Friday, July 1, 2011

...cerita dari Lanchang...

...gambar mangsa penchopet durian...
...
...
...
...
...

...apa kisahnya dengan gambar atas tu? Hehehe, itu antara beberapa keping gambar yang aku dapat ambil semasa aku bertugas di Kem Lanchang. Sikit ja aku berjaya snap. Sibuk dan berada dalam mood yang agak blues. Hehehehe. Pejam celik, kejap ja dah habis program Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah Negeri Melaka bagi tahun 2011 ni. Pejam celik gak, tanpa aku sedari, dah 4 tahun aku memberikan khidmat bakti aku kat sini.

...as a first-timer bertugas menguruskan pelajar sekolah menengah. kekok juga pada awalnya, but Alhamdulillah it ended well. Seronok sebenarnya aku dalam 3 hari 2 malam ni. Bermacam perkara, bermacam kerenah yang dapat aku perhatikan dan akan aku kenang selama aku mampu, insya Allah.

...first day, aku dapat job jadi luggage inspector, hahahaha, macam tugas pengawas dulu2 ja buat spot-check beg bebudak, tapi aku suka. Mengimbau kenangan lah katakan. Ada sorang budak nih, aku chek beg dia, seluk sana, seluk sini, then aku jumpa bekas ubat seperti di bawah:

...maka bermulalah dialog seperti yang dibawah:-

Aku: ...ni bekas ubat apa neh?
Dia: ...ni bekas ubat saya cikgu.
Aku: ...awak sakit apa?
Dia: ...saya tak boleh tension cikgu.
Aku: ...awak kena amik ubat ni selalu ka?
Dia: ...tak cikgu, saya ambil bila saya jadi
tension ja cikgu.
Aku: ...hypertension macam tu ka?
Dia: ...tak cikgu.
Aku: ...apa jadi bila awak
tension selalunya?
Dia: ...selalunya saya jadi banyak memikir, macam-macam saya pikir cikgu.
Aku: ...oho. (paham la kununnya neh). Kalau keje sekolah banyak, awak jadi
tension ka?
Dia: ...tak jugak cikgu, buat keje saya ok.
Aku: ...habes tu menda apa boleh buat awak
tension?
Dia: ...saya tak boleh orang tanya saya banyak soalan cikgu...

...
...
...
...
...

Aku: ...err, tak apalah, awak pegi kat bangunan hujung tu, ambil khemah dari pegawai yang bertugas ya?

...menakutkan? Hahahaha. Aku ok ja pastu dengan pelajar berkenaan. Cuma bila dah tau keadaannya sebegitu, kena la jugak perhatikan dia selalu dari kejauhan. Aku simpati dengan keadaanya...

...inilah tempat aku bertugas di hari yang kedua, menjaga stesen abseiling di bawah seliaan Tuan Rozairi (orang Grik neh). Kat sini lah aku diberi peluang untuk membantu peserta memakai 'abah-abah' dan memasang peralatan keselamatan yang lain untuk dua sesi pertama. Di sesi petang, aku naik sheikh, hahahaha, nak pangkat woh. Aku diberikan kepercayaan untuk memberikan penerangan kepada kumpulan seterusnya. Sepanjang hari ni, macam-macam aksi, macam-macam kerenah aku perhatikan tentang bebudak ni, apapun, setakat ini, semuanya selamat naik dan selamat turun kembali ke bumi. Syukur...

...buat pertama kali, aku diberikan tugas menjaga anak-anak pelajar sekolah menengah, buat pertama kali jugak aku diberikan tugas sebagai Kem Komandan di Kem Lanchang nih. Sebelum ni, aku pernah jadi Kem Komandan semasa ke Kelantan, dan awal tahun ni menjadi Timbalan Kem Komandan di Kem Naning. Apa yang aku nak bagitau kat sini, bila perkara ni berlaku di Kem Lanchang, maknanya aku kena bersedia dengan event penutupan rasmi yang memerlukan aku bersama VIP.

...perghhh. Pucat gue dok sebelah Ketua Sektor baru neh!...

...apapun aku semakin banyak belajar tentang banyak perkara, cuma aku tak dapat join Kak Mia aku latih budak sepertimana biasa. Huuuuu...
ingat baru nak tambah skill yang ada...

...sempat jugak aku rakamkan persembahan diaorang semasa aku berada dibangku VIP. Hehehe...

No comments:

Post a Comment