...aku datang dengan Che Amad. Setelah hampir 2km menyusuri jalan sunyi, sampailah kami ke tempat yang dituju. Agak mengejutkan, tak pernah terbayang akan wujudnya masjid ni kat kawasan terpencil nih, Yang paling hampir ialah sebuah kawasan perkampungan kecil (dalam 6-7 buah rumah Melayu Melaka yang kecil saiznya). Sayup di kejauhan boleh nampak Kampung Baru Cina Machap di seberang tasik (lupa nak ambil gambar pulak).
...terdapat beberapa makam lama di kawasan berhampiran masjid ni...
...semasa berada di kawasan makam ni, aku terbau sesuatu yang amat wangi secara tiba-tiba. Aku pun suarakan pada Che Amad, almaklumlah ~ perkara yang jarang-jarang berlaku. Mistik. Dan dia pun seraya berkata " ...bau benda dalam plastik neh...". Rupa-rupanya ada beberapa botol minyak wangi dalam plastik yang disangkut dekat pagar makam tu. Hahahaha. Suspen woh!
Mode Serius kembali: ...kawasan makam terpaksa dipagarkan bagi mengelakkan perbuatan khurafat masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Semasa kami sampai, kelihatan sepasang suami isteri berbangsa Cina sedang bersembahyang di makam berkenaan. Perbuatan mereka cuma diperhatikan oleh penjaga kawasan masjid berkenaan. Tergamam aku sebab yang menjaganya ialah seorang lelaki berbangsa India. Ada sepasang pelawat Indonesia kat situ jugak. Melayunya? Aku pun tak tau...
...sekali imbas, masjid ni kelihatan dipengaruhi senibina masyrakat Cina ~ dan memang begitu adanya kerana masjid ini dibina atas sumbangan masyarakat Cina dahulu yang datang menumpang hidup di perkampungan Melayu Machap ni.
...batu catatan nama-nama penderma berbangsa Cina yang menyumbang dalam membina masjid ini masih kelihatan kukuh...
...bahagian dalaman masjid jugak terjaga rapi ~ Alhamdulillah...
....pintu utama masjid betul-betul mengadap kawasan tasik yang dahulunya merupakan kawasan penempatan masyarakat asal di sini...
...anak tangga masjid yang separuhnya ditenggelami air dahulunya menuju ke kawasan perkampungan lama...
...walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membendung gejala khurafat, tapi perkara tu masih berlaku. Sebab apa? Sebabnya ~ yang berusaha gigih membendung kegiatan ni ialah dari golongan penduduk asalnya, pihak berwajib tak ada mengambil tindakan. Yang dengar ceritanya ~ mereka berebut mengambil bahagian peruntukan untuk pemuliharaan masjid adalah....anak tangga masjid yang separuhnya ditenggelami air dahulunya menuju ke kawasan perkampungan lama...
...'batu bukti'...
...ini bukan sebarang batu, tapi serpihan genting lama yang menjadi bukti penyelewengan peruntukan untuk masjid ni. Bumbungnya dah diganti, tapi dengan jenis bumbung yang tak ada kualiti oleh mereka yang tak ada tanggungjawab....dari hasil temubual dengan penjaga tempat ni, kawasan masjid dan kampung berdekatan baru saja mendapat bekalan letrik tak sampai 2 bulan. Macam tak percaya tapi itulah kebenarannya. Masjid ni jugak tak dapat berfungsi seperti masjid-masjid lain atas alasan jauh.
Assalam..sekarang masjid ni dah dapat peruntukan dari kerajaan..anda boleh datang menziarah
ReplyDelete