- Banyak idea dalam perkara- Alhamdulillah, setakat ni jarang keputusan ilham dan idea.
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.- Aku akui.
- Berfikiran kehadapan.- Aku suka buat sesuatu dengan terlalu teliti dan banyak memikir.
- Berfikiran unik dan bijak.- Aku sering berfikir dua hala pada satu masa.
- Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.- Aku tak lah sampai tahap luarbiasa.
- Pemikiran yang tajam.- I would say "pemikiran yang teliti"
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.- Aku tak pasti sangat yang ni.
- Sesuai jadi seorang doktor.- Aku kini seorang guru-merangkap doktor yang mahu mengubat penyakit masyarakat dari tunas yang kecil.
- Cermat dan teliti.- Betul sangat tu, sampai rimas mereka yang jadi goup member aku.
- Personaliti yang dinamik.- Alhamdulillah, ada lah sikit-sikit.
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.- Biarlah rahsia.
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.- Aku terlalu banyak berfikir kadang-kadang yang tak perlu dan bukan-bukan, and masa ni aku memang kurang bercakap. Hehehe...aku ni banyak cakap sebenarnya.
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.- Alhamdulillah, ada tempiasnya sikit-sikit. masih perlu diperbaiki.
- Terlalu degil dan keras hati.- Benar. Aku akui. Tapi seingat aku dalam ehwal yang aku rasa aku betullah. Tak lah terlalu degil, ada kelembutan dalam kekerasannya.
- Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.- Sejarah hidup aku membuktikannya. Kepuasan itu penting bagi aku.
- Tak suka marah kecuali digugat.- Ya! Aku tak suka diugut, diancam atau diberi kata dua dan aku juga pantang kalau orang mencarut, maki hamun kat depan aku.
- Mudah ambil berat terhadap orang lain.- Alhamdulillah, aku sedar dari mana asal usul aku.
- Pandai muhasabah diri.- Inilah salah satu cara aku membantu diri aku bina keyakinan dan kehidupan aku. Aku tak sempurna.
- Cara berfikir yang lain dari orang lain.- Aku suka berfikir perkara negatif jugak kekadang. It helps me a lot.
- Otak yang sangat tajam.- Tepuk dada, tanya diri sendiri.
- Pandai mendorong diri sendiri.- Alhamdulillah. Tapi agak lambat nak bertindak.
- Tidak hargai pujian.- Aku diajar menghargai kdua-duanya-puji dan keji manusia.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu dan cuba sampai berjaya.- Aku kena meneruskan hidup aku selama mungkin kerana ramai insan yang memerlukan aku terus hidup dalam kehidupan mereka, dan aku tak nak mengecewakan mereka. I'm a survivor.
- Badan yang sasa.- Badan aku bulat dah. (",)
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.- Alhamdulillah.
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.- Adakalanya. Dan kerana itu aku begini.
- Suka duduk di rumah.- Tak percaya? Tanya mak aku.
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.- Tak selalunya. Kalau kena mood tak OK, aku akan bermalas-malasan seadanya.
- Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.- Insya Allah, sentiasa berusaha ke arah itu.
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.- Terutama dengan insan-insan yang aku sayang sangat-sangat dalam hidup aku. Aku sensitif wo...mak aku kata aku ni hati bunga.
- Bercita-cita tinggi.- Banyak impian yang aku nak capai lagi ni, untuk aku dan untuk keluarga.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.- Tanya mak aku, juga kawan-kawan rapat aku. Masih cuba memperbaiki diri adanya.
HALWA TELINGA DAN GARIS MASA
1 month ago
No comments:
Post a Comment