Wednesday, December 28, 2011

...berBLOGging secara INTERaktif...

...huh? Camna tu? Tak cukup interaktif ka blog-blog yang aku pernah lewati?

~ bukan ka ada chatbox nak sembang2?
~ bukan ka ada ruangan komen, kejian, ulasan dan umpatan sebagai refleksi?

...tak cukup interaktif ka semua tu?

Jawapan aku: BELUM. Hahaha. (suka ati aku ja tulis)

...pada aku: berBLOGging secara interaktif ialah kena ada INTERAKSI antara BLOGgers secara aktif dalam menjana idea yang ada. Macamana tu? Kredit untuk MIRE adikku kerana dia bagi aku ilham untuk entry yang ini. Caranya mudah. Aku meletakkan diri AKU sebagai contoh dalam kes ni.

1. Adik aku akan mengarut ja apa yang patut untuk pengisian blog dia.
2. Aku akan baca dan meneliti setiap butir penulisan dia.
3. Setiap apa yang abang dia yakni AKU rasa tak berkenan ~ aku komen by SMSing her.
4. Atas respon yang dia terima, dia akan bertindak AKTIF untuk memperbaiki keadaan.
5. Setiap perubahan akan dipantau dari masa ke semasa dengan tekunnya.
6. Kemudian bila dia rasa MALAS membuat ulasan lanjut,

...dia buat ja link kat mana2 blog berkenaan. (dalam kes ni ~ blog abang ang sebagai link-nya)

7. Melihatkan 'kemajuan' yang ada, abang dia akan menulis lagi untuk entry beliau sebagai respon secara terhormat.

[situasi interaktif ini akan berterusan dan berulang selagi blogger yang terlibat berkomunikasi tanpa henti]

...harap ulasan ini dapat menjana pemikiran beliau dengan lebih jayanya selepas ini. AMIN.


[NOTA TAMBAHAN]: ...entry yang ini berjaya memecahkan rekod jumlah entry tertinggi aku pada tahun 2008.

~ Va! Va! Va! Syabas Inspektor Shahab! ~

2 comments: