Sunday, April 6, 2008

...aku dan rahsia bulan kelahiranku...

...aku dilahirkan tanggal pada tarikh 3hb November, 27 tahun nan lalu (bersamaan 6 Muharram 1402H). Dah besar dah aku. Pejam celik, pejam celik, dah bermacam-macam perkara aku lalui dalam hidup ini. Dan aku sebenarnya suka membaca segala sesuatu yang boleh menaikkan motivasi hidup aku. Diantaranya ialah berkenaan Rahsia Bulan Kelahiran yang dilakukan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah:. Berikut adalah hasil pengkajian beliau tentang mereka yang lahir dalam bulan November (tidak semuanya kena dengan diri aku-and that's normal)

  • Banyak idea dalam perkara- Alhamdulillah, setakat ni jarang keputusan ilham dan idea.

  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.- Aku akui.

  • Berfikiran kehadapan.- Aku suka buat sesuatu dengan terlalu teliti dan banyak memikir.

  • Berfikiran unik dan bijak.- Aku sering berfikir dua hala pada satu masa.

  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.- Aku tak lah sampai tahap luarbiasa.

  • Pemikiran yang tajam.- I would say "pemikiran yang teliti"

  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.- Aku tak pasti sangat yang ni.

  • Sesuai jadi seorang doktor.- Aku kini seorang guru-merangkap doktor yang mahu mengubat penyakit masyarakat dari tunas yang kecil.

  • Cermat dan teliti.- Betul sangat tu, sampai rimas mereka yang jadi goup member aku.

  • Personaliti yang dinamik.- Alhamdulillah, ada lah sikit-sikit.

  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.- Biarlah rahsia.

  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.- Aku terlalu banyak berfikir kadang-kadang yang tak perlu dan bukan-bukan, and masa ni aku memang kurang bercakap. Hehehe...aku ni banyak cakap sebenarnya.

  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.- Alhamdulillah, ada tempiasnya sikit-sikit. masih perlu diperbaiki.

  • Terlalu degil dan keras hati.- Benar. Aku akui. Tapi seingat aku dalam ehwal yang aku rasa aku betullah. Tak lah terlalu degil, ada kelembutan dalam kekerasannya.

  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.- Sejarah hidup aku membuktikannya. Kepuasan itu penting bagi aku.

  • Tak suka marah kecuali digugat.- Ya! Aku tak suka diugut, diancam atau diberi kata dua dan aku juga pantang kalau orang mencarut, maki hamun kat depan aku.

  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.- Alhamdulillah, aku sedar dari mana asal usul aku.

  • Pandai muhasabah diri.- Inilah salah satu cara aku membantu diri aku bina keyakinan dan kehidupan aku. Aku tak sempurna.

  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.- Aku suka berfikir perkara negatif jugak kekadang. It helps me a lot.

  • Otak yang sangat tajam.- Tepuk dada, tanya diri sendiri.

  • Pandai mendorong diri sendiri.- Alhamdulillah. Tapi agak lambat nak bertindak.

  • Tidak hargai pujian.- Aku diajar menghargai kdua-duanya-puji dan keji manusia.

  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu dan cuba sampai berjaya.- Aku kena meneruskan hidup aku selama mungkin kerana ramai insan yang memerlukan aku terus hidup dalam kehidupan mereka, dan aku tak nak mengecewakan mereka. I'm a survivor.

  • Badan yang sasa.- Badan aku bulat dah. (",)

  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.- Alhamdulillah.

  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.- Adakalanya. Dan kerana itu aku begini.

  • Suka duduk di rumah.- Tak percaya? Tanya mak aku.

  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.- Tak selalunya. Kalau kena mood tak OK, aku akan bermalas-malasan seadanya.

  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.- Insya Allah, sentiasa berusaha ke arah itu.

  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.- Terutama dengan insan-insan yang aku sayang sangat-sangat dalam hidup aku. Aku sensitif wo...mak aku kata aku ni hati bunga.

  • Bercita-cita tinggi.- Banyak impian yang aku nak capai lagi ni, untuk aku dan untuk keluarga.

  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.- Tanya mak aku, juga kawan-kawan rapat aku. Masih cuba memperbaiki diri adanya.
...memanglah tak kesemuanya kena mengena dengan aku, mungkin ada mata yang tak bersetuju, aku pula tak membangkang sebab kita saling mengenal melalui cara yang berbeza. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu. Apa yang aku rasa. Apa yang aku baca aku garapkan menjadi apa yang kalian semua baca sebentar tadi. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment