- kita lupa yang insan yang kita sayang itu punya perasaan yang cukup nipis dan adakalanya mudah sekali terguris dengan apa yang kita buat, yang kita ucapkan, maka untuk itu, letakkan diri kita di tempat insan yang kita sayang setiap kali kita memperkatakan sesuatu,atau melakukan sesuatu. (maaf, aku tidak berniat untuk mengajar sesiapa melainkan berkongsi apa yang aku rasa)
- kita lupa yang insan kita sayangi itu punya kehidupan sosialnya yang melibatkan keluarga juga kawan-kawannya yang tidak sama sekali kita berhak untuk ubah semata-mata kerana kita-maka ingatlah yang kita juga punya ruang sosial yang tidak harus kita abaikan, pada ibu bapa dan keluarga kita.
- kita juga sering lupa yang seharusnya cinta itu membina sebuah kehidupan yang lebih kuat, bukan sebaliknya kerana cinta itu hakikatnya menyuburkan, mengindahkan dan tidak ke arah kehancuran.
- kita juga sering lupa akan peranan ego dalam perhubungan sebuah cinta-kerana ego yang bertempat akan membantu sesebuah perhubungan menjadi lebih baik. Ego biar direndahkan kerana tingginya maruah memerlukan sesuatu sebagai batu berpijak.
- kita sering lupa akan sifat semulajadi insan dalam menjalani sesebuah perhubungan-bagi Hawa-apa yang mereka mahukan adalah perhatian dari pasangannya, namun apa yang diperlukan Sang Adam tidak lebih dari sekadar seorang insan yang memahami akan kehidupannya-bercinta itu adalah sebuah proses mempelajari antara satu sama lain.
- terlalu hanyut dalam arus percintaan bisa melemaskan-dan pengakhirannya karam tak bertepi. Kehidupan terumbang ambing, dan diri tidak terurus. Maka bercinta lah berpada-pada, ingatlah akan hakikat yang rasa cinta itu kurniaan Illahi buat kita. Jangan pernah lupa mengungkap rasa syukur pada-Nya setiap hari, setiap saat dan masa semampu kita-walau apa pun yang kita lalui dengan percintaan kita. Berjaya atau gagal dalam percintaan-bukan perkara besar kerana sekurang-kurangnya kita berjaya mengecapi salah satu nikmat paling besar yang Allah berikan dalam kehidupan kita......
...itu sahaja yang aku rasa mahu dan dapat aku coretkan sebelum aku melangkah ke masjid untuk solat Jumaat. Aku berbicara untuk semua dan juga pesanan buat diri aku sendiri yang pernah melalui semua ini...
No comments:
Post a Comment