Wednesday, September 8, 2010

...jom ke pasar...

...aku balik bercuti ni tak banyak aktiviti boleh dilakukan di bulan Ramadhan. Ada satu aktiviti yang memang wajib aku ikuti dan buat setiap kali balik kampung and that's pegi pasar, sama ada solo atau dengan mak aku. Well, pergi pasar ni best. Ramai orang berpendapat pergi pasar tu tugas suri rumahtangga, emak-emak, makcik-makcik....tapi pada aku, aku suka pegi pasar, selain dari membeli ikan , sayur, daging segala, aku belajar berkenalan dengan kepelbagaian spesis sayur-sayuran, ulam-ulaman, hidupan laut juga ternakan yang dah tak hidup. Teruja aku. Dari situ aku belajar selok-belok memilih sayur dan ikan, tawar menawar dan segala sewaktu dengannya...hehehe

...yang penting, memang heaven lah pilihan hasil laut dan barangan kat pasar Bagan Serai nih, berbeza sangat dengan apa yang aku lihat di tempat aku bertugas, dari aspek harga, kepelbagaiannya, mutu kesegaran barangannya, keramahan orangnya serta kebersihan premisnya. Kalau orang bilang Tesco, Giant, Carrefour, Mydin itu best, pasar tempat aku lagi best!
...dan dengan rahmat Ramadhan yang datang, segalanya bertambah. Kemeriahan serta kepelbagaian barangan yang dijual lebih banyak, lebih segar dari hari-hari biasa. Alhamdulillah.

...gerai ulam-ulaman wajib disinggahi kalau datang dengan mak...

...ilmu ada di mana-mana. Begitu juga di pasar. Marilah belajar berjinak-jinak ke pasar. Jangan hanya tahu makan saja...

No comments:

Post a Comment