Wednesday, March 31, 2010
...karya anak-anak...
...sekadar berkongsi hasil karya murid-muridku yang cukup bermakna. Mungkin kita yang membaca akan tersenyum, ketawa dan mungkin juga tidak. Apapun yang cuba mereka coretkan, perlu kita terima kerana dengan penerimaan ikhlas yang kita berikan inilah yang akan membantu mereka melangkah lebih jauh lagi, Insya Allah. Sekurang-kurangnya, keberanian mereka meluahkan ini membuka pintu semangat aku yang hampir tertutup...

...berakhir sebuah penantian...
...tahun ini, murid ini telah memberikan satu kegembiraan buat semua warga SK Jus. 3 rekod dicatatkan.
1. SK Jus berjaya layak ke Peringkat Akhir Nyanyian Solo Peringkat Negeri buat tahun ke-2 berturut-turut mewakili daerah Jasin.
2. Dia berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan yang berlangsung, pencapaian tertinggi setakat ini.
3. Dia merupakan murid peribumi Asli pertama menyertai pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir.
Tahun lepas, dia mendendangkan lagu "Sepi Sekuntum Mawar Merah". Kali ini, dia membawakan lagu "Sekadar Di Pinggiran" pada peringkat daerah, dan di peringkat akhir, dia telah berjaya membawa lagu Fauziah Latif "Kau Merubah Segalanya" dengan cukup baik. Tahniah buat semua yang terlibat. Tuah berkongsi nama ayah yang sama mungkin...
...satu kepuasan..
...tak sangka balik baru-baru ni, ada rezeki menanti di rumah, abah bagitau, dia dapat udang galah masa tahan pukat. Aku tak lah teruja sangat pada mulanya, sebab aku tengah focus dalam pemanduan kononnya. Sampai saja di rumah, aku dipertontonkan dengan sang sepit biru tu tadi, masih bernyawa lagi masa tu, kagum aku. Paling last aku makan udang galah ni, masa sekolah rendah rasanya, masa abah rajin memancing udang dulu-dulu....kalau dah rezeki tak ke mana.
...esoknya, sang sepit biru sudah tidak bernyawa lagi. Apa lagi yang ditunggu, hehehe.
Tuesday, March 30, 2010
...jom pi sekolah...
...mentor aku...
...buat semua, aku perkenalkan kepada semua wajah-wajah dibelakang tabir kehidupan aku sebagai guru di sekolah. Aku hebat kerana aku ada mentor-mentor sehebat mereka nih, dan tanpa sebarang perancangan, aku snap gambar depa ni one by one dan yang bestnya, depa boleh bagi pose2 yang menarik bagi aku. Hehehe. Semuanya berlaku pada suatu petang di hari latihan sukan sekolah hampir sebulan nan lalu.
...dari kiri:- Kak Ani, Kak Liza dan Ustaz Mazlan...

...inilah kombinasi yang terbaik yang aku tabik! Dari mereka lah aku banyak belajar, dan yang bestnya, memang aku, juga cikgu2 lain di sekolah rapat dengan ketiga2 GPK yang aku tayangkan di atas. Setakat adegan kejar mengejar, usik mengusik, berpantun madah seloka tu perkara biasalah bagi kami semua, dan aku berharap kami akan kekal bersama selama mungkin di sini untuk terus berbakti-menerobos segala kesulitan dan kekangan yang ada. Amin...(pergh, ending dengan ayat skema!!)
Sunday, March 28, 2010
...maaf zahir & batin...
...maafkan diri ini kerana aku terlalu lama memendam kisah-kisah yang sepatutnya aku kongsikan. Kemampuan aku menulis pada saat ini adalah kerana aku perlu mencoret sesuatu. Kenapa aku meletakkan tajuk entry kali ni seperti ucapan biasa pada Hari Raya, akan aku perjelaskan. Ada kisah yang aku nak kongsikan.
...apapun, aku memegang saranan Dato' Dr. Hj Mohd Fadillah Kamsah yang kita kalau nak berubah, kena bermula dengan memaafkan diri sendiri, dan orang-orang lain disekeliling kita. Itu juga yang akan membuka pintu rezeki kita kelak, kerana dengan kemaafan, bermakna tiada dendam dan tiada dendam bermakna tiada stress. Menjadi amalan aku untuk bermaaf-maafan dengan yang terdekat sebelum aku dimatikan diri seketika. Tapi amalan tu terhenti apabila aku mendapati ucapan itu tidak lagi aku dapat dari insan yang sepatutnya, walau aku berterusan menjadikannya amalan buat seketika.
...dan aku berubah lagi. Aku cuba memaafkan diri aku buat kesekian kalinya. dak Amad pula ada menyatakan pada aku, dari ceramah agama yang dia dengar, ustaz itu menyarankan agar tidak selalu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan, kerana ia akan menjadikan kita lali dan mengulanginya. Aku kelu, tak tahu apa yang aku nak ikut. Bukan mudah bagi aku, tapi sekurang-kurangnya aku tahu aku meminta maaf itu atas kesedaran dan kesalahan yang aku buat. Bersalahkah aku meminta maaf? Ini angkara ego kita sebagai manusia. Atas ketelanjuran kata, maaf aku pohonkan...

Subscribe to:
Comments (Atom)