...kadang-kadang kita senang menunding jari bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan kita, tapi kita lupa yang jemari yang menunding itu bukan milik kita dan tundingan itu juga untuk kita.
...kadang-kadang kita berkata salah pada orang yang tidak sealiran pemikiran dengan kita, tapi kita lupa untuk menegur apa yang salah dan terus mempersalahkan, jadi kita sebenarnya lebih bersalah.
...kadang-kadang kita mudah melenting bila sesuatu yang berlaku tidak kena pada mata kita, pada pegangan kita, tapi kita lupa menyabarkan diri kita kerana itu pesan Allah pada kita atas segala perancangan-Nya.
...kadang-kadang kita lupa pada apa yang kita kata pada orang, akan datang pada kita kembali dalam pelbagai bentuk dan cara, tapi kita terus lupa untuk bermuhasabah tentangnya.
...kadang-kadang kita berkata kita benar, kita betul hanya kerana kita nampak salah orang, tapi kita lupa yang tingkah kita juga menjadi hidangan mata dan jiwa lain yang memerhati.
...kita senang berbicara dengan lantang kerana orang lain diam tidak bersuara, tapi kita lupa pada kelebihan mereka yang diam dalam berbicara. Beralah bukan kalah, diam bukan memendam.
...sekadar pesanan buat diri dan rakan-rakan, kita jahil bukan sahaja kerana ilmu kita kurang, tapi kita jahil kerana tidak beramal terlalu berbangga dengan sedikit ilmu yang kita ada. Kita lupa dan tidak malu dengan Maha Pencipta yang Maha Mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kita. Kita rasa kita ikhlas, tetapi keikhlasan itu sebenarnya lebih dirasai oleh hati yang menerima, bukan hati yang bercerita.
...renungkan bersama. Salam Ukhuwwah.
HALWA TELINGA DAN GARIS MASA
1 month ago
No comments:
Post a Comment