Sunday, October 23, 2011

...serabut...

...aku jarang2 nak buat entry yang berkenaan emosi aku, tapi kalau tak sekarang, bila lagi?

...kawan-kawan: ...la ni aku tengah serabut.

...yang zahir di mata yang memandang, apa yang hangpa nampak, itu masih aku ~ cuma bukan penzahiran 100% adanya. Mungkin 50%. Mungkin lebih lagi. Mungkin jugak kurang dari tu.

...aku bukan manusia yang kehidupannya melalui graf kehidupan yang berbunga indah sepanjang hayat aku, cuma apabila aku menemui sedikit kegembiraan, ianya membuatkan aku lupa akan duka yang aku tanggung sekejap.

...bila aku berjumpa dengan seseorang yang aku senang berkongsi cerita, aku mudah meluahkan isi hati aku (yakni cerita yang pelbagai) tanpa aku sedar yang kadang-kadang aku terlalu banyak bla-bla-bla ~ entah orang suka atau tak, aku tak pasti. Tapi bila orang dah mula menjarakkan diri, aku fahami akan apa yang berlaku.

~ silap aku kot, too excited + overreacted...

...tapi itulah aku...

...sesuatu tentang aku: ...aku mudah mengalirkan air mata bila terkenang atau bercerita tentang kehidupan lampau aku, sebab aku rasakan terlalu banyak yang aku simpan untuk aku tanggung sendiri. Kalau itu membuatkan aku dilihat 'lemah' ~ aku terima kerana itulah aku dan aku tau yang aku tak selemah yang dilihat.

...perhubungan, kasih sayang dan persahabatan adalah perkara yang sangat penting bagi aku dalam hidup, kerana aku insan yang agak 'kekurangan' semua tu dari dahulu lagi.

...kasih sayang dapat cuma mungkin tak mencukupi (selain famili aku)...
...ada kawan tapi tak ramai...
...dahla tak ramai, perhubungan tak MESRA apatah nak kekal...

...hummm...cuma sekarang ni, aku merasakan kehidupan aku makin jauh...
...jauh dari siapa diri aku sebenar-benarnya...
..jauh dari siapa yang aku pernah 'suka' jadi suatu masa dulu...


...to make it short ~ aku tensen!

...I need my good buddies from the far far away land to soothe me now but the reality is that, I don't have the heart to susahkan mereka.

...inilah perkara tentang diri aku ~ salam perkenalan SEMULA buat semua...

3 comments:

  1. salam ngah...
    Aku pun ada rasa begitu. Apatah lagi di umur begini bff semuanya dah berpasangan belaka. Lagi sedih. SUSAH nak di ajak keluar walaupun sekali sekala. Sabarlah banyak2. Bila terasa jauh hati tu istighfar ingat Allah..

    As for me, the only solution is to make myself busy with my daily work. And not forgetting, communicating (termasuklah marah, gelak, sembang dan sebagainya) with my kids at school did a great help too. Dan alhamdulillah... I have great kakaks in the English panel yang tak pernah berkira dan selalu comfort each other.

    Walaupun kita tak dapat sesuatu perkara, kita sebenarnya dikurnianya kelebihan yang lain pula. (igtkan diri sendiri jugak nie..) Whatever it is.. If you need a change of shoulder to cry on, aku ade beb.. :D

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam...

    ...welkam Jaja, kekeke. Lega aku dapat berkomunikasi di alam maya bersama ang neh, tu lah, bukan lah kita nak menyesali apatah meratapi apa yg berlaku, aku redha, dan mcm ang ckp, life goes on no matter what, with whatever and whoever we have kan?

    ...jauh hati tu dah jadi satu ramuan hidup lani dah, tp kita pahamlah akan situasi takkan semuanya sama. Same here, membizikan diri dan menggubirakan hari2 yang dilalui dengan perkara2 yg berfaedah...Alhamdulillah, we have our good 'family' at work.

    ...insya Allah, keep ur shoulder at one place so i dun have to look for it when i need it...kekeke. Same goes to you Jaja :D

    ReplyDelete
  3. aku faham... sometimes, we do need to let off some of the steams clouded in our heart and mind. :D

    ReplyDelete