Thursday, October 20, 2011

...suatu ketika: Rumah Kami...

...inilah rumah lama aku dok dulu sekeluarga kami 10 anak beranak. Seingat aku dari aku berusia 8 tahun sehinggalah aku berusia 27 tahun, di sinilah kami sekeluarga tinggal. Dan sekarang ianya memang menjadi rumah tinggal.


...rumah sewa kampung ni ada 2 bilik. tapi cuma satu bilik saja yang boleh guna, satu lagi tuan umah (yang tak berguna tu ~ hanya tahu minta sewa tapi tak mahu ambil berat kebajikan rumah dia sendiri) tak bagi guna. Jadi bilik yang ada dipecahkan kepada 2 bilik kecil. Satu bilik mak abah. Satu lagi bilik anak dara Pak Hamid, yang kemudian menjadi bilik kelamin abang sulung dan kakak ipar aku.

...aku dah ambil gambar-gambar ni dah lama, cuma mencari mood saja nak aku karangkan ceritanya. Apapun, banyak kisah suka duka kami sekeluarga kat sini. Hatta ianya sebuah rumah kecil yang tak kelihatan lagi mencacatkan pemandangan kawasan sekitar (bak kata jiran aku yang bermulut kurang adab tu) aku bersyukur kerana ianya membuat aku sedar siapa diri aku. Ianya lebih dari sebuah rumah bagi aku.

...reban ayam yang abah buat sendiri dengan tulang empat keratnya pun masih ada~mereput ditelan masa...

...setiap kali aku balik ke kampung, aku tak pernah lupa melihat akan 'perkembangan' rumah lama kami yang makin menyembah bumi ni...

(...dan aku terkena 'gangguan' kerana datang mengambil gambar rumah yang ada 'penghuni baru' neh. Aku datang amek gambar, bukan amek duit sewa!!!)

1 comment:

  1. didalam setiap kehidupan pasti akan ada perubahan...bersyukur dgn pemberian Allah...weee..

    setiap insan mempunyai al-kisah yang berbeza....=>

    ReplyDelete