Monday, April 7, 2008

...terima kasih Helmi...

...hari ni aku berpuasa sunat. Sesekali berpuasa membuatkan aku rasa bagus jugak. Insya Allah akan aku teruskan amalan ni di masa akan datang. Sekadar nak berkongsi satu peristiwa yang aku alami pada hari ini. Pagi tadi, sebelum bermulanya perhimpunan mingguan sekolah, aku disapa oleh Helmi-salah seorang anak murid aku yang kini berada di Tahun 3, seusia dengan jangkamasa aku bertugas di sekolah ini. Biar aku ceritakan sedikit tentang Helmi, or aku panggil dia Imi sahaja.

...anak kedua, kehilangan ibunya sebelum dia menjejakkan kakinya ke sekolah aku mengajar ni. Aku memang rapat dengan Imi semenjak peristiwa dia menangis tetiba satu hari semasa kelas aku, dan bila aku dekati dia, pujuk dia (Alhamdulillah-ini mungkin kelebihan yang aku punya, sama seperti mak aku) aku tersentuh bila dia cakap "saya teringatkan ibu saya". Since that moment, memang aku selalu bersembang-sembang dengan dia bila ada peluang dan dia pun rajin datang bertanya itu ini dengan aku.

...berbalik pada motif asal penceritaan aku, (maaflah, aku memang suka memanjangkan cerita aku)-Pagi tadi Imi cakap dia ada sesuatu nak bagi pada aku. Dia masuk ke kelas dan keluar membawa sekotak marshmellow pie dan dia tanya dulu,

"Sir tak pergi Joh Heboh semalam kan?"tanya Imi.

"Tak sempatlah Imi, Sir ada banyak kerjalah semalam, kenapa?" aku jawab.

"Saja lah kite tanye. Kite dah agak dah Sir tak pegi, sebab tu kite belikan Sir menda ni. Sir ambik la." dan dia pun bagi aku kotak makanan tu.

"Time kasih Imi. Baik betul anak murid saya sorang ni ye? Tapi Sir puasa la hari ni Imi."

"Ala, Sir balik makan nanti la ye?"

"OK, saya makan nanti ye? Thank you Imi."

...cuma itu itu yang aku dapat cakap kat dia. Terharu sebenarnya aku saat tu, tapi kena lah kontrol kan emosi tu. Seriously aku sayang kat bebudak aku-termasuk Imi. Dan apa yang lebih buat aku tersentuh bila waktu rehat aku tak turun ke kantin, dia datang ke bilik guru semata-mata nak tanya pasal aku. Sebak yob! And he handed me 3 more packets of cakes dan cakap "Kite nak bagi Sir yang ni pulak. Nanti makan tau?" dan aku tunaikan hajat dia bila tiba waktu berbuka tadi, itulah makanan yang aku jamah dahulu. Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri tak semestinya berbentuk material, aku bersyukur dengan perkongsian kasih sayang yang aku lalui saat ni.

...terima kasih Imi-mungkin kamu tak tahu saya abadikan kisah kamu dalam blog saya, tapi yang penting kamu patut tahu yang saya sayangkan kamu macamana kamu sayangkan saya. Semoga Allah menjaga kamu sehingga kamu berjaya kelak di suatu masa. Amin.

1 comment:

  1. teringat zaman jd guru (3 thn).menjadi guru yg brutal dan ganas yg dbenci student..pernah lempg 8 bdk thn 6 yg pecah masuk n buat sepah kt sek. men di hdpn sek. .ganas..tp bila fkr2 sedih sgt.x dpt difikirkan knp bertindak kejam sgt..lagi sedih ry thn lps.. seorg student dr shah alam dtg umah kt phg.nak beraya umah ustz.nak jenguk umah buruk ustaz.hari guru..betul2 psycho..dan pakcik paham..kenapa ada seorang budak bagi kita tasbih.....supaya kita sedar kesilapan kita...

    ReplyDelete