Tuesday, September 9, 2008

...kisah cemburu...

…lewat malam Khamis yang lalu, dalam mencari-cari rancangan TV yang best untuk ditonton, aku tertekan button channel 119 ASTRO-yakni TV9 dan pada tika itu, sebuah rancangan bual bicara bertajuk Semanis Kurma sedang bersiaran secara langsung. Tajuknya membuatkan aku tak berganjak dari depan tivi tu-CeMBuRu.

...Mana taknya, aku kekadang merasakan sifat tu on and off wujud dalam diri aku, kalau sebelum-sebelum ni, aku dapat control macho, eh kontrol sifat aku tu kepada perkara yang positif. Lately, hehehe, pepahamlah ye bagi jiwa muda yang di lamun asmara, perkara sebegini hadir, tapi setakat ni, Alhamdulillah, terkawal dan Insya Allah dapat dikawal. Orang-orang tua pun asyik dok kata-cemburu tanda sayang, so take it that way, but don’t make a fuss of it. So, apa kata panel pada malam berkenaan?

Panel pertama: Azhar Sulaiman tanpa isterinya Chempaka Emalin mengatakan bahawa:
“…cemburu tu perlu ada tapi ianya perlu bersifat menghangatkan lagi perhubungan yang ada, bukan memusnahkannya. Bagi mengelakkan perasaan cemburu yang keterlaluan dan bersifat negatif, antara pasangan, perlu saling mengambil tahu, mengambil berat, serta saling mempercayai antara keduanya. Setiap pasangan juga perlu menjaga kepercayaan sesama mereka dan jangan beri peluang untuk orang lain mendekati secara mereka dalaman atau peribadi. Yang paling penting, jaga perasaan pasangan kita sebaiknya, Insya Allah perasaan kita akan lebih kuat dan terjaga.

Panel kedua: Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi berpendapat:
“…cemburu itu perlu ada, tapi perlu dikawal dan dikurangkan, sebolehnya tak perlu ditunjuk. Cemburu itu adalah lebih sebagai peringatan kepada pasangan yang setiap sesuatu itu ada batasnya. Sekurang-kurangnya, pesanan kepada pasangan sepertimana Lisdawati nyatakan malam tu “…jangan balik lambat ya? Saya tunggu abang di rumah, saya tak tidur selagi abang tak balik ya?” dapat mengingatkan suaminya bahawa hak dan masa beliau bersama rakan-rakan di luar itu masih ada tapi perlu beringat sentiasa pada pasangannya yang menanti. Agama adalah sebagai panduan dalam perhubungan sehari-hari dan harus diingat, kebahagiaan itu perlu dibentuk dengan usaha dan doa serta dijaga, bukan sebaliknya.

…dan aku amat tertarik pada apa yang disampaikan oleh pengacara rancangan, pasangan suami isteri Ustazah Siti Nur Bahyah Mahmud dan suaminya yang tercinta, Ustaz Wan Akashah sebagai mengulas pada setiap pandangan yang disampaikan:


  1. setiap pasangan harus tahu dan belajar bagaimana untuk menawan hati pasangan mereka, perlu berusaha, berdoa dan perlu bijak memanipulasi kelemahan pasangan dengan niat yang baik…
  2. berterus terang juga adalah perlu bagi mengelakkan syak wasangka, tapi perlu berhikmah...

  3. amalkan atau lakukan perkara yang sama semasa sedang hangat bercinta, selalu diimbas dan dilakukan semula. Setiap hari adalah hari yang baru buat mereka bercinta semula…

  4. dan yang lebih menarik ialah penghuraian langkah mengawal sifat cemburu dalam diri kita dan juga pasangan sepertimana berikut:

    C-cinta hanyalah pada pasangan kita
    E-elak memuji insan-insan lain dihadapan pasangan kita
    M-menghargai pasangan kita selalu
    B-berterus-terang dengan pasangan
    U-ungkapan sayang perlu dilahirkan dan dizahirkan sentiasa
    R-rundingan dan perbincangan perlu dijadikan amalan
    U-ubah ke arah kebaikan seadanya dan jangan bersikap statik dalam perhubungan.

Secebis peringatan buat semua yang membaca, sabda Rasullullah SAW:

Marah itu adalah dari Syaitan, dan Syaitan itu adalah dari api. Api itu dikawal dengan air, maka apabila marah berwuduklah.


Sesungguhnya, orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat mengawal amarahnya. Wallahua’lam. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi dan mengamalkan apa yang kita perolehi bersama-sama. Insya Allah. Dan aku pun belajar sesuatu yang amat penting dan aku semakin belajar, demi dia yang aku sayang…

No comments:

Post a Comment