Tuesday, November 3, 2009

...peringatan ke-28...

...pejam celik, pejam celik, dah makin berusia diri ni. Aku tak berharapkan pada ucapan ulangtahun oleh sesiapa pun pada tika ni, hatta aku tak pernah lupa pada hari lahir teman rapat aku adanya. Ucapan aku peringatan buat mereka, dan juga peringatan buat diri aku ni tentang banyak perkara yang telah berlalu dan telah berlaku. Aku hanya boleh mengucapkan kalimah syukur Alhamdulillah pada Yang Maha Esa atas kurniaan usia sejauh ini. Walau aku alpa pada-Nya. Walau aku derhaka pada-Nya.
...pada saat ni, aku sepatutnya menghabiskan tugasan membuat kertas soalan peperiksaaan akhir tahun, tapi entah mengapa, berat untuk aku menghabiskannya. Aku lebih kepada mencoretkan sesuatu buat tatapan yang membaca isi hati aku ni.
...terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan juga yang memberikan komen dari dulu hingga sekarang. Lately, aku agak menyepikan diri, pasif dalam nak berblogging ni , tapi dikesempatan yang ada, aku nak berkongsi sesuatu yang aku simpan dan jumpa kembali tadi
(pembungkus hadiah dari mak masa Hari Guru 2006). Aku ni, kalau benda tu penting, memang aku simpan selama-lama mungkin. Tambah-tambah, kalau itu pemberian mak. At the moment, aku tingatkan mak sangat-sangat. So guys, terutamanya buat adik-adik aku, bacalah...

4 comments:

  1. mmg ada org ingat...so be d best tecer walopon kekdg tensen dgn persekitaran... :)
    hepi besday......tik tok tik tok
    masa berlalu pantas

    ReplyDelete
  2. ms berlalu pantas..sila berikan aku kak ipaq cpt!!!

    ReplyDelete
  3. so touching ler..buat sy rindu mak sy..

    ReplyDelete
  4. begitu besar harapan seorang ibu.Kata-katanya adalah doa dan harapan..


    sungguh saya tidak boleh lupa hidangan mee curry yang kita makan setelah kembali dari laut dahulu..sungguh besar ertinya.
    begitulah kasih seorang ibu kepada suami, anak dan tetamunya...terima kasih makcik.

    ReplyDelete