Sunday, March 28, 2010

...maaf zahir & batin...

...maafkan diri ini kerana aku terlalu lama memendam kisah-kisah yang sepatutnya aku kongsikan. Kemampuan aku menulis pada saat ini adalah kerana aku perlu mencoret sesuatu. Kenapa aku meletakkan tajuk entry kali ni seperti ucapan biasa pada Hari Raya, akan aku perjelaskan. Ada kisah yang aku nak kongsikan.
...apapun, aku memegang saranan Dato' Dr. Hj Mohd Fadillah Kamsah yang kita kalau nak berubah, kena bermula dengan memaafkan diri sendiri, dan orang-orang lain disekeliling kita. Itu juga yang akan membuka pintu rezeki kita kelak, kerana dengan kemaafan, bermakna tiada dendam dan tiada dendam bermakna tiada stress. Menjadi amalan aku untuk bermaaf-maafan dengan yang terdekat sebelum aku dimatikan diri seketika. Tapi amalan tu terhenti apabila aku mendapati ucapan itu tidak lagi aku dapat dari insan yang sepatutnya, walau aku berterusan menjadikannya amalan buat seketika.
...dan aku berubah lagi. Aku cuba memaafkan diri aku buat kesekian kalinya. dak Amad pula ada menyatakan pada aku, dari ceramah agama yang dia dengar, ustaz itu menyarankan agar tidak selalu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan, kerana ia akan menjadikan kita lali dan mengulanginya. Aku kelu, tak tahu apa yang aku nak ikut. Bukan mudah bagi aku, tapi sekurang-kurangnya aku tahu aku meminta maaf itu atas kesedaran dan kesalahan yang aku buat. Bersalahkah aku meminta maaf? Ini angkara ego kita sebagai manusia. Atas ketelanjuran kata, maaf aku pohonkan...

No comments:

Post a Comment