Tuesday, January 11, 2011

...dugaan datang lagi...

...dah masuk hari kedua adanya, sakit belakang aku menjadi-jadi. Dah lama sakit ni tak menyinggah datang, sekali dia menziarahi, rasa malas menyelubungi diri. Kalah orang-orang lama pulak dah keadaan aku ni. Puncanya aku sendiri kurang arif, banyak asbab perkara ni berlaku sebelum-sebelum nih, tapi yang pastinya:

~ banyak buat kerja dalam postur yang tak sesuai... ~ tidur malam ku beralaskan tilam yang terlalu lembut...dan juga mungkin kerana... ~ banyak memikir yang menjurus kepada tekanan pada saraf (hahahaha...menjadi doktor kepada diri sendiri)

...semoga esok kesakitan ni akan berlalu pergi. Amin.

No comments:

Post a Comment