Monday, January 31, 2011

...cerita hujan...

...hujan turun mencurah-curah dah melebihi 24 jam. Inilah pengalaman aku paling lama hujan turun tanpa henti (renyai-renyai dan lebat bersilih ganti) selama aku menetap di bumi Melaka. Syukur sebab dah lama tak hujan macamni. Sejuk suasana. Sejuk yang membuai lena. Sejuk air di tanki. Sejuk membuat aku mandi hanya 2 kali sehari.

...al-kisahnya, apabila hujan lebat, maka air akan melimpah naik bukan di kawasan rumah aku, tapi laluan jalan raya berhampiran. Hampir-hampir aku terperangkap di dalam banjir kilat bersama Che Amad di laluan Gemencheh-Batang Melaka.

Wednesday, January 26, 2011

...di meja kerjaku...

...ada yang menyimpan koleksi buku ilmiah. Aku pun ada.
...ada yang meletakkan gambar famili atau buah hati. Aku pun ada.
...ada yang meletakkan botol minyak wangi sendiri. Aku tak ada. Apiz ada.
...ada yang letak fail-fail tinggi-tinggi. Aku pun ada.
...tapi kan...
...ada sesuatu di meja aku-yang tak ada di meja cikgu-cikgu lain.


...tadaaaaaa!!!!...

Tuesday, January 25, 2011

...mari ber'limbo'...

...awal-awal pagi aku sampai, aku terus menyediakan tempat juga peralatan yang perlu untuk kelas Pendidikan Jasmani pagi ni. Dah lama aku nak suruh budak-budak ni buat-coz pada aku, tak ke mana peginya bebudak ni kalau setiap kali waktu PJK, asyik berebut nak menyepak bola saja.
...limbo rock...
...ada yang tau aktiviti yang aku jalankan bersama kelas kak Zety tadi. Tak kurang juga yang tak pernah buat langsung seumur hidup. Nasib baik budak-budak lagi, kalau dah berusia macam aku kata tak penah buat, tak ke haru?

...seperti biasa-aku gurunya menunjuk cara. Erk, cukuplah sekali saja tunjuk sebab sistem sokongan tubuh badan ni dah tak fleksible lagi dah. Hahahaha. Nasib baik sekali buat demo dan berjaya. Kesannya, sakit jap belakang pinggang aku tadi. Diiringi lagu "Limbo Rock" by Chubby Checker yang didownload semalam, bebudak ni bersemangat melakukan aktiviti ni dengan pelbagai gaya dan cara. Kalori aku banyak terbakar dek kerana gelak sakan tengok aksi depa nih...

...aktiviti ini dipantau oleh kak Ani dengan jayanya...

...tak sabar menanti minggu depan pulak - tapi, CNY-lah! Cuti seminggu....

Monday, January 24, 2011

...bukan kerna nama...

...melentur buluh, biarlah dari rebungnya...

...itu kata pepatah Melayu lama. Dan aku top-up sikit lagi, dalam nak membentuk kelenturan itu, dugaan miang dan gatal itu adalah lumrah. Ianya juga bukan perkara mudah dapat terhasil dalam sehari dua apatah lagi rebung yang ada, punya akar pangkalnya sendiri. Apa yang aku dan cikgu-cikgu lain mampu buat adalah terbatas sebenarnya.

...namun begitu, dalam kesempitan ruang masa dan tenaga di pondok kecil ni, apa yang perlu dibuat tetap diteruskan. Bekalan tunjuk ajar mantan Menteri Kanan Ehwal Pelajar yang lama juga sokongan moral dan pertolongan rakan seperjuangan, "Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Kelas" Sekolah Kebangsaan Jus untuk Tahun 2011 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah.

...terima kasih pada semua yang sama-sama membantu menjayakannya. Inilah tanggungjawab. Sama-sama memartabatkan anak bangsa . Bukan mengejar glemer semata-mata.

Saturday, January 22, 2011

...fitness test...

...tadi siang aku menjalani ujian kecergasan fizikal untuk jurulatih luar Pusat Kokurikulum, yang merangkumi beberapa item dan keputusannya:

1. Tekan tubi 20 kali dalam seminit : LULUS (Alhamdulillah)
2. Bangun tubi 25 kali dalam seminit : LULUS lagi...
3. Larian 2.4 kilometer dalam 25 minit : LULUS jugak dengan catatan masa 19:36s
4. Berenang 200 meter dalam 20 minit: di-LULUS-kan dengan jayanya. Kekekeke...

...apapun, aku bertekad nak juga ambil kelas berenang lepas nih. No matter what it takes, aku nak usahakan tentang ni sampai berjaya dalam tahun ni. Insya Allah.

...berenang itu best Yoep...

...oh tidak...

...semalam aku berada di Pusat Kokurikulum Lanchang, untuk mesyuarat awal tahun dan juga ujian kecergasan bagi para jurulatih. (...fast-forward...) Sebelum mesyuarat diadakan malam tu, aku dan yang lain diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan di sana. Sementara yang lain mengambil giliran membuat pemeriksaan, aku menyibukkan diri mengisi item-item dalam borang pemeriksaan tuh. Tetiba, jeng-jeng-jeng, ada seorang brother disebelah ni menyapa bertanyakan satu soalan pada aku.

"...bang, ni burut ni sakit ape bang? (sambil menunjukkan bahagian item berkenaan pada aku)..."
"...err, hang tak tau ka sakit ni sakit apa? (aku bersoal balas)..."
"...tak penah dengaq bang, sakit burut ni sakit macam mana bang?..."
dengan penuh keyakinan aku menjawab..."telur lelaki jadi bengkak atau membesar"
dengan pantas dia menjawab "...err, telur tu jadi bengkak macamana ye?"

...Ting! Aku berpeluh sekejap.

...pastu dia sendiri menjawab "...rasanya tak penah kot..."- dan dia terus menandakan kotak [TIDAK]

Wednesday, January 19, 2011

...lagi-lagi FB...

...keseronokan ber'facebook' ialah apabila sesuatu status itu terpapang di wall kita, maka akan ada saja insan-insan yang memberikan respon, baik yang dah saling mengenali atau mengenali melalui kita, juga yang kita baru berkenalan. It's fun bebeh.
...dari status kita serius, ia boleh berkesudahan menjadi santai.
...dari penuh kerisauan, ia boleh menjadi menyenangkan sekali.
...dari diselubungi kemarahan, boleh jadi gelak ketawa dipenghujungnya.
...dari meratapi kesedihan, kita ditenangkan kengkawan yang ada.
...dari kebuntuan, dalam senda gurau-kita akan nampak banyak jalan dan cadangan.
...senang cakap, ramai orang kata FB pencetus kepada banyak ehwal negatif, tapi pada aku, baik buruknya sesuatu perkara tu-berbalik pada cara kita mengguna serta mengawalnya-bukan kita digunakan dan dikawalnya.
...aku sekadar menjawab persoalan biasa: Kenapa respon di wall FB selalu lari dari topik asal? It's simply because things always FAR BEYOND what are being discussed or viewed.

Tuesday, January 11, 2011

...lucky number 11...

...aku setkan entry ni...

...pada tarikh ini...

11-1-11

...pada jam ini...

... happy bersendiri...

...dugaan datang lagi...

...dah masuk hari kedua adanya, sakit belakang aku menjadi-jadi. Dah lama sakit ni tak menyinggah datang, sekali dia menziarahi, rasa malas menyelubungi diri. Kalah orang-orang lama pulak dah keadaan aku ni. Puncanya aku sendiri kurang arif, banyak asbab perkara ni berlaku sebelum-sebelum nih, tapi yang pastinya:

~ banyak buat kerja dalam postur yang tak sesuai... ~ tidur malam ku beralaskan tilam yang terlalu lembut...dan juga mungkin kerana... ~ banyak memikir yang menjurus kepada tekanan pada saraf (hahahaha...menjadi doktor kepada diri sendiri)

...semoga esok kesakitan ni akan berlalu pergi. Amin.

Sunday, January 9, 2011

...sebuah fenomena...

...i'm back. Selepas beberapa lama menyepikan diri dari menjelajahi dunia penulisan blog ni.
...seriously-tiada sebab aku menjadi senyap dan tak ada sebab aku perlu banyak bercakap.
...aku senang memerhati dan membaca manusia dari segala segi sebagai pengisian kehidupan aku sehari-hari. Inilah aku lately.
...aku yang hanyut melayari ef-bi (FB)...