Sunday, March 30, 2008
...sebuah kepulangan...
...cuma aku berharap dan aku berdoa yang abang aku tidak meninggalkan kami sekeluarga lagi. Hadir perginya dalam keluarga mungkin dirasai, tapi terus terang dalam hidup aku, aku tak merasakan apa-apa perubahan besar. Aku jadi terbiasa dengan ketiadaannya. Besar harapan aku agar dia akan selalu ingat akan adik-adiknya yang lain memerlukannya bukan sekadar abang, malah pemimpin keluarga dan juga wali andai abah tiada lagi. Aku menitipkan barisan ayat ini bukan kerana aku adalah seorang adik, tetapi kerana aku juga seorang abang. That's all. Welcome back Long!
...kisah seekor kuda air...
Wednesday, March 26, 2008
...anak-anakku...
Monday, March 17, 2008
...reUnion di Batu Pahat...
...balik singgah minum2 lagi kat rumah Papa, then gerak balik jam 12 am, sampai rumah, dah jam 2 pagi! Yang penting, sampai hajat jumpa sama geng (macam bunyi GBS pulak) yang dah lama tak jumpa.
Friday, March 14, 2008
...kita selalu lupa...
- kita lupa yang insan yang kita sayang itu punya perasaan yang cukup nipis dan adakalanya mudah sekali terguris dengan apa yang kita buat, yang kita ucapkan, maka untuk itu, letakkan diri kita di tempat insan yang kita sayang setiap kali kita memperkatakan sesuatu,atau melakukan sesuatu. (maaf, aku tidak berniat untuk mengajar sesiapa melainkan berkongsi apa yang aku rasa)
- kita lupa yang insan kita sayangi itu punya kehidupan sosialnya yang melibatkan keluarga juga kawan-kawannya yang tidak sama sekali kita berhak untuk ubah semata-mata kerana kita-maka ingatlah yang kita juga punya ruang sosial yang tidak harus kita abaikan, pada ibu bapa dan keluarga kita.
- kita juga sering lupa yang seharusnya cinta itu membina sebuah kehidupan yang lebih kuat, bukan sebaliknya kerana cinta itu hakikatnya menyuburkan, mengindahkan dan tidak ke arah kehancuran.
- kita juga sering lupa akan peranan ego dalam perhubungan sebuah cinta-kerana ego yang bertempat akan membantu sesebuah perhubungan menjadi lebih baik. Ego biar direndahkan kerana tingginya maruah memerlukan sesuatu sebagai batu berpijak.
- kita sering lupa akan sifat semulajadi insan dalam menjalani sesebuah perhubungan-bagi Hawa-apa yang mereka mahukan adalah perhatian dari pasangannya, namun apa yang diperlukan Sang Adam tidak lebih dari sekadar seorang insan yang memahami akan kehidupannya-bercinta itu adalah sebuah proses mempelajari antara satu sama lain.
- terlalu hanyut dalam arus percintaan bisa melemaskan-dan pengakhirannya karam tak bertepi. Kehidupan terumbang ambing, dan diri tidak terurus. Maka bercinta lah berpada-pada, ingatlah akan hakikat yang rasa cinta itu kurniaan Illahi buat kita. Jangan pernah lupa mengungkap rasa syukur pada-Nya setiap hari, setiap saat dan masa semampu kita-walau apa pun yang kita lalui dengan percintaan kita. Berjaya atau gagal dalam percintaan-bukan perkara besar kerana sekurang-kurangnya kita berjaya mengecapi salah satu nikmat paling besar yang Allah berikan dalam kehidupan kita......
...itu sahaja yang aku rasa mahu dan dapat aku coretkan sebelum aku melangkah ke masjid untuk solat Jumaat. Aku berbicara untuk semua dan juga pesanan buat diri aku sendiri yang pernah melalui semua ini...
Thursday, March 13, 2008
...kereta impian...
Tuesday, March 11, 2008
...OPS makan-makan...
...kami bertiga makan sempoi je, yang penting minuman rasmi kami tetap sama. Aku dengan teh o' limau suam, Liban dengan jus buah yang sihat dan Azrul dengan air milo beliau. Yang tak best ialah, makanannya walaupun menu berlainan, semuanya rasa sama sahaja. Nak komplen, rezeki, jadi makan sajalah.
Yang lagi membuatkan kami terkilan ialah harganya yang mencecah RM18 untuk nasi gorang pataya, kuey tiaw tomyam dan nasi daging merah,mahal beb! Seperti kebiasaan juga, bila kami rasa terkena sebegitu rupa, maka kami bersepakat untuk memblacklistkan restoran berkenaan - that was the first and the last...(better to blacklist than to black magic kan kedai tu...hehehe)
Monday, March 10, 2008
...aku dan PRU 12..
Tanggal tarikh 8hb Mac yang lalu, telah berlangsung PRU ke 12. Aku tak nak rosakkan blog aku dengan kisah PRU 12-tapi aku nak kongsi dengan semua tentang apa yang berlaku pada aku pada hari berkenaan sebagai KTM-bukan Keretapi Tanah Melayu tetapi Ketua Tempat Mengundi di sebuah sekolah di Melaka.
Jam 5.30pagi dah kena berada di Pusat Pengiraan undi untuk mengambil peti undi dan bahan2 yang perlu, sampai sekolah aku solat Subuh hampir jam 7 pagi. Habis semua kerja pengiraan undi dah masuk 7.15 petang. Aku sampai hantar balik keputusan untuk saluran aku jam 8.10 malam. Dan aku memang penat sangat2 malam tu...aku balik, tengok jap keputusan PRU kat tv, then aku terus melayari tidur malam ku tanpa ada mimpi yang bertandang...
Sunday, March 9, 2008
...kerja..kerja...kerja...
...aku di Taman Botanikal Ayer Keroh...
Friday, March 7, 2008
...dari pelatih kepada jurulatih (4-7 Mac 2008)...
- bagaimana untuk merancang dan melaksanakan sesebuah aktiviti yang besar, dan dalam kes ni, aktiviti orienteering.
- aku belajar guna walkie-talkie dengan sebenar-benarnya, dengan cara yang betul...kod yang betul...dan kod nama aku ialah : Juliet Mike Foxtrot (JMF).
...masa memasang tanglung2 ni la agak mencabar sebab sebelum peserta guna kompas dan peta, aku dan jurulatih terlibat kena guna kompas dan peta tu dulu untuk menempatkan penanda ni one by one. Masa ni lah jugak setan datang menghasut untuk memperdajalkan para peserta...hehehe
...penat memang memenatkan, tapi aku berpegang pada kata2 nasihat Tuan Yusnizam-jangan pernah serik. Insya Allah aku ingat dan berpegang pada kata nasihat dia. Malam 6hb Mac 2008, berlangsung majlis penutupan program, dan aku tak boleh lupa bila bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia. Sebak je rasa hati, syahdu je. Kalau AF boleh berbangga dengan lagu Menuju Puncak, bagi aku inilah lagu keramat seorang guru. Hatiku terpaut untuk berada di sini, akan tetapi aku lebih merasakan tanggungjawab aku berada bersama-sama anak-anak murid aku kat sekolah. I miss them very much...aku akan cuba seimbangkan kedua-dua perkara ini di masa akan datang. Insya Allah.
Tuesday, March 4, 2008
...saat kemesraan mula mekar...
sebuah taman digersangi rasa,
yang sekian lama tandus,
dipenuhi debuan hampa,
subur ia kembali disapa sebuah jiwa.
kemesraan yang tercipta,
menghidupkan sisa kepercayaan
pada sebuah CINTA,
keindahan yang mula berputik,
dibajai kasih sentiasa,
dipagari rasa percaya,
menggamit seluruh jiwa raga.
disaat inilah,
ketika putik berkembang mekar,
pijar rasa sinar membakar,
menguji keimanan kasih yang menjaga,
mencalar kesuburan cinta yang membaja.
usahlah kau menunduk layu,
hanya kerna sekali diuji,
usahlah kau mendongak tinggi,
hanya dengan sebuah mimpi.
(aku titipkan ketulusan, pada sebuah ingatan,
akulah yang ketandusan, akan sebuah cinta,
Monday, March 3, 2008
...perkara yang aku tak suka tetapi ianya berlaku...
- mesyuarat PIBG sekolah aku. Migrain aku jadinya.
- miscall dari nombor-nombor yang aku tak kenal, sudahlah tak kenal, miskal pada waktu aku lena beradu atau ada urusan yang penting termasuk ketika aku merempit. Lagi sakit hati kalau aku mesej or call balik, haram tak dijawab or diangkat...
- aku tak suka dengar orang maki hamun or mencarut-carut, dan juga yang bermulut celupar, baik lelaki atau perempuan. Cukup pantang!
- aku tak suka kena tuduh bukan-bukan tanpa usul periksa bila berlaku sesuatu. Penat nak memikir.
- aku tak suka bila kena himpit dek bas ekspress semasa aku driving. Sakit hati, tapi aku kena hati-hati sebab takut mati.
- aku tak suka kena komplen pada benda yang aku rasa subjektif.
- aku tak suka bila nak hantar mesej, ada masalah dengan servis telefon...geram!
- aku tak suka sangat area bandar, aku cepat lemas. Sesak jiwa. Trauma dengan kaki pau dok ada lagi ni.
- aku tak suka bila ada orang cakap tak minat or tak main bola sepak bukan lelaki sejati. Sempitnya akal. 3mm punya ruang pemikiran!
- aku tak suka kena tipu, coz aku pun tau harga sebuah KEPERCAYAAN tu terlalu mahal harganya!
- aku tak suka orang yang juah tak bertempat...rasa nak sekeh ja.
- aku tak suka orang yang tak menjaga kebersihan diri, paling ketara tak gosok gigi dan potong kuku...boleh demam den!
- aku tak suka pada tradisi sesebuah masyarakat or sistem yang tak menerima satu pembaharuan yang menjurus ke arah yang lebih baik. Bak kata satu pepatah Cina-preserve the old, know the new.
- aku tak suka bila motor aku buat masalah...sebab aku la jugak yang kena tanggung masalah tu.
- aku tak suka promoter kat bahagian toiletries sebab bila aku beli barang yang aku biasa guna, dia akan kondem then promote barang dia jual. rase nak bergaduh je..hehehe
...dan kalau ada lagi, nanti aku add-on kemudian, Insya Allah. Apa yang aku highlight tu, tak bermakna aku ni cerewet ke ape, aku cuma menjadi diri aku, manusia yang punya ketidaksempurnaan yang tersendiri dalam menyukai sesuatu...that's all...
...sukan sekolahku...
...Usah dipandang kemenangan ini sebagai keraian pada kekurangan serta kejatuhan yang lain, sebab pada aku, roda hidup kita selagi berputar, segalanya mungkin. Yang kami, para guru lain cuba buktikan adalah, semangat yang ditanam serta dibajai dengan baik, baiklah penghasilannya hatta diancam kemarau panjang atau air bah segala.