Sunday, February 24, 2008

...disebalik sebuah nama...


...hehehe, kalau adik aku view blog aku ni, kompem dia kata aku berangan dengan nama baru. Ada hamba2 Allah tanya aku kenapa aku letak nama Faris sebelum nama Faizal (yakni nama sebenar aku)...ada sejarahnya.

...menurut penceritaan mak aku, Pn.Latifah-dulu2 kan masa aku lahir, kira menjadi kewajipan la memberi nama pada seorang anak kan, jadi berbincanglah kedua orang tuaku tentang nama keramat apakah yang mahu diberikan pada aku...

...disebabkan abang aku namanya bermula dengan huruf F, yakni Fauzi, jadi aku pun kena ikut pattern nama tu la, bermula dengan huruf F. Nama Farid ditolak awal2 sebab tu dah jadi pilihan pak sedara aku untuk anak dia. Ibunda aku pun suggest nama Faris, tapi tidak dipersetujui oleh ayahanda aku dek kerana takut nama itu diperkotak katikkan bila aku besar nanti, jadi Paris ke, Parit ke apa kan.... Bonda aku berharap pada nama tu, tapi tidak pada ayahandaku...(berapa kali ulang ni).

...jadi dah penat berbincang, maka ayahandaku mengorak langkah ke Balai Polis Bagan Serai yang cuma di depan rumah lama aku dan mendaftarkan kelahiran aku atas nama Mohd Faizal, bukannya Mohd Faris seperti yang bondaku pinta. Hehehe, jadi, bila dah aku tau cite sebenar, aku tanpa segan silu, malah dengan bangganya menggunakan nama Faris dan Faizal secara bersama...that's all.

No comments:

Post a Comment