Sunday, June 22, 2008

...sepetang bersama Joe Rogan...

...hehehe, tajuk entry yang ni pun tak ingat. Joe Rogan - that was the first two words that came out from Lan's mouth masa aku jemput dia kat Melaka Sentral minggu lepas. Lan merupakan coursemate aku masa kat kampus Gombak dulu, dan dia ke Melaka untuk jalan-jalan katanya.

...aku berbesar ati dengan kedatangan Lan sebab aku pun dah lama tak jumpa dia,
since tamat pengajian ilmu hitam kami...hehehe. Nak berharapkan aku bawak Lan jalan-jalan kat Melaka, aku cuma nampak 3-4 tempat tipikal. Alhamdulillah, Kapten Ady ada pada petang berkenaan, dapatlah bawa Lan dan juga aku pergi jalan-jalan kat Melaka. Mekasih pada dak Ady,merasa jugak aku masuk Jonkers Walk tu dan pada aku, the place is nice dan aku suka.


...dan aku cuma berkesempatan bawa Lan pergi ke puncak sebuah bukit di atas empangan berhampiran rumah aku untuk jalan-jalan. Nak ke Jasin, hujan dan macam tak ada apa yang aku nak tunjuk kat Lan. Kat situ kami sembang sampailah lewat petang, dan tak lupa bergambar untuk seronok-seronok. Anyway Lan, terima kasih kerana datang ke bumi Melaka. Datanglah lagi...jangan serik ye?

1 comment:

  1. awat gambar aku yang tengah duduk tu dahi aku macam alien? Hehe...aku sebenarnya sangat enjoy gi melaka hari tu.. serius...dan aku akan datang lagi!!!

    ReplyDelete