Saturday, January 22, 2011

...oh tidak...

...semalam aku berada di Pusat Kokurikulum Lanchang, untuk mesyuarat awal tahun dan juga ujian kecergasan bagi para jurulatih. (...fast-forward...) Sebelum mesyuarat diadakan malam tu, aku dan yang lain diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di sana. Sementara yang lain mengambil giliran membuat pemeriksaan, aku menyibukkan diri mengisi item-item dalam borang pemeriksaan tuh. Tetiba, jeng-jeng-jeng, ada seorang brother disebelah ni menyapa bertanyakan satu soalan pada aku.

"...bang, ni burut ni sakit ape bang? (sambil menunjukkan bahagian item berkenaan pada aku)..."
"...err, hang tak tau ka sakit ni sakit apa? (aku bersoal balas)..."
"...tak penah dengaq bang, sakit burut ni sakit macam mana bang?..."
dengan penuh keyakinan aku menjawab..."telur lelaki jadi bengkak atau membesar"
dengan pantas dia menjawab "...err, telur tu jadi bengkak macamana ye?"

...Ting! Aku berpeluh sekejap.

...pastu dia sendiri menjawab "...rasanya tak penah kot..."- dan dia terus menandakan kotak [TIDAK]

No comments:

Post a Comment