...aku baru sahaja mendapat khabar dari mak di kampung yang abang aku dah pulang ke pangkuan keluarga. Setelah hampir entah berapa tahun dia melayari kehidupannya sendiri jauh dari keluarga, Alhamdulillah kini dia sudah kembali. Mak dengan abah pun gembira dengan kepulangan putera sulung mereka. Aku gembira kerana kini aku kembali mempunyai seorang abang-walau hakikatnya aku tak rapat dengan dia. Aku tak pernah merasa akan kasih sayang seorang abang secara sebenarnya.
...cuma aku berharap dan aku berdoa yang abang aku tidak meninggalkan kami sekeluarga lagi. Hadir perginya dalam keluarga mungkin dirasai, tapi terus terang dalam hidup aku, aku tak merasakan apa-apa perubahan besar. Aku jadi terbiasa dengan ketiadaannya. Besar harapan aku agar dia akan selalu ingat akan adik-adiknya yang lain memerlukannya bukan sekadar abang, malah pemimpin keluarga dan juga wali andai abah tiada lagi. Aku menitipkan barisan ayat ini bukan kerana aku adalah seorang adik, tetapi kerana aku juga seorang abang. That's all. Welcome back Long!
HALWA TELINGA DAN GARIS MASA
1 month ago
No comments:
Post a Comment