Sunday, June 22, 2008

...cuma DIA yang tahu...

...di saat aku menulis entry ni, fikiran aku melayang memikirkan tentang dia yang aku sayangi. Buat masa ini, aku lebih senang hanya dia dan aku yang mengetahui tentang perhubungan ini. Aku amat menyayangi dia dan sepertimana dengan mereka yang pernah aku sayangi, aku berikan yang terbaik semampu aku untuk kebahagiaan dia.

...hanya kasih sayang, kerana harta tak ku punyai dan demi sebuah rasa yang ikhlas lahir dari hati, apa yang aku ada, itulah rezeki yang akan kita kongsi bersama sampai bila-bila. Walau pernah dilukai, namun rasa kasih sayang yang Allah beri pada diri ini tak pernah luntur buat dia yang aku sayangi. Aku tahu dia akan membaca setiap kalimah yang aku tuliskan di sini, dan aku berterima kasih kepada dia kerana menerima diri aku ini seadanya.

...setiap hari, aku tak pernah lupa mendoakan yang terbaik buat diri aku dan dia, buat kebahagiaan kami dan keluarga. Biar apapun takdir Allah kelak buat kita berdua di masa akan datang, Alhamdulillah aku bersyukur kerana dengan takdir Allah juga yang mula mempertemukan aku dan dia. Semoga perhubungan ini ke akhir hayat kami adanya...buat dia yang aku sayang - I thank you for loving me and I love you even more...Insya Allah...

2 comments:

  1. semoga berbahgia!

    ReplyDelete
  2. angah, siapakah gerangan insan istimewa yang telah menchuri secebis jiwamu itu? berbahgia lah kerana bukannya mudah mencintai dan dicintai tau.

    anyway, my blogs are up olredi... rizaliskandar.blogspot.com

    ReplyDelete