Thursday, November 6, 2008

...gomen no komen...

Situasi 1:
...pagi ni aku ada temujanji dengan doktor pakar ENT di Hospital Melaka. Seperti yang dijanjikan, aku bergerak sedikit awal pagi ni sebab aku naik public transport. Menyahut seruan kerajaan sesekali apa salahnya sambil memanjakan diri menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan di pagi hari. Tapi ianya dicemari dengan 1 insiden yang diluar jangkaan aku. Aku seperti biasa membayar tambang kepada uncle driver tu. Ku hulurkan not RM5, diberinya aku tiket, dan tiada wang baki. Aku ingat mungkin dia nak setelkan baki selepas semua budak sekolah dalam bas tu turun, almaklumlah ramai berasak dalam bas keramat tu. Tapi selepas bebudak semua turun, tak jugak aku terima baki, maka aku pun meringankan mulut berlaku ramah dengan uncle driver dan bertanya:

"Uncle, tadi saya bagi duit tambang, uncle belum bagi baki lagi kat saya"
"You mau pegi mana tadi?"
"Melaka Sentral." aku jawab.
"Betul la tu, mana ada baki. You naik tadi, turun Melaka Sentral, tambang RM5 la. Sudah 2 bulan naik tambang. Suma orang da tau la. You check balik tiket saya kasi tadi. RM2.50-ada 2 keping kan?"
...betullah tu. Aku tak perasan. Aku terkedu sekejap. Aku ke yang tak tau. Or aku baru tau. Ke tiada orang yang telus sepatutnya memantau? Aku tak tau...

Situasi 2:
...sampai aku kat MS, sahabat aku dah tunggu dah dan terus la kami menuju Hospital Melaka. Well, mencari parking seperti mencari jodoh, macam-macam tempat, macam-macam cara dan macam-macam ragam. Aku turun dan pergi mendaftar kira-kira dalam jam 9.15 pagi. Temujanji aku jam 9.30 pagi. Bukan kali pertama, dah hampir 6 kali rasanya, jadi lambat dapat nombor adalah perkara biasa. Menjelang 10.30 pagi, aku menjeling-jeling kat kawan aku, tak dapat lagi angka giliran. Tak apa, bersabar. Pengalaman ni baru la buat member aku ni nak menanti lama-lama. Masuk jam 11.00 pagi, masih tak ada panggilan nama keramat ni adanya. Dan bila melihat orang yang datang selepas aku pun dah bergerak masuk, member aku pun masuk lah bertanya kat kaunter pendaftaran, dan aku menyusul apabila dipanggil. Aku tanya kenapa, dan member aku cakap kerani kaunter dah panggil jam 10.30 pagi tadi, tapi tak ada jawapan, jadi dia letak bawah.

"Eh, saya tak dengar pun nama saya dipanggil tadi, saya dari pagi tadi berdiri dekat pintu masuk tu, memang tak dengar pun nama saya."
" Ada tadi dah panggil, guna microphone lagi panggil tadi."
" Mana ada, saya dengan kawan saya ni tak bergerak ke mana pun, memang tak ada dengar nama saya."
" Encik ada masalah pendengaran kan? Encik datang untuk ujian pendengaran kan? Sebab tu panggil dengan microphone encik tak dengar." kata perempuan tu dengan nada yang sinis.
"Cik, ni dah penghinaan ni namanya, dah memang tak dengar, cik tak guna microphone tu, memanglah tak dengar." aku bersuara. Bisa amat bahasa dia.
"Eh saya tak maksudkan macamtu, dah memang encik ada masalah pendengaran kan? Nak buat ujian pendengaran kan? Ha ni nombornya."
"Baik, terima kasih." jawab member aku, yang kemudiannya melangkah ke bahagian aduan dan khidmat pelanggan.
...aku tau member aku membuat aduan bagi pihak aku yang sedang menanti giliran untuk rawatan, aku berterima kasih kat dia, sebab cara dia bertegas melalui saluran yang betul. Kakitangan awam seharusnya berkhidmat sebaik mungkin, berhemah dan bertatasusila serta bersopan bila berhadapan dengan pelanggan.
...tak lama lepas tu, kerani tu dipanggil oleh pegawai dia, dan dia bawa fail aku sekali. Sad to say, air muka dia memang tak berubah, tetap dengan riak tak bersalah. Member aku yang datang balik kemudiannya memberitahu, kerani tu berkeras tak mahu mengalah, tak mahu mengaku salah menghina pesakit malah mengatakan yang aku dan kawan aku ni tak beradab dengan dia. Aku pelik, member aku bagi salam, haram tak diangkat muka apatah dijawab salam tu, bila disapa namanya, baru angkat muka. The story goes on and on and on...and towards the end, kami perasan ada seorang lelaki asyik memerhatikan kami dari kaunter pendaftaran bersama seorang lagi staf klinik pakar tu. Agak lama dia berbuat demikian dan jangkaan kami betul-itu si suami. Sekali main calling-calling darling la pulak.
...bersyukurlah puan kerana berkat yang sakit, puan juga suami bisa mencari rezeki di bumi Ilahi. Kenapa nak mengeji orang, seolah yang datang dari Tuhan itu bukan rezeki? Menegur bukan mencari salah, bukan nak berbalah, cuma nak ungkaikan yang kusut agar tak besar nanti masalah...aku kagum dengan nurse dan juga staff nurse dibahagian yang sama, kerja lebih banyak, berkejar ke sana ke mari, semua orang dilayan dan yang paling penting-senyuman tak pernah lekang sebagai penyeri diri. Sesekali teringat bila some parents yang datang mengadap pihak sekolah, atau membuat laporan tentang guru-guru sekolah tanpa melalui saluran yang sebenar juga tanpa meneliti kes sebenar-benarnya. Azab. Sebenar-benarnya kakitangan awam memang mewarisi badi ini turun temurun, kita nak berbudi, cuma lama mana lagi nak kita terus hidup berbadi sebegini?

4 comments:

  1. kakitangan kerajaan memang ramai yang gampang...bodo...baru kerja kerajaan dah berlagak macam anak sultan....cibai....

    hahaha...sorry about the language...kalau nak approve kena edit dulu...hahaha

    ReplyDelete
  2. Biasalah kehidupan ini tidak seperti kita jangkakan. sesaat sudah banyak yang kita tertinggal..Siapa kita jadilah kita yang berhemah.. yang masih kekal islamnya.

    ReplyDelete
  3. kes macam ni dipanggil 'little napoleon'.

    ReplyDelete
  4. Ntahapahapantah la pekerja tu... Br jd kije g2 dh berlagak.biar dia yg jd pekak br tau langit tinggi rendah. Cis....emo la plak

    ReplyDelete