Wednesday, July 22, 2009

...bulan kecergasan vs bulan memenatkan...

...bermula pada tahun lepas, bulan Julai dijadikan bulan kecergasan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Jadi pelbagai program telah dijalankan, yang melibatkan aktiviti kecergasan merangkap menguruskan tubuh badan. Ops, kantoi.

...masuk pada tahun ke-2 ni, pada mulanya aku bersemangat nak buat aktiviti senamrobik dengan bebudak macam tahun lepas, tapi alangkah sedihnya bila mendapat surat arahan JPM yang mengarahkan untuk menjalankan aktiviti kecergasan berkenaan pada luar waktu P&P. Maknanya pada petang hari, di bawah terik mentari musim panaslah aku dan cikgu lain bersama murid Tahap 2 sahaja yang terlibat. Maknanya, di sekolah aku:

~objektif untuk memupuk gaya hidup sihat oleh gomen gagal dek kerana mementingkan P&P pada pagi hari, dan orang atas lupa yang ini juga sebahagian dari P&P sosial kanak-kanak.

~masa yang terhad untuk bersenamrobik. Tak best! Tak best! Tak best!

~usul JPM agar dipelbagaikan aktiviti seperti kuiz sebagainya sebenarnya bagus, cuma kenapa menganggap ini menganggu P&P sedangkan murid-murid mempelajari sesuatu daripadanya, dan kesian pada yang berada di Tahap 1 yang bersekolah agama pada petang hari kerana terlepas peluang ni. Kalau murid tu Tahun 1, maknanya dia kena tunggu Tahun 4 lah baru boleh bersama buat aktiviti ni...hmm...


"last year punya senamrobik dengan murid Tahap 1 dan 2"

~maka untuk jangka masa panjang, bakat sukan di sekolah aku (mungkin juga sekolah lain) akan merosot, budak tak minat dan tak berpeluang nak pupuk minat.

"tahun ni punya senamrobik dengan Tahap 2 saja....huwa..."

~makin ramailah bebudak yang obesiti dan tak cergas. Jadi tak relevenlah kata-kata badan sihat otak cergas, dan bukanlah salah cikgu lagi tentang ni kerana aku dan yang lain hanya MENURUT PERINTAH.

...walaupun namanya bulan kecergasan, tapi bulai Julai ni lah jugak bulan kurang cuti umum dan sewaktu dengannya. Kurang rehat. Bagi aku yang mengajar matapelajaran UPSR, maka ni bulan kritikal juga adanya. Kelas tambahan, tak cukup petang, GB suruh buat awal pagi, kami ikut. Prestasi tak cukup memberangsangkan, buat kelas malam pulak nak kaver apa yang kurang. Hujung minggu pertama, terlibat aktiviti memancing dengan murid-murid, hujung minggu kedua kena jadi pegawai pengiring program pusat Ko-Kurikulum, hujung minggu ketiga buat motivasi murid di sekolah, hujung minggu akan datang ni, ada kursus LDP pulak. So, siapa kata kerja cikgu senang? Siapa kata cikgu banyak cuti dan rehat?

...tapi dah nama pun guru, suka atau tidak, aku pujuk hati, aku buat semua ni, demi anak-anak murid yang aku sayang. Aku masih di sini sebab budak-budak ni. Aku masih kuat pun sebab mereka, dan mereka kena jadi kuat sebab aku nak jadikan mereka kuat. Aku masih ingat apa Pn.Min pesan masa di maktab dulu-biar kamu tak dapat jadi guru cemerlang pada pentadbir sekolah, PPD or Jabatan, tapi jadilah guru yang cemerlang pada anak murid kamu...


No comments:

Post a Comment