Tuesday, January 25, 2011

...mari ber'limbo'...

...awal-awal pagi aku sampai, aku terus menyediakan tempat juga peralatan yang perlu untuk kelas Pendidikan Jasmani pagi ni. Dah lama aku nak suruh budak-budak ni buat-coz pada aku, tak ke mana peginya bebudak ni kalau setiap kali waktu PJK, asyik berebut nak menyepak bola saja.
...limbo rock...
...ada yang tau aktiviti yang aku jalankan bersama kelas kak Zety tadi. Tak kurang juga yang tak pernah buat langsung seumur hidup. Nasib baik budak-budak lagi, kalau dah berusia macam aku kata tak penah buat, tak ke haru?

...seperti biasa-aku gurunya menunjuk cara. Erk, cukuplah sekali saja tunjuk sebab sistem sokongan tubuh badan ni dah tak fleksible lagi dah. Hahahaha. Nasib baik sekali buat demo dan berjaya. Kesannya, sakit jap belakang pinggang aku tadi. Diiringi lagu "Limbo Rock" by Chubby Checker yang didownload semalam, bebudak ni bersemangat melakukan aktiviti ni dengan pelbagai gaya dan cara. Kalori aku banyak terbakar dek kerana gelak sakan tengok aksi depa nih...

...aktiviti ini dipantau oleh kak Ani dengan jayanya...

...tak sabar menanti minggu depan pulak - tapi, CNY-lah! Cuti seminggu....

No comments:

Post a Comment