Monday, January 18, 2010

...kembali mencoret...

...assalammualaikum buat semua yang setia melewati dan membaca isi kandungan kisah hati aku ni, terutamanya kengkawan aku, adik-adik aku sehinggalah kedua anak murid aku, Nur Shahira dan Ameerul Azeem. Sengaja Sir highlight nama kamu berdua sebab kamu memang anak-anak yang baik, dan anak murid Sir yang rajin lagi bersemangat.

...banyak perkara yang nak ditulis kat sini. Tapi aku tak tahu kenapa lately penyakit malas yang aku uar-uarkan (err..betul ke ni pakar bahasa?) supaya dijauhi anak-anak murid aku melanda kehidupan seharian aku. Segalanya aku maleh nak usahakan, kekadang penyakit ni membawa aku supaya bersekongkol dengan syaitan untuk menangguhkan tanggungjawab aku pada Allah, pada mak abah terutamanya pada diri aku sendiri. Perkara bukan aku sorang yang rasa, tapi kebanyakkan manusia mengalami perkara sebegini. Dan yang lebih menakutkan aku apabila aku sudah mula meluahkan atau dalam bahasa yang tingginya, memanifestasikan kemalasan aku dalam bentuk verbal, yakni ayat yang jelas untuk telinga mereka yang tidak rosak, atau lebih mudah lagi, aku kalau dah malas or tak ada mood, aku terus je cakap MALAS! Dan aku amat risau kerana ini bukanlah aku yang dulu...

...dan aku juga secara fizikalnya telah berubah. Aku tidak lagi sekacak dulu. Aku telah susut 1.5kg setelah beberapa hari sesi persekolahan yang bermula. BMI badan aku juga telah jatuh...ke kategori yang boleh dipertandingkan kelak.

...inilah hasil kerajinan aku semasa cuti, dan huraian formulanya adalah seperti berikut:

63kg + (36 hari x makan sedap kuasa 3) = 68.5kg -(4 hari persiapan buka sekolah) = 67kg

itu 2 minggu yang lalu, dan formula ni hanya aku tak galakkan orang menirunya. Menyentuh tentang fizikal badan, sekadar meminta pandangan, walau aku dah buat keputusan dah (pepaham la), perlukah aku disuruh slimkan badan hanya kerana nak memenuhi permintaan orang tengah yang nak kenalkan aku dengan a gal yang aku pun tak tahu rekabentuk Tuhan ke atasnya? Hmmm...apapun respon, keputusan sudah dibuat. Terimalah aku seadanya...jumpa lagi.