Tuesday, November 3, 2009

...peringatan ke-28...

...pejam celik, pejam celik, dah makin berusia diri ni. Aku tak berharapkan pada ucapan ulangtahun oleh sesiapa pun pada tika ni, hatta aku tak pernah lupa pada hari lahir teman rapat aku adanya. Ucapan aku peringatan buat mereka, dan juga peringatan buat diri aku ni tentang banyak perkara yang telah berlalu dan telah berlaku. Aku hanya boleh mengucapkan kalimah syukur Alhamdulillah pada Yang Maha Esa atas kurniaan usia sejauh ini. Walau aku alpa pada-Nya. Walau aku derhaka pada-Nya.
...pada saat ni, aku sepatutnya menghabiskan tugasan membuat kertas soalan peperiksaaan akhir tahun, tapi entah mengapa, berat untuk aku menghabiskannya. Aku lebih kepada mencoretkan sesuatu buat tatapan yang membaca isi hati aku ni.
...terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan juga yang memberikan komen dari dulu hingga sekarang. Lately, aku agak menyepikan diri, pasif dalam nak berblogging ni , tapi dikesempatan yang ada, aku nak berkongsi sesuatu yang aku simpan dan jumpa kembali tadi
(pembungkus hadiah dari mak masa Hari Guru 2006). Aku ni, kalau benda tu penting, memang aku simpan selama-lama mungkin. Tambah-tambah, kalau itu pemberian mak. At the moment, aku tingatkan mak sangat-sangat. So guys, terutamanya buat adik-adik aku, bacalah...

Tuesday, August 18, 2009

...sujud...

...lately, aku suka cari lagu-lagu yang retro yang jarang dipasang dicopong-copong radio. Aku dah muak dengan lagu-lagu baru, cuma bila aku terdengar lagu baru Mawi ni, aku suka pada part Mawi lagukan...

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

(...dan lirik yang ini terngiang-ngiang sepanjang hari ni, seolah-olah ingatan pada apa yang aku alami pada hari ini. Aku menghitung hari...)

...takkan pape, tapi bergaye...

...sekadar nak berkongsi produk yang aku guna sehari-hari untuk aku pupur ditubuh badan aku ni. Nothing much la, cuma pada aku, penampilan itu penting. Bukan luaran, bukan dalaman tapi juga yang diantara keduanya-yakni bau badan.

...Adidas Ice Dive untuk mandi dan bedak Romano Prestige...

...Rexona Men V8 dan Dashing Style For Men...

...wangian pilihan aku-One Drop Set 2 for Men, Avon Revere dan yang tak kelihatan,
mini CK Blue Desire...

...sesekali tak salah berkongsi apa yang dirasakan terbaik untuk dicuba...

Wednesday, August 12, 2009

...pilihan hidup...

...Discipline plus
...Initiative and
...Eat healthily, one'll be
...The Biggest Loser

or

...Do nothing.
...Ignore yourself.
...Eat and don't stop eating.

Monday, August 10, 2009

...buat semua-bacalah...

...aku sebenarnya nak tulis tentang ni lebih awal, cuma mungkin keserabutan yang aku alami menyukarkan aku nak membuat segala sesuatu dengan sempurna. Aku akui aku lemah tentang

...buat setiap mata yang menatap intipati
entry aku, aku berterima kasih sebab sudi singgah. Pada ketika ni, mata aku belum rasa nak tido lagi, lagipun sekolah ditutup lagi sehari esok bersempena sambutan H1N1 Isnin minggu lepas. So, sebelum aku dimatikan seketika lepas ni, aku nak luahkan sedikit apa yang aku rasa yang membaca ni patut tahu. Kalau mati pun, rasanya aku dah luahkan apa yang perlu...

...
lately, aku rasa jiwa aku tak tenteram. Bukan penat. Bukan jiwa kacau mulanya, cuma aku ni sensitif orangnya. bagi yang rapat, yang kenal aku, mesti tau aku ada elemen ni. Suka atau tidak, aku akan melayan jiwa sensitif aku seadanya, orang lain tak kan paham. Aku bukan tak usaha nak ubah, aku dah usaha, tapi...entahlah...tapi aku terima sifat semulajadi ni sebab aku mewarisinya dari abah, dan ada kebaikkan tersendiri pada aku...

...
most of the time, aku akan di kritik atas apa yang terjadi. Tak kiralah family ke, teman rapat, jauh, dekat atau di tempat kerja, tapi aku terima, cumanya aku tak pandai nak luahkan. Orang nampak aku hepi, gelak ketawa sana sini, tapi hakikat yang terbuku dalam jiwa ni, tak mungkin ada yang paham, hatta selepas aku luahkan, coz in the end, konklusinya aku akan lebih tension. Aku bukan manusia yang pandai mengawal emosi adanya...aku akui...tapi aku berterima kasih atas apa yang dikritik, sebab walau aku tertekan kadang-kadang, tapi aku dapat lihat dan perbaiki apa yang kurang...

...selalunya, masalah yang aku ada, ada 2 orang ja yang aku akan habaq dulu, yang terdekat
dak Amad, yang terjauh Papa. Bukan bermakna orang lain tak paham, cuma, aku banyak bersembang dengan depa ni. Cuma sampai bila aku asik nak mengadu kisah dengan orang lain? Entahlah...

...baru-baru ni, aku agak kebosanan,
then bila aku diasak dengan satu soalan "...tak ada life lain ke selain dari sekolah?..." membuatkan aku tersentak. Bukan apa, itulah juga soalan yang ditanya pada aku oleh seorang cikgu lama yang berpengalaman kononnya dalam ehwal mengajar. Untuk pengetahuan semua, kalau tak kerana minat, kalau bukan kerana semangat, aku tak akan jadi cikgu. Aku menyempurnakan hajat mak aku. Berkat berkongsi ilmu ni banyak. Aku memang tak pandai bersosial dengan masyarakat sekeliling sangat. Aku akui tentang tu. Aku tak minat. Segalanya tentang minat dan semangat...

...aku akui jugak aku tak pandai dalam banyak ehwal, tapi aku belajaq jugak sikit-sikit. Malu tu ada jugak kekadang, tapi selagi boleh kumpul ilmu, apa salahnya campak kemaluan tu jejauh. kan? Tak ada apa yang aku rasa kurang, atau rugi...dan aku akui, aku banyak bergantung pada gerak rasa yang diberi oleh Allah dalam apa yang aku buat...


...apapun, aku
just nak simpulkan segala kerumitan yang berlaku ni di sini. Aku rindukan sebahagian diri aku yang aku dah hilang. Aku nak jadi aku yang lebih baik setiap hari.

...aku nak semua orang tahu, hidup kita tak lama.
...kita belajar dan dapat lebih dengan berkongsi, bukan memonopoli.
...mengabaikan apa kita rasa, membuatkan kita jauh dari diri kita sendiri.
...terlalu melayan rasa, kita akan lupa dengan tanggungjawab yang diberi.
...terlalu menurut, kita akan rosak binasa.
...terlalu menentang, timbullah huru-hara.
...banyak berharap, rosaklah impian.
...banyak bermimpi, punahlah harapan.
...usaikan apa ditangan.
...usaplah dengan ketenangan.
...usahlah terlalu dibuai kenangan.
...kalau janji diikat hati.
...rasa sayang makin bersemi.
...kalau sekali ia dimungkiri.
...matilah sayang berulang-kali.
...bersederhanalah dengan diri.
...bersendirilah bertemankan hati.
...bersemangatlah di Subuh hari.
...bergembiralah dengan berbudi.

...salam kemaafan buat semua yang membaca...

...mengorak langkah...

...dulu, segala usul cadangan aku, tidak mendapat sambutan dek kerana aku orang muda. Aku orang baru, semangat aku dilihat menentang tradisi yang ada. Segalanya nampak sukar. Segalanya nampak mustahil. Aku sabar...


...Alhamdulillah, dengan usaha dan doa bersama para guru yang ada,
sekolah aku berjaya menjalankan Program Motivasi pertama kalinya di sekolah. Selama 3 hari 2 malam kudrat para guru dikerah, dan segalanya berjalan dengan baik. Aku tulikan pendengaran pada apa kata orang, aku butakan mata pada kekurangan yang ada, demi membangkitkan kesedaran budak-budak ni, aku usahakan sampai berjaya. Pada cikgu-cikgu, ini pengorbanan kita. Duit jangan digusarkan.



...aku berterima kasih juga pada Kak Tie, sudi menerima jemputan aku ke sini, dan dia sanggup datang berkongsi ilmu yang ada setelah hampir 6 tahun tak bertemu. Paling
last, perjumpaan sebelum konvo 2004. Sekurang-kurangnya, budak-budak ni mendapat input segar dari luar. Paling manis, dengan kesudian Tomei junior aku datang, berlakulah a small reunion og the PGG members. Time kasih sudi datang walau sekejap masa cuma, sempat mengimbau kisah silam gak...

"...aku, Kak Tie dan Tomei.."

...maaflah, late entry, tapi aku baru tergerak nak masukkannya.

"...terima kasih semua..terharu aku..."

Friday, August 7, 2009

...tetiba aku teringat...

...tetiba aku teringat beberapa nama yang mungkin tidak akan ingat pada nama kecil lagi tidak tersohor aku ini.
~Ana Nur Afifi bin Anwar (anak pegawai Bank Rakyat masa aku sekolah rendah di SRKBS, nama unik, memang aku ingat)
~Mohd Zain bin Yunus (jiran merangkap anak kawan abah kat sebelah rumah lama aku-yang ajar aku kayuh basikal )
~Mohd Shamsuri bin Ahmad (anak polis kawan aku masa di SRKBS yang selalu berpeluh-peluh)
~Noreen binti Rosli (budak pompuan comel yang dok depan aku masa darjah 4 Merah yang selalu ketawakan gigi kapak aku yang besar)
~Eddy Zalmi bin Mohd Khir (selalu lumba dengan aku sapa bukak lampu bilik darjah dulu masa naik tahun 5 di SRKBS)
~Mohd Tarmizan (...bin tak ingat-tapi melihat dia didera ibu dan bapa saudara depan mata aku buat aku teringatkan dia sampai sekarang)
~Shim Sze Nooi (...the only ah moi masa aku sekolah rendah, comei dengan skirt dia)
~Encik Yang Rafiee bin Ahmad (...ni lah insan pertama berjabat tangan dengan aku masa aku masuk kelas Tahun 1 Merah, dan sehingga sekarang aku masih jumpa dia di Pasar Bagan Serai)
~Norhaslina binti er... (...budak pompuan ni suka menyanyi, masa tu terduet dengan dia sat lagu "Jangan Pisahkan")
~Vijay a/l ... er aku lupa... (aku ingat ni lah budak India yang paling besaq kat skolah aku)
~Kalaivanan a/l ...lupa lagi (budak India paling kecik tapi banyak cakap kat sekolah aku)
~Renggarajan a/l ...maaf tak ingat (budak India paling kurus dan paling tinggi dalam kelas, sampai nak menulis tangannya kena round the desk...bayangkan...)
~Yuvaraja a/l ...pepahamla (ni budak India yang ganaz, tapi aku ingat dia sebab dia paling selalu tak miss beli nasi lemak mak buat...macih)
~Mimi Baijura binti Mohd Yusuf (...ni aku ingat sebab ni hantu nasik lemak mak aku buat jugak...sampai la ni...)
~Paramjeet Kaur a/p ... (yang ni aku ingat sebab satu2nya budak perempuan Sikh kat kelas aku yang tinggi, banyak cakap dan rambut dia dandan sampai cecah punggung...dan kapten main lombat getah tiap2 hari)
~Azadi Sani bin Rahiman (ni anak kawan abah-anak posmen-aku ingat dia coz walau dia katik dari aku, dia terrer main badminton, wakil sekolah dan daerah adanya. Lani bukak gym kat Bagan Serai)
...aku nak Maghrib sat dulu...sebelum aku lebih terlupa pada-NYA

Wednesday, July 22, 2009

...bulan kecergasan vs bulan memenatkan...

...bermula pada tahun lepas, bulan Julai dijadikan bulan kecergasan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Jadi pelbagai program telah dijalankan, yang melibatkan aktiviti kecergasan merangkap menguruskan tubuh badan. Ops, kantoi.

...masuk pada tahun ke-2 ni, pada mulanya aku bersemangat nak buat aktiviti senamrobik dengan bebudak macam tahun lepas, tapi alangkah sedihnya bila mendapat surat arahan JPM yang mengarahkan untuk menjalankan aktiviti kecergasan berkenaan pada luar waktu P&P. Maknanya pada petang hari, di bawah terik mentari musim panaslah aku dan cikgu lain bersama murid Tahap 2 sahaja yang terlibat. Maknanya, di sekolah aku:

~objektif untuk memupuk gaya hidup sihat oleh gomen gagal dek kerana mementingkan P&P pada pagi hari, dan orang atas lupa yang ini juga sebahagian dari P&P sosial kanak-kanak.

~masa yang terhad untuk bersenamrobik. Tak best! Tak best! Tak best!

~usul JPM agar dipelbagaikan aktiviti seperti kuiz sebagainya sebenarnya bagus, cuma kenapa menganggap ini menganggu P&P sedangkan murid-murid mempelajari sesuatu daripadanya, dan kesian pada yang berada di Tahap 1 yang bersekolah agama pada petang hari kerana terlepas peluang ni. Kalau murid tu Tahun 1, maknanya dia kena tunggu Tahun 4 lah baru boleh bersama buat aktiviti ni...hmm...


"last year punya senamrobik dengan murid Tahap 1 dan 2"

~maka untuk jangka masa panjang, bakat sukan di sekolah aku (mungkin juga sekolah lain) akan merosot, budak tak minat dan tak berpeluang nak pupuk minat.

"tahun ni punya senamrobik dengan Tahap 2 saja....huwa..."

~makin ramailah bebudak yang obesiti dan tak cergas. Jadi tak relevenlah kata-kata badan sihat otak cergas, dan bukanlah salah cikgu lagi tentang ni kerana aku dan yang lain hanya MENURUT PERINTAH.

...walaupun namanya bulan kecergasan, tapi bulai Julai ni lah jugak bulan kurang cuti umum dan sewaktu dengannya. Kurang rehat. Bagi aku yang mengajar matapelajaran UPSR, maka ni bulan kritikal juga adanya. Kelas tambahan, tak cukup petang, GB suruh buat awal pagi, kami ikut. Prestasi tak cukup memberangsangkan, buat kelas malam pulak nak kaver apa yang kurang. Hujung minggu pertama, terlibat aktiviti memancing dengan murid-murid, hujung minggu kedua kena jadi pegawai pengiring program pusat Ko-Kurikulum, hujung minggu ketiga buat motivasi murid di sekolah, hujung minggu akan datang ni, ada kursus LDP pulak. So, siapa kata kerja cikgu senang? Siapa kata cikgu banyak cuti dan rehat?

...tapi dah nama pun guru, suka atau tidak, aku pujuk hati, aku buat semua ni, demi anak-anak murid yang aku sayang. Aku masih di sini sebab budak-budak ni. Aku masih kuat pun sebab mereka, dan mereka kena jadi kuat sebab aku nak jadikan mereka kuat. Aku masih ingat apa Pn.Min pesan masa di maktab dulu-biar kamu tak dapat jadi guru cemerlang pada pentadbir sekolah, PPD or Jabatan, tapi jadilah guru yang cemerlang pada anak murid kamu...


Monday, July 20, 2009

...waktu PAI: Mari bersyukur...

...salah seorang anak muridku, mengadu tentang banyaknya nyamuk di kawasan sekolah dalam waktu aku mengajar. Apa boleh buat, kawasan sekeliling sekolah aku ni banyak kebun getah, memanglah kawasan nyamuk. Dia bilang, "Sir, nyamuk ni banyak lah! Kecik pulak tu. Tak tahan lah!". Hmm, budak-budak kampung pada zaman aku, lasak, tidak seperti apa yang aku lihat sekarang. Jadi aku pun menjawab, "Sepatutnya kamu lebih bersyukur lah. Tak baik cakap macamtu." Dia tergamam. Dia tanya "Kenapa pulak nak bersyukur Sir? Nyamuk kan selalu gigit kita?" Aku menjawab, "Kita kena bersyukur sebab Allah jadikan nyamuk walaupun banyak tapi saiznya kecil yang datang menggigit kita. Boleh kita tampar dan bunuh. Bayangkan kalau nyamuk tu setiap seekor besar kucing, banyak pulak datang menggigit kita, agak-agak kamu sempat tak kamu nak komen-komen macam ni?" Dia senyap, dan aku pun senyap, sebab aku nak dia belajar berfikir sesuatu dari apa yang aku cakapkan. Selepas dari hari tu, dia tak tanya lagi dah, nyamuk yang datang, habis ditampar, dilanyak, dibunuhnya, termasuk yang ada di badan kawan-kawan lain, juga di lengan aku...lain pula penghasilan yang jadi. Apapun, bersyukurlah, dia ada kesedaran tentang bahayanya seseekor nyamuk itu walaupun kecil saiznya...

...sekadar renungan bersama...

...kadang-kadang kita senang menunding jari bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan kita, tapi kita lupa yang jemari yang menunding itu bukan milik kita dan tundingan itu juga untuk kita.

...kadang-kadang
kita berkata salah pada orang yang tidak sealiran pemikiran dengan kita, tapi kita lupa untuk menegur apa yang salah dan terus mempersalahkan, jadi kita sebenarnya lebih bersalah.

...kadang-kadang kita mudah melenting bila sesuatu yang berlaku tidak kena pada mata kita, pada pegangan kita, tapi kita lupa menyabarkan diri kita kerana itu pesan Allah pada kita atas segala perancangan-Nya.

...kadang-kadang kita lupa pada apa yang kita kata pada orang, akan datang pada kita kembali dalam pelbagai bentuk dan cara, tapi kita terus lupa untuk bermuhasabah tentangnya.

...kadang-kadang
kita berkata kita benar, kita betul hanya kerana kita nampak salah orang, tapi kita lupa yang tingkah kita juga menjadi hidangan mata dan jiwa lain yang memerhati.

...kita senang berbicara dengan lantang kerana orang lain diam tidak bersuara, tapi kita lupa pada kelebihan mereka yang diam dalam berbicara. Beralah bukan kalah, diam bukan memendam.

...sekadar pesanan buat diri dan rakan-rakan, kita jahil bukan sahaja kerana ilmu kita kurang, tapi kita jahil kerana tidak beramal terlalu berbangga dengan sedikit ilmu yang kita ada. Kita lupa dan tidak malu dengan Maha Pencipta yang Maha Mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kita. Kita rasa kita ikhlas, tetapi keikhlasan itu sebenarnya lebih dirasai oleh hati yang menerima, bukan hati yang bercerita.

...renungkan bersama. Salam Ukhuwwah.

Thursday, May 21, 2009

...rambut dan nilainya...

...aku memang sebenarnya selesa berambut pendek, ala-ala skinhead. Kalau potong rambut, guna lapik yang no.1 tu. Bukan apa, aku rasa senang macamtu. Bukan kerana potongan rambut 4-2-1 yang diperkenalkan Menteri Pelajaran pada 1997 dulu, tapi aku lebih awal buat. Nekad sebab:

~setiap hari, aku menghabiskan masa aku dekat 10 minit depan cermin menguruskan rambut aku. Mak selalu bising time tu

~minyak rambut kena top-up kerap dari biasa.

~bila rambut panjang, aku susah nak tidur.

~dan aku akan menghabiskan masa yang lama masa mandi.

...pendek kata, semua salah aku la.
...berbalik pada cerita sebenar. Aku dilabel ikut fesyen Mawi walau aku berambut macamtu lebih awal dari dak Mawi tu. Aku dilabel budak sekolah menengah sebab berambut macamtu dan pernah ditahan jaga sekolah kerana disyaki lambat sampai sekolah. Chess! Aku positifkan balik, pujuk ati kata "lu nampak muda bro!" Aku pernah dikatakan macam mat tiarap a.k.a askar lah, pelatih polis lah, bomba lah etc. Aku dilabel yang indah2 bila berambut pendek dan menjadi ikutan anak-anak murid kat sekolah aku untuk berambut seperti aku. Pi je kedai gunting rambut, depa habaq kata nak potong rambut maacam Sir. Bangga den! Seronok aku membelai deduri tajam ni sebelum tidur dan selepas mandi. Segalanya tentang rambut aku.

...lately, aku kembali menyimpan rambut aku sebab dak Amad cakap dia attend kursus dan dia dapat tau yang kakitangan kerajaan tak boleh berambut botak macam aku buat. At least rambut mesti seinci or setengah inci...err aku lupa. Bermula saat itu, dak Amad juga berambut kembali, dan begitu juga aku. Dak Amad bukan lagi mat tiarap seperti aku, dan mat tiarap juga bukan seperti kami lagi. Sedihnya...

...di sekolah, aku rasa aku macam orang lama yang berwajah baru, dengan segala puji dan goda, aku rasa aku orang yang semakin bersemangat. Cuma yang tak best nya, ada ke patut bebudak aku cakap aku makin garang. Dan yang tak best bila ayat ni berkumandang "Sir sejak ada rambut ni, garang lah! Masa botak dulu baik je!" Pang! Pang ! Dua penampar hinggap di pipi murid aku tadi secara spontan! Acah je. Mana ada aku buat macamtu. Hahahaha. Hilang title guru mithali den...

...dari situlah segala ni bermula. Segala macam perkara terlintas dalam benak aku. Aku sebagai cikgu, sememangnya ada pengaruh kuat lebih dari ibu bapa sebenarnya. Walau hanya dengan penampilan, tapi dari situlah titik permulaan sebuah cerita. Terlintas jugak dalam pemikiran aku, betapa murid dulu dan sekarang berbeza, di kampung dan di kota, dan aku kena mengikut peredaran yang ada. Dan yang paling penting, perubahan yang berlaku, memberi aku kekuatan yang lebih sebenarnya, dan aku masih insan yang sama, yang serupa yang mereka dan korang sayang! Best! Best!

Monday, May 18, 2009

...hari keramat seorang guru...

...buat seorang insan bergelar guru, setiap tahun, walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawabnya, walau bagaimana pandangan masyarakat dan anak didik terhadap segala tingkah juga katanya, dia tetap akan dikenang untuk suatu hari. Pada suatu hari. Walau hari itu telah berlalu, setahun sekali, tapi semangatnya, kemeriahannya perlu bagi setiap yang bergelar pendidik. Selamat Hari Guru buat semua pendidik di seluruh Malaysia.

Aku bangga menjadi seorang guru!

I'm proud to be a teacher!

...aku berada di tempat aku sekarang, aku menjadi aku, menjadi manusia kerana insan yang bernama guru. Mak abah aku adalah guru pertama aku. Aku membawa semangat mereka. Tak lupa buat Teacher Noriah Ismail, Puan Zaidah, Cikgu Zulkafli, Cikgu Abdul Razak (SK Jalan Matang Buluh), Teacher Rohani Musa, Ustazah Osmawati, Ustaz Pahim Ishak, Pak Aziz, Tn. Hj Idris Ramli, Ustazah Aisah Abol (SMK Abu Bakar Al-Baqir), Assoc. Prof Jalal Uddin Khan (IIUM-Qatar University), Assoc Prof Dr. Nor Faridah (IIUM), Pn. Parminder Kaur, Mr. Nandakumaran a/l Kathirvaloo (MPTAA) Pn Hajah Azizah Omar (Jabatan Pelajaran Melaka) dan semua cikgu kat sekolah2 aku (SK Jalan Kuantan (2)-SK Bukit Mat Daling-SK Jus), Insya Allah aku tak lupa jasa antum semua...


...(amacam gambar trio jejaka ni?)...dan hari ni, sambutan Hari Guru telah diadakan kat sekolah aku. Ada macam-macam acara dijalankan tahun ni, senamrobik bersama murid, treasure hunt ala2 amazing race, persembahan choral speaking BM, koir, nasyid J-Qaf, dan buat pertama kalinya-nyanyian dari guru2 SK Jus-Doa Buat Kekasih.

...kalau dulu2 masa sekolah, macam adik aku cakap, Hari Guru best sebab dapat aiskrim cikgu belanja. Pernah jugak dapat makan roti. Dulu2 nak bagi hadiah kat cikgu2 yang aku suka, tapi sebab tak mampu, aku dan adik aku cuma tengok saja lah. Mana mampu, duit pun cukup makan. Tapi mak pandai. Mak pujuk kami cakap "mak abah tak dak duit. Tak apalah, bagi lah hadiah kat cikgu2 dengan belajaq sungguh2, dapat keputusan yang terbaik." Alhamdulillah, berjaya juga. Yang penting, berkat seorang guru tu. Dan aku masih belajar, masih jauh perjalanan hidup aku. Sebelum terlupa, Selamat Hari Guru jugak untuk Cikgu Ahmad Nazri, cikgu Pendidikan Jogging dan Kesihatan aku. Kakakaka...


...akhir kalam ~ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. SELAMAT HARI GURU.

...angkat besi vs angkat bakul...

...hehehe, this time around, aku nak menulis sedikit sahaja tentang workout or bahasa Melayunya-gerak kerja. Aku bukanlah orang yang terer pun tentang ni. Tapi aku terpanggil nak tulis sebab baru-baru ni, aku ada bersembang-sembang dengan dak Ady yang aku lebih senang panggil dak Amad.

...dak Amad ni kaki angkat besi di gym. Budak gym la. Dia bilang katanya, sorang kenalan dia minta dia senaraikan apa menu makanan harian dia dari bangun pagi sampailah ke malam hari.

...dak Amad pun bagilah dengan jujurnya. Di dalam senarai dak Amad, dia bilang pagi dia ada amik susu dengan kurma dan kismis. Respon dari mamat angkat bakul sendiri ni ialah, kurma manis, kismis manis, tak elok untuk bantu workout. Karbohidrat tinggi. Tak membantu.

...walaupun aku jahil tentang perkara makan minum orang besi ni, tapi aku cakap semula dengan dak Amad yang itu makanan yang menjadi sunnah Rasullullah SAW. Kalau tak ada tenaga yang cukup dan stabil, macamana nak buat kerja? Lebih membebankan sebenarnya. Pedulikan apa pandangan dia, tapi seingat aku, tak penah aku dengar larangan atau kekangan dari mengambil kurma walau pada pesakit-pesakit. Malah digalakkan sebab membekalkan tenaga yang segera dan semulajadi. Ayat penutup aku-tu dakyah Yahudi nak menghapuskan sunnah Rasullullah S.A.W dan pada masa yang sama mempromosikan barangan mereka. So dak Amad, membesarlah secara sihat,
and work it that way bro!

Friday, April 24, 2009

...tetiba aku teringat...

...seingat aku, aku susah sekali nak mencarut atau memaki hamun, dalam ayat yang lebih sopan, aku tak pandai dan tak boleh berbahasa kurang sopan. Macam dah kena sealing jutsu cerita Naruto.

...bukan memuji diri sendiri, tapi hakikat. Inilah hasil ketegasan didikan mak dan abah masa aku kecik-kecik dulu. Asal bergaduh je hero-hero kat rumah, kena libas getah paip, kena rotan dengan penyangkut baju. Tu tang fizikal, kalau nasib tak baik, terkeluar perkataan
bodoh - bangang ketika sedang berkungfu - karate, walau hanya separuh perkataan, nescaya, merah lah bibir hero-hero menjadi heroin yang mengalirkan air mata. HAHAHAHAHA.

...tak caya, tanya
Pali a.k.a Ebab yang dah tak debab. Aku tak nafikan, dah banyak bergaul ni, aku tak lari dari mengeluarkan perkataan kesat gak, tapi Alhamdulillah, terkawal. itu jugalah yang aku kena terapkan pada anak didik aku. Jom, control macho!

...ingat dan lupa...

...sekadar untuk renungan bersama.

...terkadang kita lupa. Dalam apa jua perkara kita pasti lupa. Pernah tak kita bertanya kenapa kita selalu lupa? Melalui pembacaan aku terdahulu, menurut para alim ulama, banyak penyebab yang mendorong kita menjadi pelupa. Seperti buat dosa (kecil atau besar), minum air tercemar dengan bangkai semut, selalu melihat alat sulit sendiri, tidur selepas Asar, makan makanan yang tidak tentu sumber halal haramnya, selalu melihat pada perkara-perkara maksiat dan ada beberapa perkara lagi yang aku akui aku lupa dan terlupa. Bukan apa, aku teringat pada suatu perkara yang kita terlepas pandang, yakni manusia itu sendiri yang bernama insan lahir dari perkataan Arab (nisyan) yang ada kaitannya dengan sifat lupa itu sendiri dari asal kejadiannya. So by nature, kita memang pelupa. Tapi hikmah kejadian Allah ini, begitu besar kalau kita fikir-fikirkan.

...sebab itu adakalanya kita mudah menunding salah pada orang, mudah nampak cela yang lain sebab kita sendiri lupa yang itulah kekurangan kita sejak azali. Adakalanya, kita berkata-kata seolah kita tak pernah dan tak akan membuat perkara itu. But remember, what goes around, comes around.


...p
elanduk bisa melupakan jerat, tapi jerat tak mungkin melupakan pelanduk. Oleh itu, jangan ditambah dosa memberi salah pada ibu yang mengandung, usah diungkap salah pada Melayu yang alpa, jangan disalah guru kencing berdiri, bukan salah Pak Kaduk naik junjung, kalau kita asyik bermadah kata, sehingga menjadi tak sedar dek untung, nyawa dan tubuh dipinjamkanNYA. Iman itu susah nak diperkuat, tapi mudah digugat, tetap sukar dijaga serta mudah digoda.


...akhir kalam, dalam melayari bahtera hidup, adakalanya kita perlu untuk menjadi pelupa, agar tidak memendam, menjadi pendendam dan pada tika yang sama, harus beringat dan tidak lupa untuk menjaga senipis iman yang kita punya.

Wednesday, April 22, 2009

...what my pupils say about me...

...aku ni jenis yang suka bertanya orang especially pada yang kenal rapat, including my pupils tentang diri aku la. Apa pandangan diaorang tentang aku, apa yang best dan tak best tentang aku. Well, kekadang aku rasakan aku perlu sedikit petunjuk tentang diri aku di mata umum (macam lirik lagu anak pak Zain lak). And these are some that i got from them in general from my pupils:

~aku ni garang, walau pada aku, itu ketegasan...
~aku ni suka marah-marah, walau pada aku marah tu tanda sayang...
~aku suka denda dan merotan budak-budak aku, walau pada aku itu untuk kebaikan dalam mendisiplinkan diaorang...
~aku asyik bercakap laju-laju, walau pada aku dah habis perlahan dah kelajuan percakapan aku...
~aku suka paksa budak menangis kalau buat silap, walau pada aku tu lebih baik dari aku menjadi bosan asyik merotan...
~aku ni menakutkan, walau pada aku rasanya aku ni antara makhluk Tuhan yang sederhana seksi...

...yang positif aku simpan la dulu. Hehehe. Tapi dalam aku menyingakan diri di sekolah, aku rasa akulah jugak antara insan yang bebudak ni cari dulu dalam apa-apa ehwal yang penting, sederhana penting dan kurang penting. Inilah hakikatnya, dan aku bersyukur jugak tentang ni.

...cuma setiap hari aku berdoa, aku berharap yang hari baru aku lebih baik dan lebih membantu anak-anak murid aku...aku harap segala yang garang + ganas + kejam yang diaorang lihat dan alami sekarang ni menjadi sesuatu yang indah bila dah besar nanti...
Sir sayang hampa semua!

Tuesday, March 24, 2009

...a star in the making...

...Alhamdulillah, terubat segala penat jerih kami para guru. Asyraf berjaya melonjakkan nama sekolah kecil kami di persada acara kebudayaan daerah. Dengan berjaya merangkul naib juara nyanyian solo, dia berjaya membuka mata banyak pihak yang pernah memandang rendah pada kami. Sekarang ini, misi akan diteruskan ke peringkat negeri. You can do it better boy!

...dan pada Malini, menjadi warga peribumi Asli tak bermakna kamu tak berhak menunjukkan bakat kamu, dan kamu dah buktikan pada kami para guru. Lagu "Bunga Emas" dan "Sepi Sekuntum Mawar Merah" membuatkan harapan semua semakin berbunga...Insya Allah. Buat Kak Ani, Kak Zety, Wani, Dak Ila, Ustaz, Kak Liza dan warga yang lain, kita usaha lebih lagi selepas ni. Insya Allah, kejayaan menanti...

Friday, March 20, 2009

...yang mana lebih penting...

...ini antara yang bermain di benak pemikiran aku lately, sekadar berkongsi apa yang aku lalui.

~nahkoda dalam sebuah kapal cuma perlu seorang, tak boleh lebih, tak boleh kurang. Tapi apa kejadahnya nahkoda itu jika asyik mengemudi kapal lain di lautan, sedang kapal sendiri terumbang ambing dipukul gelora? Mana lebih penting, isi kapal sendiri atau isi kapal orang?

~dalam mendidik, yang berpengalaman harus bijak membimbing. Membimbing bukan sahaja dengan kata nasihat, tapi dengan teladan. Tapi apa kejadahnya guna pengalaman yang ada diguna untuk menekan? Mana lebih penting, tunjuk ajar atau tunjuk kuasa?

~bertukar pandangan, berkongsi buah fikiran itu perlu tapi apa maknanya setiap yang diujarkan ditepis melulu, kerana penting akal sendiri? Mana lebih penting, keputusan bersama atau keputusan idea?

~hormat-menghormati melibatkan dua atau lebih pihak, bukan perkara yang berhormat saja perlu dihormati, malah dia perlu menghormati pada yang memberi hormat. Hormat diperoleh dengan memberi hormat, bukan dengan meminta dihormati. Mana lebih penting, memberi kehormatan atau mengharap dihormati?

...sama-sama renung-renungkan.

...introducing...

...aku kenalkan ahli baru dalam hidup aku sekarang ni. Aku dapat macam-macam feedback dari orang sekeliling tentang dia, insan lama, tapi aku berbahagia dengannya. Manusia cuma tahu memperkatakan, menilai tapi tak ramai yang memahami. Jom ronda-ronda...

...i'm back guys...

...Alhamdulillah. Setelah beberapa ketika aku terpaksa menyepikan diri buat seketika, kini aku kembali dipersada dunia tanpa sempadan halal-haram ni. A harsh statement but that's a fact. Terlalu banyak perkara aku nak kongsikan di sini, tapi aku tak tahu nak bermula dari yang mana.

Sekarang ni tengah cuti sekolah, cuti pertengahan penggal pertama-namun sayang aku tak dapat pulang ke kampung. Sedih, tapi bukan aku sengaja tak nak balik. Ada kemaslahatan yang berlaku. Aku pasrah menerima segala yang terjadi. Leeban dengan anak buah dia dah balik tadi siang, Azrul tak balik lagi ke sini, jadi aku sendirian dalam banglo ni. At the moment, aku terkenang mak abah and anak-anak buah aku.