- ...Jumaat yang baru berlalu merupakan satu-satunya hari dalam tahun 2008 yang jatuh pada 13 haribulan. Mengikut fakta yang aku perolehi di dalam internet-mereka yang taksub dengan kepercayaan ini akan berusaha sedaya mampu untuk tidak keluar rumah mahupun melakukan rutin harian sepertimana biasa kerana takut ditimpa nasib buruk atau kecelakaan, sehinggakan rekod menunjukkan urusniaga ekonomi setempat mereka terjejas teruk pada hari berkenaan. Itu dari aspek negatif, dan yang uniknya, kadar kemalangan jiwa mahupun kebakaran pada hari dan tarikh ini turun secara mendadak kerana didapati masyarakat berkenaan akan menjadi terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan mereka-yang kebanyakkannya dihadkan di dalam rumah sahaja! Seharusnya attitude positif sebegini menjadi rutin sehari-hari manusia.
- ...Jumaat adalah hari yang dimuliakan di dalam agama Islam kerana begitu banyak peristiwa bersejarah dalam Islam telah berlaku, dan seharusnya menjadi titik tolak perubahan atau penghijrahan pada umat Islam. Sejarah adalah teladan. Sejarah adalah titik perubahan minda dan jiwa. Sejarah mencorak kehidupan. Pada aku, sejarah hari Jumaat ini mengajar aku sebagai seorang umat Islam, agar aku bersyukur kerana aku tidak terhad untuk berubah dan memasang azam baru hanya pada 1 Januari setiap tahun atau hanya pada 1 Muharam, tetapi Allah memberikan aku peluang memperbaharuinya bukan pula terhad hanya pada hari Jumaat, tetapi pada setiap hari.
- ...aku akan sentiasa beringat setiap kali aku bangun pada Subuh Jumaat bahawa kemungkinan janji Allah sebagaimana dunia diciptakan pada hari Jumaat, Dia juga akan mendatangkan Kiamat pada hari Jumaat, sedangkan aku masih terkapai-kapai dalam hidup.
...dan sebab yang paling ikhlas aku menulis semua ini adalah kerana asbab yang berikut:
- ...aku suka hari Jumaat kerana aku hanya bertugas separuh hari pada hari ini and lepas solat Jumaat aku boleh tidur...
- ...last but not least, aku suka nombor 1 dan nombor 3, jadi itu merupakan ilham pertama Allah cetuskan dalam jiwa ini untuk aku berfikir lebih berkenaan ehwal-ehwal yang aku perkatakan tadi.
...kesimpulannya, ilham Allah datangkan buat kita yang mahu menerimanya dan yang mahu berfikir. Alhamdulillah andai perkongsian ini dapat sedikit sebanyak menambahkan ilmu yang ada...
No comments:
Post a Comment