Thursday, December 22, 2011

...EKSOTIK yang FANTASTIK......

...ini cerita makan-makan lagi. Aku suka bercerita tentang benda makan yang aku pernah makan dan aku suka. Tambah-tambah kalau mak aku yang masak ~ perghhh. Ni ada dua lagi masakan yang aku nak kongsikan dengan para pembaca budiman sekalian. (...ayat amik ati neh...)

[MENU PERTAMA]

...hati pari bahan utama,
...direndam kapur dibuang hanyirnya,
...dimasak rendang oleh ibunda,
...lagi 'kering' lagi enak terasa.

...hati ikan pari yang direndam dengan air kapur...

...rendang hati pari yang siap untuk dimakan...

[Sejarah masakan] ...pestaim diperkenalkan oleh Opah aku (mak kepada mak aku) kepada mak aku ketika aku masih a cute baby boy dan mak aku berada dalam pantang.


[MENU KEDUA]

...ikan sungai sesuai sekali,

...dicampur segala ulaman yang wangi,
...dibalut daun diikat tali,
...direbus empuk berhari-hari.


...apa spesis ikan sungai (yang bersisik sahaja) pun boleh. Yang ni ~ ku kenalkan, ikan tengalan...

...yang aku diberitahu daun ni namanya ~ daun senia...

...segala ulaman dan ikan dibungkus dan diikat kejap sebelum direbus...

...percaya atau tidak ~ rasanya macam ikan sardin tin, tapi versi lebih sedap...

[Sejarah masakan] ...makanan diperkenalkan oleh famili Opah aku jugak. Kepakaran setakat ni masih pada Mak Lang aku. Ini merupakan menu wajib yang dicari-cari orang kampung aku semasa kenduri kahwin. Ikan perlu direbus lama, dan berhari-hari. Hasilnya, ikan berkenaan akan secara totalnya akan 'mereput' kat dalam tu, Macam sardin dalam tin.

[Entry ini adalah rentetan ~
Cuti dah nak habes! Aku dapat merasa semua 'nikmat Allah' ni bila balik bercuti ja selalunya. Huuu...]

4 comments:

  1. perghh.. memang eksotik. Serius tak pernah jumpa!

    ReplyDelete
  2. ...patut balik kampung try menda2 neh Jaja :D Kalau nak try mai la kampaung cek plak :D

    ReplyDelete
  3. ...jemput mai makan, kije senang ja, hahaha. Tp info awai2, sbb menu ni nak prepare kena carik bahan2 yg agak RARE tau Jaja. Kekeke

    ReplyDelete