Wednesday, December 28, 2011

...berBLOGging secara INTERaktif...

...huh? Camna tu? Tak cukup interaktif ka blog-blog yang aku pernah lewati?

~ bukan ka ada chatbox nak sembang2?
~ bukan ka ada ruangan komen, kejian, ulasan dan umpatan sebagai refleksi?

...tak cukup interaktif ka semua tu?

Jawapan aku: BELUM. Hahaha. (suka ati aku ja tulis)

...pada aku: berBLOGging secara interaktif ialah kena ada INTERAKSI antara BLOGgers secara aktif dalam menjana idea yang ada. Macamana tu? Kredit untuk MIRE adikku kerana dia bagi aku ilham untuk entry yang ini. Caranya mudah. Aku meletakkan diri AKU sebagai contoh dalam kes ni.

1. Adik aku akan mengarut ja apa yang patut untuk pengisian blog dia.
2. Aku akan baca dan meneliti setiap butir penulisan dia.
3. Setiap apa yang abang dia yakni AKU rasa tak berkenan ~ aku komen by SMSing her.
4. Atas respon yang dia terima, dia akan bertindak AKTIF untuk memperbaiki keadaan.
5. Setiap perubahan akan dipantau dari masa ke semasa dengan tekunnya.
6. Kemudian bila dia rasa MALAS membuat ulasan lanjut,

...dia buat ja link kat mana2 blog berkenaan. (dalam kes ni ~ blog abang ang sebagai link-nya)

7. Melihatkan 'kemajuan' yang ada, abang dia akan menulis lagi untuk entry beliau sebagai respon secara terhormat.

[situasi interaktif ini akan berterusan dan berulang selagi blogger yang terlibat berkomunikasi tanpa henti]

...harap ulasan ini dapat menjana pemikiran beliau dengan lebih jayanya selepas ini. AMIN.


[NOTA TAMBAHAN]: ...entry yang ini berjaya memecahkan rekod jumlah entry tertinggi aku pada tahun 2008.

~ Va! Va! Va! Syabas Inspektor Shahab! ~

...al-kisah oBsEsSIku...

...aku anak lelaki pak Hamid yang keDUA. (Ehem...ehem ~ promo sket)

[Kriteria anak no.2 ialah]:
...suka pada wangi-wangian dan segala sesuatu yang wangi. (suka-suka hati aku ja buat kenyataan nih)

[Flashback] ...seingat aku dulu-dulu sebelum ke sekolah rendah, mak aku akan pakaikan aku bedak wangi. BEST. Seronok bila dimanjai sebegitu.

...masuk sekolah menengah aku belajaq menggunakan 'perfume spray' ~ dan jenama body spray PERTAMA aku guna ialah 'REXONA Men Deodorant Powder Body Spray'. Wangi beb! 1st body spray masa tu dari Rexona. Harga dalam RM5.00. Aku kumpul duit sekolah nak beli benda ni sendiri tiap-tiap bulan. Budak-budak pompuan kelas aku selalu bising kata aku pakai wangi-wangi. Tak paham aku dan aku malas nak memahaminya. Hahaha. Lani takdak dah wangian seharum keluaran yang pertama ni. Yang terbaru semuanya tak sedap baunya pada hidung aku.

...dan minat aku pada benda-benda wangi ni tak pernah hilang, bahkan sentiasa mekar dalam kehidupan sehari-hari [Hahaha] Dalam lemari, dalam bilik, dalam badan Hero, mandian badan, syampu, bedak, minyak rambut (walau tak berapa nak berambut) juga produk detergent dan pelembut pakaian - semuanya aku pilih yang paling sedap baunya. Kesimpulan INTRO diatas ialah:

...aku OBSESS dengan segala sesuatu yang wangi...

...aku memang teringin nak guna minyak wangi yang berjenama. Baunya aku tak sure la sangat sedap ke tak tapi aku nak try gak. Keinginan aku nak mencubanya berjaya direalisasikan dengan pembelian PERTAMA ku yang ini:

...Lacoste (Green)...

...ternyata sedap dan aku berpuas hati. Bersempena dapat duit bonus kali ni, Alhamdulillah, aku dapat membeli satu set wangian lain pulak iaitulah:

...DAVIDOFF Champion...

[KISAH TERSIRAT]: ...aku plan nak beli yang lain, tapi apakan daya promoternya (walaupun hanya berstatus temporary promoter) yang mirip sekali dengan Shila Amzah versi Amoi berjaya meng'ayat' aku membeli set ini. Seb baik memang wangi. Rasa nak pi lagi ja ushar dia pasni. Hahahahahabis cita!

Monday, December 26, 2011

...keliru...

[MODE: Tenang dan happy ditemani lagu tema 'NOBODY' by Wonder Girls]

...dok tak dok, anak bongsu Pak Hamid menyuarakan hasratnya nak ber'blogging'. Sebagai abang Ngah yang begitu memahami beliau, aku pun bagilah sedikit kata2 semangat kepada beliau. (ada ka? Macam takdak ja. Hahaha) Dah minat ~ kena lah bagi semangat kan?

TaHNiAH Mire hAmID, dah ada blog ang sendiri.

...isunya di sini, pada aku remeh sangat tapi paham2 lah kalau dah namanya perempuan, bongsu lak tu, nengadanya lebih. Nak template yang 'gemerlapan' lah, nak yang sesuai dengan jiwa muda beliaulah dan macam-macam lagi. Huuuu...

...Pening aku!...

...bila dah siap dengan entry pertama, seperti dijanjian dia pun promote suruh aku baca.


...dia bagi URL blog dia ~ sedap gak aku tengok. Bagus imijinasi budak neh, getus hati kecilku. Bukak ja blog dia ~ aku rasa sesuatu yang menyucuk-nyucuk penglihatan aku. Nampak sangat TAJUK blog macam GOBLOK. Aku bersabar dan meneruskan pembacaan. [Overall] For a first timer, aku puji la intipatinya. Kalau adik aku si Ebab yang menilai, HARUS menitik aiq mata si Mire kelak. Hahaha. Lantaklah ~ kena berani la menghadapinya.

...terus aku mesej beliau pastu suruh pikirkan tajuk blog yang lebih 'mewakili' dirinya. Aku rasa terganggu selagi ianya tak dtukar. (Kejam kan? Blog orang aku lak yang tentukan coraknya.) Biaqla, sebelum orang lain kutuk beliau, biar aku buat dulu. Hahaha.

...perbincangan berlarutan selama beberapa ketika sehingga menganggu waktu dinner aku ke akhirnya.

Senarai cadangan beliau:
1. Aku Menulis Bukan Kerana Nama (asalnya. Macam orang tua menulis ja kataku)
2. Komelan Aku. (Komelan? Apa tu? Aku suh tukaq lain gak. Gedik ja bunyinya.)
3. Kelasssss Kau Mire. (Nampak sangat meniru! Tukaq gak.)
4. Halahai. (Aku setuju dia lak takmau. Dia kata bunyi gedik. Ngada sungguh!)
5. Don't Simply Judge Me. ( Really? Dia sendiri reject idea neh.)
6. Aku Anak Mak Aku. (Kah! Kah! Kah! Rasa nak balik tepuk dahi dia ja.)
7. Anak Hamid Membebel (Terus aku reject sebab guna nama ayahanda kami)
8. Aku dan Pembebelan (Aku bilang membebel tu bunyinya negatif dan aku reject.)
9. Aku dan Dot Dot Dot (no komen)
10. Blog Takdak Header (grrrr...-malas memikir tol budak neh)
11. Bebelan si Bongsu (Bebelan? Aku suggest Titipan. Dia nak letak Komelan plak. Haishh. Pening aku)
12. Mire's Orbit (Aku kata buh Mire's Satellite lagi bagus. Terus dia nyanyi lagu Elyana)
13. Bila Aku Malas. (dan akhirnya aku berpuas hati dan bersetuju)

Kenapa aku puas hati? Sebab konotasi 'Bila Aku Malas' tu menceritakan tentang sifat RAJIN beliau
ber'blogging' sebenarnya. Orang akan ber'blogging' bila RAJIN je betul tak? So bila beliau MALAS tu membawa maksud RAJIN la, rite?
[HAKIKATNYA: Aku berpuas hati sebab aku yang usulkan nama blog tu, hahahaha! SEKIAN]

Thursday, December 22, 2011

...EKSOTIK yang FANTASTIK......

...ini cerita makan-makan lagi. Aku suka bercerita tentang benda makan yang aku pernah makan dan aku suka. Tambah-tambah kalau mak aku yang masak ~ perghhh. Ni ada dua lagi masakan yang aku nak kongsikan dengan para pembaca budiman sekalian. (...ayat amik ati neh...)

[MENU PERTAMA]

...hati pari bahan utama,
...direndam kapur dibuang hanyirnya,
...dimasak rendang oleh ibunda,
...lagi 'kering' lagi enak terasa.

...hati ikan pari yang direndam dengan air kapur...

...rendang hati pari yang siap untuk dimakan...

[Sejarah masakan] ...pestaim diperkenalkan oleh Opah aku (mak kepada mak aku) kepada mak aku ketika aku masih a cute baby boy dan mak aku berada dalam pantang.


[MENU KEDUA]

...ikan sungai sesuai sekali,

...dicampur segala ulaman yang wangi,
...dibalut daun diikat tali,
...direbus empuk berhari-hari.


...apa spesis ikan sungai (yang bersisik sahaja) pun boleh. Yang ni ~ ku kenalkan, ikan tengalan...

...yang aku diberitahu daun ni namanya ~ daun senia...

...segala ulaman dan ikan dibungkus dan diikat kejap sebelum direbus...

...percaya atau tidak ~ rasanya macam ikan sardin tin, tapi versi lebih sedap...

[Sejarah masakan] ...makanan diperkenalkan oleh famili Opah aku jugak. Kepakaran setakat ni masih pada Mak Lang aku. Ini merupakan menu wajib yang dicari-cari orang kampung aku semasa kenduri kahwin. Ikan perlu direbus lama, dan berhari-hari. Hasilnya, ikan berkenaan akan secara totalnya akan 'mereput' kat dalam tu, Macam sardin dalam tin.

[Entry ini adalah rentetan ~
Cuti dah nak habes! Aku dapat merasa semua 'nikmat Allah' ni bila balik bercuti ja selalunya. Huuu...]

Wednesday, December 21, 2011

...untuk-KU...

Adik: ...awat abang Ngah pi beli shower cream hat yang laki punya?
Aku: ...cuba tengok apa dia tulih?
Adik: ...apa dia?

...cuba buang N kat hujung MEN tu. That's why? Got it?

Saturday, December 17, 2011

...al-kisah Pezal BeRChEntA...

...sapa tak rasa tingin nak punya pasangan hidup? ~ aku tingin beb.
...sapa tak nak rasa mencintai dan dicintai? ~ aku pun nak beb.
...sapa tak jeles melihat kebahagiaan orang lain? ~ aku jeles beb.
...sapa tak terasa bila kena sindir tentang nikah kawen? ~ aku terasa beb.
...sapa kata aku tak penah bercinta? ~ aku penah beb.

...inilah kisah2nya...


(...mood aku malam ni ditemani lagu temanya: Warkah Buat Laila ~ Zahid...)

...1st experience: ...memulanya aku 'tak rasa' apapun, tapi dengan layanan dia yang 'sebegitu indah' untuk satu tempoh masa yang panjang, aku 'menerimanya'. Aku anggap inilah cinta aku. Tiap2 malam dia tepon aku. Akhirnya, selepas tamat paper Bahasa Arab SPM 1998, dia bagi aku 4 helai surat yang menceritakan hakikat yang:

...dia cuma anggap aku kawan biasa.
...dia dah ada yang punya.
...dan dia minta maaf sebab buat aku merasakan dia suka aku dan dia tak penah suka aku.
...aku cuma pelepas rindu dia pd BF dia yang muka macam aku.

(...ini kawan baik dia bagitau kat aku sebab kesiankan aku, selepas 2 tahun aku 'hanyut'...)

Amacam? Best tak kisah cinta aku yang macam &%#$#@ dengan manusia yang tak ada hati perut tu!

...2nd experience: ...aku tak tau apa jin penarik yang ikut aku, kisah cinta serius aku juga atas dasar pelepas rindu katanya (aku pun dapat tau dari kawan2 rapatnya). Muka aku sama muka BF dia di suatu tempat yang jauh. Maka berganda2-lah aku sakit hati. Aku jugak kecewa sebab sikapnya sama macam yang terdahulu ~ melarang kawan-kawan perempuan lain rapat dengan aku, hatta sebagai kawan kelas. Kisah ni pendek sependek 'hayat'nya.


...my 3rd which is my true love story: ...yang ni aku akui memang aku tersilap langkah. Aku yang bersalah. Aku kehilangan 'permata' yang sebenar hanya kerana aku terlalu naif dan terbawa-bawa dengan 'kisah cinta kolot' aku terdahulu. Ditambah pula dengan begitu mudah perasaan aku yang tewas dengan pementasan drama air mata 'perempuan' oleh seorang 'kawan', sehinggakan segala apa yang di'jaja'nya pada aku, aku jadikan modal perpisahan sebuah perhubungan yang sebenar-benarnya aku sayang. Kemenangan sebuah FITNAH! Habes kat situ...

...setakat aku mampu ingat dan rasa ~ ini sajalah kisah aku ber'cinta'. Tak ada lagi yang mampu mendatangi aku dengan nafsu cinta yang sama sepertimana aku pernah laluinya pada masa lalu.

...aku tak pernah berhenti berharap...

...aku cuma berhenti mencuba seketika...

Saturday, December 10, 2011

...3 perkara WAJIB...

...bila balik kampung, akan berlakulah 3 perkara ni...

...makan, makan dan makan yang berterusan...


...tidur, tidur dan tidur bila aku bosan...


...pi gunting rambut sebagai satu 'kewajipan'...
(...menggondolkan kepala ialah 'hobi' aku ~ dan aku suka bila kepala 'botak' ni dibelai-belai...)

...al-kisah makan-makan...

...di hari kejadian aku menonton cerita O.R tu, aku dibawa menikmati satu juadah masyrakat Jepun yang simple dan baru. (...baru untuk tekak Melayu asli aku la...).

..makanan tu namanya 'Takoyaki' ~ tak silap aku la...

...nama kedainya aku tak pasti, aku tak tahu tulisan kanji Jepun...

...inilah rupa makanan itu ~ ada 4 biji asalnya, (macam ayat cita Dragon Ball plak) ~ tapi lapaq punya pasai, lupa snap gambar lebih awal, hahaha. Dihidangkan panas-panas dengan taburan kepingan sotong bakaq ~ fuhhhh, baunya sedap beb...

...aku makan 2 biji bebola time tu, bebola sotong dan bebola udang. Sedap. Inilah bukti bebola ni bebola udang dengan udang di dalamnya! Sotong dah habis makan baru ingat nak ambil gambar bukti. Hahahaha...

Friday, December 9, 2011

...al-kisah rumah Allah...

Introduction: ...Melaka adalah sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan bangunan lamanya. Terdapat banyak juga masjid-masjid lama yang masih lagi beroperasi dengan baik sehingga ke kini walaupun setelah puluhan malah ratusan tahun. (Chewahhhh ~ intro yang skema). Yang aku nak ceritakan ni pun adalah sejarah jugak, pada mana terdapat sebuah masjid yang tidak lagi beroperasi sepertimana masjid-masjid lain di negeri Melaka pada masa kini.

...aku perkenalkan " Masjid Lama Machap"...

...cantikkan?...

...aku datang dengan Che Amad. Setelah hampir 2km menyusuri jalan sunyi, sampailah kami ke tempat yang dituju. Agak mengejutkan, tak pernah terbayang akan wujudnya masjid ni kat kawasan terpencil nih, Yang paling hampir ialah sebuah kawasan perkampungan kecil (dalam 6-7 buah rumah Melayu Melaka yang kecil saiznya). Sayup di kejauhan boleh nampak Kampung Baru Cina Machap di seberang tasik (lupa nak ambil gambar pulak).

...terdapat beberapa makam lama di kawasan berhampiran masjid ni...


...semasa berada di kawasan makam ni, aku terbau sesuatu yang amat wangi secara tiba-tiba. Aku pun suarakan pada Che Amad, almaklumlah ~ perkara yang jarang-jarang berlaku. Mistik. Dan dia pun seraya berkata " ...bau benda dalam plastik neh...". Rupa-rupanya ada beberapa botol minyak wangi dalam plastik yang disangkut dekat pagar makam tu. Hahahaha. Suspen woh!


Mode Serius kembali: ...kawasan makam terpaksa dipagarkan bagi mengelakkan perbuatan khurafat masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Semasa kami sampai, kelihatan sepasang suami isteri berbangsa Cina sedang bersembahyang di makam berkenaan. Perbuatan mereka cuma diperhatikan oleh penjaga kawasan masjid berkenaan. Tergamam aku sebab yang menjaganya ialah seorang lelaki berbangsa India. Ada sepasang pelawat Indonesia kat situ jugak. Melayunya? Aku pun tak tau...

...sekali imbas, masjid ni kelihatan dipengaruhi senibina masyrakat Cina ~ dan memang begitu adanya kerana masjid ini dibina atas sumbangan masyarakat Cina dahulu yang datang menumpang hidup di perkampungan Melayu Machap ni.

...motif corak yang menunjukkan pengaruh seni bangsa Cina...

...sebuah beduk lama masih elok dalam simpanan...

...batu catatan nama-nama penderma berbangsa Cina yang menyumbang dalam membina masjid ini masih kelihatan kukuh...

...bahagian dalaman masjid jugak terjaga rapi ~ Alhamdulillah...

....pintu utama masjid betul-betul mengadap kawasan tasik yang dahulunya merupakan kawasan penempatan masyarakat asal di sini...

...anak tangga masjid yang separuhnya ditenggelami air dahulunya menuju ke kawasan perkampungan lama...

...walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membendung gejala khurafat, tapi perkara tu masih berlaku. Sebab apa? Sebabnya ~ yang berusaha gigih membendung kegiatan ni ialah dari golongan penduduk asalnya, pihak berwajib tak ada mengambil tindakan. Yang dengar ceritanya ~ mereka berebut mengambil bahagian peruntukan untuk pemuliharaan masjid adalah.

...'batu bukti'...

...ini bukan sebarang batu, tapi serpihan genting lama yang menjadi bukti penyelewengan peruntukan untuk masjid ni. Bumbungnya dah diganti, tapi dengan jenis bumbung yang tak ada kualiti oleh mereka yang tak ada tanggungjawab.

...dari hasil temubual dengan penjaga tempat ni, kawasan masjid dan kampung berdekatan baru saja mendapat bekalan letrik tak sampai 2 bulan. Macam tak percaya tapi itulah kebenarannya. Masjid ni jugak tak dapat berfungsi seperti masjid-masjid lain atas alasan jauh.

...tak ada Jawatankuasa Masjid...
...
tak ada Imam...
...
tak ada Bilal...
...siak masjid pun
tak ada...
...yang ada cuma penjaganya sahaja...

....cuma sapa nak datang sembahyang kat sini, memang
tak ada masalah. Masalahnya cuma ~ tak ada orang yang datang. Sedeh kan?

Thursday, December 8, 2011

...besday anak sedaraku...

...hari ni besday anak buah aku nombor 2 ~ Fatin Najihah. ...menurut perjanjian terdahulu antara anak buahku dengan Pak Ngah-nya (yakni aku), aku kena belanja semasa hari jadi mereka.

"...adik nak pegi mana?"
"...adik nak pi KFC lah"
"...adik nak pi KFC ke Marry Brown?"
"...adik nk pi Marry Brown-lah."
(...seb beik aku tak tersebut Mek-D, kalau tak jenuh la nak berkejaq ke Tepeng pulak)

...jadi setelah melewati waktu Maghrib, kami pun ke Marry Brown Bagan Serai. Dah order, kami pun tunggu sambil menikmati minuman percuma yang diberikan.

...kita minum dulu!!!

...sebagai seorang bapak sedara yang happening dan suka bergambar, perangai neh aku turunkan pada mereka di sini. Aku snap ja aksi-aksi kami yang diperhatikan seisi premis MB pada ketika itu dengan jayanya...

...purak2 tido...

...misi mencuba buat muka takde perasaan tapi gagal...

Kisah yang tersirat:
(...gegirls yang keje situ puji kecomelan anak2 buah aku ~ terasa tempias comel tu kena pada aku jugak, tu yang sakan dok bergambar adanya. Sekian. Hahahahaha...)

...jom ber-Persatuan...

...tak pernah aku terbayang akan ada persatuan yang berasaskan nama keramat aku - FAIZAL. Tapi ianya berlaku. Perkembangannya amat positif sekali. Hingga ke saat ini, jumlah keanggotaan terkumpul adalah seramai 4,332 orang. Banyak tu beb!

...logo rasmi PFsM di FB...

...depa dah ada yg buat gathering dah, dan ada jugak yang dah bersua muka minum makan semeja. Insya Allah, ada kelapangan, dipertemuan akan datang, aku nak join jugak gathering yang depa buat ~ langkah pertama dimulakan dengan membeli baju rasmi persatuan! JOm! SeMaNgaT2x!

Thursday, December 1, 2011

...FiRsT...

...on the 1st of December,
...for the
1st time ever,
...I watched a novel-based movie.

...on its very
1st day,
...never a 2nd thought,
...after what I heard about it.

...it gave me a blend of feeling,
...towards the ending,
...embracing the love - the joy and the sufferings.



...I 'was' part of it,
...it 'was' GOOD,
...I 'wish' for the best to happen,
...and I 'wish' that I could.