...CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta sang lelaki terpancar melalui:
- Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
- Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
- Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
- Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka.
- Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
- Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.
- Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
- Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
- Lega apabila pasangan memujuknya.
- Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
- Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
- Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.
- Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.
- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
- Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menyayanginya.
- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.
- Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
- Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.
- Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
- Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
- Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
- Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.
- Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
...sama-sama fikirkan. Renungkan pada apa yang telah dilalui selama ini, mungkin ada kebenarannya walau tidak pada semua perkara. Yang penting, kita mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup setiap saat, setiap masa. Dalam memperbaiki perhubungan kita dengan insan yang kita sayangi, terutama kita sebagai insan bernama lelaki, perkara yang paling penting ialah memperbaiki kekurangan yang ada terutama pada diri kita sendiri, because the best we can get is when we pray the hardest and the best is being offered from us. Be the man that rules by the strength of wisdom and the humbleness of the heart.
No comments:
Post a Comment