Monday, March 3, 2008

...perkara yang aku tak suka tetapi ianya berlaku...

...berikut adalah perkara yang aku rasakan aku tak suka, akan tetapi ianya tetap berlaku dalam kehidupan aku. Sama ada ianya berlaku dalam kehidupan kalian atau tidak, aku tak pasti, tetapi berikut adalah perkara yang aku tak suka.
  1. mesyuarat PIBG sekolah aku. Migrain aku jadinya.
  2. miscall dari nombor-nombor yang aku tak kenal, sudahlah tak kenal, miskal pada waktu aku lena beradu atau ada urusan yang penting termasuk ketika aku merempit. Lagi sakit hati kalau aku mesej or call balik, haram tak dijawab or diangkat...
  3. aku tak suka dengar orang maki hamun or mencarut-carut, dan juga yang bermulut celupar, baik lelaki atau perempuan. Cukup pantang!
  4. aku tak suka kena tuduh bukan-bukan tanpa usul periksa bila berlaku sesuatu. Penat nak memikir.
  5. aku tak suka bila kena himpit dek bas ekspress semasa aku driving. Sakit hati, tapi aku kena hati-hati sebab takut mati.
  6. aku tak suka kena komplen pada benda yang aku rasa subjektif.
  7. aku tak suka bila nak hantar mesej, ada masalah dengan servis telefon...geram!
  8. aku tak suka sangat area bandar, aku cepat lemas. Sesak jiwa. Trauma dengan kaki pau dok ada lagi ni.
  9. aku tak suka bila ada orang cakap tak minat or tak main bola sepak bukan lelaki sejati. Sempitnya akal. 3mm punya ruang pemikiran!
  10. aku tak suka kena tipu, coz aku pun tau harga sebuah KEPERCAYAAN tu terlalu mahal harganya!
  11. aku tak suka orang yang juah tak bertempat...rasa nak sekeh ja.
  12. aku tak suka orang yang tak menjaga kebersihan diri, paling ketara tak gosok gigi dan potong kuku...boleh demam den!
  13. aku tak suka pada tradisi sesebuah masyarakat or sistem yang tak menerima satu pembaharuan yang menjurus ke arah yang lebih baik. Bak kata satu pepatah Cina-preserve the old, know the new.
  14. aku tak suka bila motor aku buat masalah...sebab aku la jugak yang kena tanggung masalah tu.
  15. aku tak suka promoter kat bahagian toiletries sebab bila aku beli barang yang aku biasa guna, dia akan kondem then promote barang dia jual. rase nak bergaduh je..hehehe

...dan kalau ada lagi, nanti aku add-on kemudian, Insya Allah. Apa yang aku highlight tu, tak bermakna aku ni cerewet ke ape, aku cuma menjadi diri aku, manusia yang punya ketidaksempurnaan yang tersendiri dalam menyukai sesuatu...that's all...

No comments:

Post a Comment