Friday, March 7, 2008

...dari pelatih kepada jurulatih (4-7 Mac 2008)...

...tanggal tarikh 4hb Mac 2008, buat kesekian kalinya aku datang ke Pusat Kokurikulum Kem Lanchang, Merlimau. Kalau dulu aku sebagai peserta, tapi kali ni sebagai pembantu jurulatih untuk Kursus Orienteering Negeri Melaka. Alhamdulillah, aku rasa seronok sebab setibanya aku kat sana, wajah bulat ini masih lagi dikenali para jurulatih-Tuan Syareen, Tuan Rozairi, Tuan Yusnizam, Tuan Ismail, Tuan Isa, Tuan Paul, Tuan Rashid, Puan Norna dan Puan Zahriah...


...at first, aku rasa janggal berada dikalangan jurulatih ni, kecik je rasa walaupun aku besar dah ni, tapi penerimaan mereka membuatkan aku berasa seronok. Pertama kali disapa para peserta(cikgu-cikgu dari seluruh Melaka)sebagai Tuan Faizal buat aku rasa lebih bersemangat...dan sebagai pembantu jurulatih, aku tidur di rumah pegawai, kalau tak, aku kena berkhemah dengan para peserta adanya...



...antara perkara baru yang aku belajar kat sini ada 2:-
  1. bagaimana untuk merancang dan melaksanakan sesebuah aktiviti yang besar, dan dalam kes ni, aktiviti orienteering.
  2. aku belajar guna walkie-talkie dengan sebenar-benarnya, dengan cara yang betul...kod yang betul...dan kod nama aku ialah : Juliet Mike Foxtrot (JMF).
...dan apa itu aktiviti orienteering? Aktiviti ni merupakan macam aktiviti mencari harta karun la jugak, bezanya menggunakan peta, kompas dan berdasarkan klu2 yang ada, kena cari lokasi seterusnya menggunakan peta dan kompas yang diberikan. Setiap check-point or dipanggil control-point akan ditandakan dengan objek seperti tanglung (tanpa api kat dalam) yang digantung bersama klu dan juga alat penindik (puncher) yang mempunyai corak penindik berbeza. Pendek cerita, tak boleh main ngelat la...

...masa memasang tanglung2 ni la agak mencabar sebab sebelum peserta guna kompas dan peta, aku dan jurulatih terlibat kena guna kompas dan peta tu dulu untuk menempatkan penanda ni one by one. Masa ni lah jugak setan datang menghasut untuk memperdajalkan para peserta...hehehe



...penat memang memenatkan, tapi aku berpegang pada kata2 nasihat Tuan Yusnizam-jangan pernah serik. Insya Allah aku ingat dan berpegang pada kata nasihat dia.
Malam 6hb Mac 2008, berlangsung majlis penutupan program, dan aku tak boleh lupa bila bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia. Sebak je rasa hati, syahdu je. Kalau AF boleh berbangga dengan lagu Menuju Puncak, bagi aku inilah lagu keramat seorang guru. Hatiku terpaut untuk berada di sini, akan tetapi aku lebih merasakan tanggungjawab aku berada bersama-sama anak-anak murid aku kat sekolah. I miss them very much...aku akan cuba seimbangkan kedua-dua perkara ini di masa akan datang. Insya Allah.

1 comment: