Monday, July 20, 2009

...waktu PAI: Mari bersyukur...

...salah seorang anak muridku, mengadu tentang banyaknya nyamuk di kawasan sekolah dalam waktu aku mengajar. Apa boleh buat, kawasan sekeliling sekolah aku ni banyak kebun getah, memanglah kawasan nyamuk. Dia bilang, "Sir, nyamuk ni banyak lah! Kecik pulak tu. Tak tahan lah!". Hmm, budak-budak kampung pada zaman aku, lasak, tidak seperti apa yang aku lihat sekarang. Jadi aku pun menjawab, "Sepatutnya kamu lebih bersyukur lah. Tak baik cakap macamtu." Dia tergamam. Dia tanya "Kenapa pulak nak bersyukur Sir? Nyamuk kan selalu gigit kita?" Aku menjawab, "Kita kena bersyukur sebab Allah jadikan nyamuk walaupun banyak tapi saiznya kecil yang datang menggigit kita. Boleh kita tampar dan bunuh. Bayangkan kalau nyamuk tu setiap seekor besar kucing, banyak pulak datang menggigit kita, agak-agak kamu sempat tak kamu nak komen-komen macam ni?" Dia senyap, dan aku pun senyap, sebab aku nak dia belajar berfikir sesuatu dari apa yang aku cakapkan. Selepas dari hari tu, dia tak tanya lagi dah, nyamuk yang datang, habis ditampar, dilanyak, dibunuhnya, termasuk yang ada di badan kawan-kawan lain, juga di lengan aku...lain pula penghasilan yang jadi. Apapun, bersyukurlah, dia ada kesedaran tentang bahayanya seseekor nyamuk itu walaupun kecil saiznya...

1 comment:

  1. maka byk la syrkt ubat nyamuk mengeluarkan produk kapitalis depa yg pelbagai... mungkin kuarkan harpoon kot...wah wah... ramai la yg mati kehausan & kehabisan darah... ahaks

    ReplyDelete