Saturday, December 17, 2011

...al-kisah Pezal BeRChEntA...

...sapa tak rasa tingin nak punya pasangan hidup? ~ aku tingin beb.
...sapa tak nak rasa mencintai dan dicintai? ~ aku pun nak beb.
...sapa tak jeles melihat kebahagiaan orang lain? ~ aku jeles beb.
...sapa tak terasa bila kena sindir tentang nikah kawen? ~ aku terasa beb.
...sapa kata aku tak penah bercinta? ~ aku penah beb.

...inilah kisah2nya...


(...mood aku malam ni ditemani lagu temanya: Warkah Buat Laila ~ Zahid...)

...1st experience: ...memulanya aku 'tak rasa' apapun, tapi dengan layanan dia yang 'sebegitu indah' untuk satu tempoh masa yang panjang, aku 'menerimanya'. Aku anggap inilah cinta aku. Tiap2 malam dia tepon aku. Akhirnya, selepas tamat paper Bahasa Arab SPM 1998, dia bagi aku 4 helai surat yang menceritakan hakikat yang:

...dia cuma anggap aku kawan biasa.
...dia dah ada yang punya.
...dan dia minta maaf sebab buat aku merasakan dia suka aku dan dia tak penah suka aku.
...aku cuma pelepas rindu dia pd BF dia yang muka macam aku.

(...ini kawan baik dia bagitau kat aku sebab kesiankan aku, selepas 2 tahun aku 'hanyut'...)

Amacam? Best tak kisah cinta aku yang macam &%#$#@ dengan manusia yang tak ada hati perut tu!

...2nd experience: ...aku tak tau apa jin penarik yang ikut aku, kisah cinta serius aku juga atas dasar pelepas rindu katanya (aku pun dapat tau dari kawan2 rapatnya). Muka aku sama muka BF dia di suatu tempat yang jauh. Maka berganda2-lah aku sakit hati. Aku jugak kecewa sebab sikapnya sama macam yang terdahulu ~ melarang kawan-kawan perempuan lain rapat dengan aku, hatta sebagai kawan kelas. Kisah ni pendek sependek 'hayat'nya.


...my 3rd which is my true love story: ...yang ni aku akui memang aku tersilap langkah. Aku yang bersalah. Aku kehilangan 'permata' yang sebenar hanya kerana aku terlalu naif dan terbawa-bawa dengan 'kisah cinta kolot' aku terdahulu. Ditambah pula dengan begitu mudah perasaan aku yang tewas dengan pementasan drama air mata 'perempuan' oleh seorang 'kawan', sehinggakan segala apa yang di'jaja'nya pada aku, aku jadikan modal perpisahan sebuah perhubungan yang sebenar-benarnya aku sayang. Kemenangan sebuah FITNAH! Habes kat situ...

...setakat aku mampu ingat dan rasa ~ ini sajalah kisah aku ber'cinta'. Tak ada lagi yang mampu mendatangi aku dengan nafsu cinta yang sama sepertimana aku pernah laluinya pada masa lalu.

...aku tak pernah berhenti berharap...

...aku cuma berhenti mencuba seketika...

2 comments:

  1. sadisnye kesah #1 dan #2
    kisah #3 tak bape nak paham..so, ermm..mungkin sadis..tp tatau laa..
    hehe!

    try la bercinta lepas kawen.
    bercinta kerana Allah.
    InsyaAllah. lagi best..

    all the best!

    ReplyDelete
  2. ...kisah #3 tu kisah yg agak tragis, sebab memang sy sayangkan 'dia' ~ cuma saya bertindak memetuskan hubungan yang dijalinkan atas fitnah seorang kawan perempuan lain yg begitu pandai 'berdrama'. Saya akui saya tersalah langkah dan tak ada apa yang dapat saya buat sebab memang salah saya. Si 'DIA' memang baik, saya yg bertindak 'jahat'. TQ for your concern sis! :D

    ReplyDelete