan macam-macam lagi. Huuuu...

...Pening aku!...

...bila dah siap dengan entry pertama, seperti dijanjian dia pun promote suruh aku baca.


...dia bagi URL blog dia ~ sedap gak aku tengok. Bagus imijinasi budak neh, getus hati kecilku. Bukak ja blog dia ~ aku rasa sesuatu yang menyucuk-nyucuk penglihatan aku. Nampak sangat TAJUK blog macam GOBLOK. Aku bersabar dan meneruskan pembacaan. [Overall] For a first timer, aku puji la intipatinya. Kalau adik aku si Ebab yang menilai, HARUS menitik aiq mata si Mire kelak. Hahaha. Lantaklah ~ kena berani la menghadapinya.

...terus aku mesej beliau pastu suruh pikirkan tajuk blog yang lebih 'mewakili' dirinya. Aku rasa terganggu selagi ianya tak dtukar. (Kejam kan? Blog orang aku lak yang tentukan coraknya.) Biaqla, sebelum orang lain kutuk beliau, biar aku buat dulu. Hahaha.

...perbincangan berlarutan selama beberapa ketika sehingga menganggu waktu dinner aku ke akhirnya.

Senarai cadangan beliau:
1. Aku Menulis Bukan Kerana Nama (asalnya. Macam orang tua menulis ja kataku)
2. Komelan Aku. (Komelan? Apa tu? Aku suh tukaq lain gak. Gedik ja bunyinya.)
3. Kelasssss Kau Mire. (Nampak sangat meniru! Tukaq gak.)
4. Halahai. (Aku setuju dia lak takmau. Dia kata bunyi gedik. Ngada sungguh!)
5. Don't Simply Judge Me. ( Really? Dia sendiri reject idea neh.)
6. Aku Anak Mak Aku. (Kah! Kah! Kah! Rasa nak balik tepuk dahi dia ja.)
7. Anak Hamid Membebel (Terus aku reject sebab guna nama ayahanda kami)
8. Aku dan Pembebelan (Aku bilang membebel tu bunyinya negatif dan aku reject.)
9. Aku dan Dot Dot Dot (no komen)
10. Blog Takdak Header (grrrr...-malas memikir tol budak neh)
11. Bebelan si Bongsu (Bebelan? Aku suggest Titipan. Dia nak letak Komelan plak. Haishh. Pening aku)
12. Mire's Orbit (Aku kata buh Mire's Satellite lagi bagus. Terus dia nyanyi lagu Elyana)
13. Bila Aku Malas. (dan akhirnya aku berpuas hati dan bersetuju)

Kenapa aku puas hati? Sebab konotasi 'Bila Aku Malas' tu menceritakan tentang sifat RAJIN beliau
ber'blogging' sebenarnya. Orang akan ber'blogging' bila RAJIN je betul tak? So bila beliau MALAS tu membawa maksud RAJIN la, rite?
[HAKIKATNYA: Aku berpuas hati sebab aku yang usulkan nama blog tu, hahahaha! SEKIAN]

Thursday, December 8, 2011

...besday anak sedaraku...

...hari ni besday anak buah aku nombor 2 ~ Fatin Najihah. ...menurut perjanjian terdahulu antara anak buahku dengan Pak Ngah-nya (yakni aku), aku kena belanja semasa hari jadi mereka.

"...adik nak pegi mana?"
"...adik nak pi KFC lah"
"...adik nak pi KFC ke Marry Brown?"
"...adik nk pi Marry Brown-lah."
(...seb beik aku tak tersebut Mek-D, kalau tak jenuh la nak berkejaq ke Tepeng pulak)

...jadi setelah melewati waktu Maghrib, kami pun ke Marry Brown Bagan Serai. Dah order, kami pun tunggu sambil menikmati minuman percuma yang diberikan.

...kita minum dulu!!!

...sebagai seorang bapak sedara yang happening dan suka bergambar, perangai neh aku turunkan pada mereka di sini. Aku snap ja aksi-aksi kami yang diperhatikan seisi premis MB pada ketika itu dengan jayanya...

...purak2 tido...

...misi mencuba buat muka takde perasaan tapi gagal...

Kisah yang tersirat:
(...gegirls yang keje situ puji kecomelan anak2 buah aku ~ terasa tempias comel tu kena pada aku jugak, tu yang sakan dok bergambar adanya. Sekian. Hahahahaha...)

Monday, September 12, 2011

...kisah Achik...

...adik aku si Achik dimasukkan ke Wad 2B Hospital Jasin hari ni.

...sebabnya dia cedera.
...sikunya retak akibat tergelincir semasa nak main badminton semalam.
...keadaan makin teruk sebab lepas jatuh, dia buat penilaian sendiri dan dengan jayanya dia sambung pergi melibas raket.
...akibatnya ~ sikunya bengkak dan bla-bla-bla...
...lega aku tengok dia tak dak apa yang serius ~ harap2nya lah...
...at least, biaq dia belajaq sesuatu yang baru dalam hidup dia arini ~ setelah aku ceramahi ringkas pada pertemuan kami tadi. (...inilah aku...)
...apapun bagi budak happy go lucky ni, memang ang happening-lah walau di mana ang berada!

...terbaekkkk! Oren!

...apa la cita ang tidoq sorang2 kat sana malam neh? Kekekeke...

Sunday, September 11, 2011

...berkelah di UPSI (Siri 2)...

...arini mengikut perjanjian~aku kena menghantar semua barangan adik perempuan aku yang baru habes praktikal di Senawang balik ke kediaman barunya di UPSI.

...perjalanan aku hari ni Alhamdulillah berjalan lancar, yang seronoknya sebab sepanjang perjalanan dari Melaka sampailah Nilai, Allah menurunkan rahmat-NYA mencurah-curah. Syukur.
Setibanya di sana, jeng jeng jeng...

...berkelah lah apa lagi!!! Menunya: nasi putih, daging masak merah, sambal tumis peria, acar rampai, cucuq jagung juga laksa tomyam...hahahaha.

...lepas la jugak rindu nak jumpa mak abah ~ hehehe...

Saturday, April 23, 2011

...berkelah di UPSI...

...hari ni aku ke UPSI untuk mengambil barang2 adik aku yang nak buat praktikal mengajar di sebuah sekolah di N9. Lagipun aku dah berjanji dengan abah dan mak untuk jumpa di sana. Berkelah bersama-sama.

...istilah berkelah dalam kehidupan aku bukanlah makan angin dan makan2 di tepi sungai, air terjun atau tepi pantai. 'Berkelah' itu ialah makan bersama2, hatta di mana pun tempatnya. Alhamdulillah, hari ni, kami sekeluarga (walau hanya berlima anak-beranak) menikmati air tangan mak di depan Kolej Ungku Omar. Menunya:- nasi goreng udang, ikan goreng dan juga kurma ayam...terbaekkkk!!!

Monday, September 13, 2010

...happy besday Abah...

Allah selamatkan Tok Wan,
Allah selamatkan Tok Wan,
Allah selamatkan Tok Wan Hamid,
Allah selamatkan Tok Wan,

(versi Adik, Baby dan Kakak)

...selamat ulangtahun kelahiran ke-54 buat ayahanda tersayang-Abdul Hamid bin Hashim. Rasanya inilah pertama kali sambut hari jadi abah, selama aku hidup lah. Almaklumlah, kami ni hidup bukan macam dalam cerita TV tu, ada kek lilin, kambing panggang segala, cara kami simple ja. Yang penting, sesuatu yang baru dan buat abah dan mak happy

....menu cumalah bihun sup aqiqah dari balai bomba, bekalan ayam goreng Marry Brown, coleslaw dan itu saja. Hehe.

...sendiri di MB...

...rasa seronok tengok mak, abah, adik-adik dan anak buah happy tadi.

...bismillah...

...comeinya dua orang budak nih...

Sunday, April 6, 2008

...kenapa aku sayangkan mereka...


Kenapa aku sayangkan Adik?

Aku sayang adik sebab dia yang paling bongsu, walaupun hakikatnya dia tak berapa rapat mahupun manja dengan aku, tapi aku kan abang? Aku sayangkan dia walaupun aku bermula sudah agak lambat, bila dia sudah meningkat remaja. Sepertimana aku dengan abang sulungku, ia berlaku diantara kami, namun begitu, aku cuba untuk rapat dengannya, sedikit demi sedikit, perlahan-lahan, kerana dia adalah tanggungjawab aku suatu hari nanti. Aku juga tak pernah menyangka-dengan panggilan adik yang aku ungkap setiap kali berbicara dengannya, membuatkan dia tersentuh hati kerana dia tak pernah dipanggil sebegitu melainkan namanya Amirah...


Kenapa aku sayang Achik?

Aku sayangkan Achik sebab dia adik lelaki aku yang paling bongsu. Lagipun-aku kan abang? Tak ada beza dalam cara aku melayan adik-adik aku, cuma mungkin kesedaran aku tentang realiti hidup kami sekeluarga membuatkan aku selalu bertegas dengan dia. Aku juga baru saja dapat merapatkan jarak kasih kami adik beradik-dan aku tak nak terlalu menekan walaupun aku pernah berbuat demikian. Aku pernah berada ditempat dia-memang terasa berbeza. Aku tak nak dia menjadi seperti aku, melalui apa yang aku pernah lalui. Achik-bukan saja berbeza perangai dari adik beradik yang lain, nama pun specially given oleh abah dan bukan mak. Mak berhajatkan pada nama Salman, tapi abah juga yang memberikan kata akhir-jadilah Safwan.


Kenapa aku sayangkan Abang?

Dalam ramai-ramai adik beradik, Abang ni adalah pendua aku dan aku sayang dia sebab dia adik aku. Plus, aku kan abang dia? Melihat pada abang, aku dapat melihat diri aku pada zaman aku bersekolah dahulu. Bersemangat. Bergaya (memang kami Mat Smart!). Prihatin terhadap keluarga, dan aku memang amik berat pasal abang sebab dalam jarak aku yang jauh dari keluarga, aku rasa dia memang boleh diharapkan menjaga keluarga aku. Persamaan kami cukup ketara-kami hidup kerana family dan untuk family. Jiwa kami sama-nipis dan mudah terusik. Setiap kali menjelang Hari Raya Puasa, memang mengimbau kembali saat-sat kehadiran Abang dalam keluarga dan nama Fitri itulah buktinya.


Kenapa aku sayang Kakak?

Kakak adalah adik perempuan aku yang paling tua, dan sebab tu dia dapat gelaran kakak. Dalam kejauhan ni, aku baru dapat rasa akan kekuatan rasa sayang aku kat kakak sebabnya dulu aku cukup bertegas dengan dia, sebab aku sangka sebagai abang aku patut bertidak sebegitu. Ternyata aku silap. Aku sedar akan kesilapan aku, jadi aku kan abang? Aku tak boleh rasa sentiasa betul, jadi aku baru sedari hakikat semua itu. Aku sayangkan kakak-dan aku nak tengok dia lebih berjaya dari aku. Persamaan kami-semangat belajar memang cukup kuat dan sama-sama aktif, cuma mungkin rezeki kakak belum sempurna lagi. Allah menentukan perjalannya sedikit jauh, dan perjalananku dipermudahkan demi membantu dia dan yang lain-kelak. Kerana dialah puteri pertama keluarga-Aini menjadi pilihan nama.


Kenapa aku sayang Padil?

Aku dulu mungkin sukar menyatakan aku sayangkan Padil sebab mungkin dulu kecik-kecik dia sedikit berbeza dengan adik beradik lain. Aku akui, aku dulu tak geng dengan dia sebab aku rasa dia lembab tapi bila dah dewasa-aku selalu menangis bila memikirkan hala tuju hidup dia. Aku tak kisah menangis untuk Padil sebab aku kan abang dia? Dia tak punya akal sesempurna adik beradik lain, dan aku akui-abah sayangkan dia lebih dulu. Bila dah besar,segalanya nampak jelas. Aku sayangkan dia-dan walaupun tak berapa ketara akrab perhubungan kami, tapi aku takkan membiarkan dia bersendirian melalui hidup ni. Mungkin rezekinya sedikit lambat dan perlu berkerja keras, namun aku tahu dan aku yakin perancangan Allah itu Maha Sempurna. Apapun, abang Ngah sayang semua adik-adik dia termasuklah Fadzil.


Kenapa aku sayang Ebab?

Ebab-adalah adik bawah aku. Di sekolah aku sekarang ni-ada seorang murid Tahun 6, nama sama dengan adik aku ni dan gelaran dalam family pun sama Debab (that means bulat berisi)-walaupun itu cerita semasa masih kecil, tapi ianya terpatri kuat sehingga sekarang. Aku sayang dia sebab aku tau dia jugak sayang aku lepas hampir dia buang aku sebagai saudara hanya kerana aku cuba menjadi seorang abang yang protektif dalam hidup dia. Well, aku kan abang? Aku tak salahkan dia dalam ehwal ni. Tapi masa untuk bersedih dah berlalu bagi aku. Sekarang dia dah bekerjaya, Insya Allah boleh membawa hala tuju kehidupan sendiri. Aku cuma tumpang gembira saja. Aku sayang dia-sebab tu aku sanggup menangis untuk dia semasa aku merayu pada abah untuk benarkan dia sambung belajar. Ternyata kuasa kasih sayang tu cukup kuat-cukup berkat dan ingatlah perkara tu wahai adindaku-Fadzli.


Kenapa aku mesti belajar sayangkan Long?

Aku tak pasti akan sebabnya-tapi yang pasti diakan abang? Aku cuba mencari asbab untuk aku belajar menyayanginya-namun agak sukar. Aku kena belajar menerimanya kerana aku kan abang kepada adik-adik aku yang lain. Nak disayangi-aku kena menyayangi, aku harus menerima dia sebab dia dah beri aku seorang kakak ipar yang baik dan 4 orang anak buah(termasuk arwah Najhan). Tapi bila aku mengingatkan akan 3 orang puterinya- Najjah, Najihah dan nabihah, aku rasa aku boleh belajar untuk menghargai dan menyayanginya melalui mereka bertiga. Mereka membesar bersama dengan aku dan ahli keluarga yang lain, jadi aku akan belajar menerima akan kehadiran abang sulungku-Fauzi seadanya kerana aku pasti yang dia juga tahu akan tiada yang menarik juga yang manis berlaku antara kami sepanjang membesar bersama.


Kenapa Ngah sayang Abah?

Sebab Ngah kan anak dan abah kan abah Ngah? Tanpa abah-Ngah takkan ada dalam dunia ni. Terlalu banyak sebab yang nak dicoretkan kat sini, tapi demi Allah, Ngah sayangkan abah sangat-sangat. Kalau boleh, Ngah tak nak tengok abah menangis lagi. Ngah tak nak tengok abah bersusah lagi untuk kami adik beradik. Ngah tak sampai hati nak tengok abah memikul tebu di ladang mahupun bubu di sungai semata-mata nak mencari duit belanja lebih buat kami adik beradik meneruskan kehidupan, meneruskan pelajaran. Ngah tak sanggup tengok abah bersusah lagi-sebab tu Ngah sanggup bersusah sama demi kita sekeluarga menikmati hidup yang lebih baik. Ngah tak nak lagi abah terlantar sakit apatah lagi tercedera sebab Ngah tak nak adik-adik membesar tanpa abah sedangkan Ngah dapat peluang tu. Buat masa ni, Ngah tak nak fikir sangat ehwal diri Ngah sebab Ngah nak tolong adik-adik dulu-lagipun Ngah kan abang? Bila tengok parents anak murid hantar anak-anak ke sekolah, terutamanya yang hantar naik basikal-cukup mengusik jiwa Ngah sebab Ngah akan terbayang saat abah hantar Ngah dengan basikal tua abah ke sekolah dulu-dulu. Cukup dengan bekal kisah hidup abah dulu yang pernah abah ceritakan pada kami semua-Ngah tak nak semua itu berulang. Money is something but it is not everything. Ini janji Ngah. Buat abah yang Ngah sayang. Abah jaga Ngah masa Ngah terlantar sakit dulu-Ngah ingat dan Ngah akan jaga abah sampai bila-bila, Insya Allah.


Kenapa Ngah sayang Mak?

Sebab Ngah cuma ada seorang saja ibu-itulah Mak. Mak juga sebab Ngah ada dalam dunia ni-dan berada sehingga ke tahap ini. Ngah sayang mak sangat-sangat. Dalam kejauhan ni Ngah terasa sangat jauh dari mak, sekadar gambar-gambar tak cukup mak. Ngah rindu kat mak. Sesekali bila tengok anak-anak murid bermanja-manja dengan mak masing-masing di sekolah, Ngah jadi sebak. Teringat sangat saat bersekolah dulu, mak tolong sikat rambut anak mak yang Mat smart ni. Cium tangan mak, cium pipi mak dan mak balas balik ciuman tu. Sampailah habis belajar. Sehingga sekarang, kalau boleh nak mak kucup dahi ni setiap hari sebelum pergi kerja, setiap kali nak masuk tidur. Tapi Ngah akur dengan keadaan sekarang, segalanya terbatas. Tapi mak, setiap kali apabila Ngah diajukan soalan kenapa pilih kerjaya guru? Ngah dengan penuh rasa bangga Ngah akan ceritakan yang inilah impian mak yang tak kesampaian-dan Ngah nak jadikan impian mak tu satu kenyataan. Alhamdulillah, berkat doa restu mak, Ngah bukan saja dah menyempurnakan impian mak, tapi Ngah dah tebus akan kekurangan semasa di universiti dulu. Berkat kasih sayang mak, Ngah nak berikan yang sama buat anak-anak murid Ngah sekarang ni, dan Ngah nak kongsi kisah kasih sayang ni dengan semua agar mereka tahu-kasih sayang itu tiada batasan dan kekuatannya tak dapat diduga. Ngah sayangkan mak kerana itu adalah kewajipan dan tanggungjawab Ngah.

Wednesday, April 2, 2008

...ku hanya abang...

...buat adik-adikku...

aku bukan perwira
ku berkuasa untuk menyelamatkan dunia
dari ancaman yang sedia ada
tapi ku bercita-cita
aku dulu pernah mengalami usia remaja
aku juga pernah jatuh cinta dan terluka
jadi janganlah bersedih
abang selalu disisi

(korus)
ku hanya abang
tapi kasih sayangku tak terbatas
darah dan daging
hadirmu kurniaan dari atas
ku ingin berikan yang terbaik padamu sayang
dan perananku pegang
hanya abang

ku bukan idola
dan ku tak pernah terima anugerah
pengorbananku ikhlas
dan ku tak minta sekalipun dibalas
aku dulu pernah jatuh dan bangun semula
jadi janganlah bersedih
abang selalu disisi

(korus)

jadi janganlah kau lupa
lima waktu sehari
jadi janganlah kau lupa
hormat menghormati
jadi jika abang yang lupa
engkau yang akan menjadi
seseorang bertanggungjawab
untuk mengingati
ku hanya abang

dan perananku hanya abang
engkaulah yang abang-sayang...

Sunday, March 30, 2008

...sebuah kepulangan...

...aku baru sahaja mendapat khabar dari mak di kampung yang abang aku dah pulang ke pangkuan keluarga. Setelah hampir entah berapa tahun dia melayari kehidupannya sendiri jauh dari keluarga, Alhamdulillah kini dia sudah kembali. Mak dengan abah pun gembira dengan kepulangan putera sulung mereka. Aku gembira kerana kini aku kembali mempunyai seorang abang-walau hakikatnya aku tak rapat dengan dia. Aku tak pernah merasa akan kasih sayang seorang abang secara sebenarnya.

...cuma aku berharap dan aku berdoa yang abang aku tidak meninggalkan kami sekeluarga lagi. Hadir perginya dalam keluarga mungkin dirasai, tapi terus terang dalam hidup aku, aku tak merasakan apa-apa perubahan besar. Aku jadi terbiasa dengan ketiadaannya. Besar harapan aku agar dia akan selalu ingat akan adik-adiknya yang lain memerlukannya bukan sekadar abang, malah pemimpin keluarga dan juga wali andai abah tiada lagi. Aku menitipkan barisan ayat ini bukan kerana aku adalah seorang adik, tetapi kerana aku juga seorang abang. That's all. Welcome back Long!

Saturday, February 23, 2008

...permata hatiku...







...aku bertugas kat Melaka, so selalunya kalau aku balik Perak, dia lah penghibur hati aku, erm, usually dia yang rapat ngan aku. Nabihah namanye...aku panggil baby je. Nak masuk 3 tahun umo die, and still blum bleh bertutur dengan baik. Apa2 pun tadi pagi mak aku tepon dari kampung, dia sombong dengan aku tak mau bercakap dengan aku (tapi boleh dimaafkan la coz dia tak pandai bersembang lagik)...tu jer tentang anak buah aku ni...