Tuesday, March 24, 2009

...a star in the making...

...Alhamdulillah, terubat segala penat jerih kami para guru. Asyraf berjaya melonjakkan nama sekolah kecil kami di persada acara kebudayaan daerah. Dengan berjaya merangkul naib juara nyanyian solo, dia berjaya membuka mata banyak pihak yang pernah memandang rendah pada kami. Sekarang ini, misi akan diteruskan ke peringkat negeri. You can do it better boy!

...dan pada Malini, menjadi warga peribumi Asli tak bermakna kamu tak berhak menunjukkan bakat kamu, dan kamu dah buktikan pada kami para guru. Lagu "Bunga Emas" dan "Sepi Sekuntum Mawar Merah" membuatkan harapan semua semakin berbunga...Insya Allah. Buat Kak Ani, Kak Zety, Wani, Dak Ila, Ustaz, Kak Liza dan warga yang lain, kita usaha lebih lagi selepas ni. Insya Allah, kejayaan menanti...

2 comments:

  1. Tahniah buat mentornya Cikgu Faizal.

    Tunjuk ajarku sifu!...

    ReplyDelete
  2. ...hehehe thanks mie. Season depan takde pelapis lelaki, ada sesapa nak uji bakat? hehehe

    ReplyDelete