Thursday, November 6, 2008

...gomen no komen...

Situasi 1:
...pagi ni aku ada temujanji dengan doktor pakar ENT di Hospital Melaka. Seperti yang dijanjikan, aku bergerak sedikit awal pagi ni sebab aku naik public transport. Menyahut seruan kerajaan sesekali apa salahnya sambil memanjakan diri menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan di pagi hari. Tapi ianya dicemari dengan 1 insiden yang diluar jangkaan aku. Aku seperti biasa membayar tambang kepada uncle driver tu. Ku hulurkan not RM5, diberinya aku tiket, dan tiada wang baki. Aku ingat mungkin dia nak setelkan baki selepas semua budak sekolah dalam bas tu turun, almaklumlah ramai berasak dalam bas keramat tu. Tapi selepas bebudak semua turun, tak jugak aku terima baki, maka aku pun meringankan mulut berlaku ramah dengan uncle driver dan bertanya:

"Uncle, tadi saya bagi duit tambang, uncle belum bagi baki lagi kat saya"
"You mau pegi mana tadi?"
"Melaka Sentral." aku jawab.
"Betul la tu, mana ada baki. You naik tadi, turun Melaka Sentral, tambang RM5 la. Sudah 2 bulan naik tambang. Suma orang da tau la. You check balik tiket saya kasi tadi. RM2.50-ada 2 keping kan?"
...betullah tu. Aku tak perasan. Aku terkedu sekejap. Aku ke yang tak tau. Or aku baru tau. Ke tiada orang yang telus sepatutnya memantau? Aku tak tau...

Situasi 2:
...sampai aku kat MS, sahabat aku dah tunggu dah dan terus la kami menuju Hospital Melaka. Well, mencari parking seperti mencari jodoh, macam-macam tempat, macam-macam cara dan macam-macam ragam. Aku turun dan pergi mendaftar kira-kira dalam jam 9.15 pagi. Temujanji aku jam 9.30 pagi. Bukan kali pertama, dah hampir 6 kali rasanya, jadi lambat dapat nombor adalah perkara biasa. Menjelang 10.30 pagi, aku menjeling-jeling kat kawan aku, tak dapat lagi angka giliran. Tak apa, bersabar. Pengalaman ni baru la buat member aku ni nak menanti lama-lama. Masuk jam 11.00 pagi, masih tak ada panggilan nama keramat ni adanya. Dan bila melihat orang yang datang selepas aku pun dah bergerak masuk, member aku pun masuk lah bertanya kat kaunter pendaftaran, dan aku menyusul apabila dipanggil. Aku tanya kenapa, dan member aku cakap kerani kaunter dah panggil jam 10.30 pagi tadi, tapi tak ada jawapan, jadi dia letak bawah.

"Eh, saya tak dengar pun nama saya dipanggil tadi, saya dari pagi tadi berdiri dekat pintu masuk tu, memang tak dengar pun nama saya."
" Ada tadi dah panggil, guna microphone lagi panggil tadi."
" Mana ada, saya dengan kawan saya ni tak bergerak ke mana pun, memang tak ada dengar nama saya."
" Encik ada masalah pendengaran kan? Encik datang untuk ujian pendengaran kan? Sebab tu panggil dengan microphone encik tak dengar." kata perempuan tu dengan nada yang sinis.
"Cik, ni dah penghinaan ni namanya, dah memang tak dengar, cik tak guna microphone tu, memanglah tak dengar." aku bersuara. Bisa amat bahasa dia.
"Eh saya tak maksudkan macamtu, dah memang encik ada masalah pendengaran kan? Nak buat ujian pendengaran kan? Ha ni nombornya."
"Baik, terima kasih." jawab member aku, yang kemudiannya melangkah ke bahagian aduan dan khidmat pelanggan.
...aku tau member aku membuat aduan bagi pihak aku yang sedang menanti giliran untuk rawatan, aku berterima kasih kat dia, sebab cara dia bertegas melalui saluran yang betul. Kakitangan awam seharusnya berkhidmat sebaik mungkin, berhemah dan bertatasusila serta bersopan bila berhadapan dengan pelanggan.
...tak lama lepas tu, kerani tu dipanggil oleh pegawai dia, dan dia bawa fail aku sekali. Sad to say, air muka dia memang tak berubah, tetap dengan riak tak bersalah. Member aku yang datang balik kemudiannya memberitahu, kerani tu berkeras tak mahu mengalah, tak mahu mengaku salah menghina pesakit malah mengatakan yang aku dan kawan aku ni tak beradab dengan dia. Aku pelik, member aku bagi salam, haram tak diangkat muka apatah dijawab salam tu, bila disapa namanya, baru angkat muka. The story goes on and on and on...and towards the end, kami perasan ada seorang lelaki asyik memerhatikan kami dari kaunter pendaftaran bersama seorang lagi staf klinik pakar tu. Agak lama dia berbuat demikian dan jangkaan kami betul-itu si suami. Sekali main calling-calling darling la pulak.
...bersyukurlah puan kerana berkat yang sakit, puan juga suami bisa mencari rezeki di bumi Ilahi. Kenapa nak mengeji orang, seolah yang datang dari Tuhan itu bukan rezeki? Menegur bukan mencari salah, bukan nak berbalah, cuma nak ungkaikan yang kusut agar tak besar nanti masalah...aku kagum dengan nurse dan juga staff nurse dibahagian yang sama, kerja lebih banyak, berkejar ke sana ke mari, semua orang dilayan dan yang paling penting-senyuman tak pernah lekang sebagai penyeri diri. Sesekali teringat bila some parents yang datang mengadap pihak sekolah, atau membuat laporan tentang guru-guru sekolah tanpa melalui saluran yang sebenar juga tanpa meneliti kes sebenar-benarnya. Azab. Sebenar-benarnya kakitangan awam memang mewarisi badi ini turun temurun, kita nak berbudi, cuma lama mana lagi nak kita terus hidup berbadi sebegini?

Tuesday, November 4, 2008

...3 hari 2 malam...

...macam tajuk rancangan TV adanya, tapi hakikatnya, buat pertama kalinyanya dalam selama aku berkhidmat kat Melaka ni, murid-murid sekolah aku seramai 23 orang telah dibawa berkhemah ke sebuah tempat yang agak jauh dari kampung dan sekolah mereka, dengan harapan agar mereka dapat merasai pengalaman berkhemah yang sebenar. Asyik-asyik kat padang sekolah ja, malam lak tidur dalam kelas, tak ada feel and thrill la pada aku.

...bermula dari petang Jumaat (31.10.08) sehinggalah Ahad (2.11.08) kami semua telah berkampung di Kem Saujana Asahan, sebuah tempat di kaki gunung Ledang yang indah permai dan dikelilingi scenery yang indah adanya. Memang sesuai dengan jiwa aku adanya.

...buat pertama kali juga, murid-murid diberi peluang melakukan aktiviti flying-fox dan juga jungle-trekking dengan dipandu arah oleh Cikgu Jamal, orang kampung tempat aku mengajar juga adanya. Yang pastinya, aku merasakan kepuasan dalam melakukan tugasan yang diamanahkan, disebalik pelbagai kemaslahatan, aku rasa ini adalah percubaan yang berjaya walau untuk pertama kali adanya.
...penat memanglah penat. Mementanglah bujang, memang kudrat aku diperlukan seadanya, dan aku harap bebudak aku tak lah rasa menyesal mengukuti perkhemahan kali ini sebab selalu sahaja kena denda dengan Sir diaorang ni dek kesalahan yang ada walau sebesar Walls Mini Poppers. I want you to be a better you, somebody better than me in the future. Tak apa if kamu tak sayangkan Sir, tapi Sir tak boleh tak sayangkan kamu semua...

...dan kepada yang rapat dengan aku masa tu, pastinya mereka dah lebih mengenali siapa aku dengan lebih dekat, dengan lebih jelas. Itulah aku seadanya. My true colours were revealed a bit back there. Terima kasih kepada semua yang terlibat, baik guru-guru mahupun pasangan hidup mereka yang membantu. Buat adik-beradik aku kat situ, terima kasih sebab memberikan aku semangat dan berkongsi kegembiraan, suka-duka bersama. Dan event yang best dalam 2 malam tu ialah BBQ! Thank you kak Zety kerana sponsor kambing seekor, or seekor kambing, ayam, ikan dan juga daging malam tu. Memang tercapai hajat den makan BBQ kambing.

...menyingkap sedikit perkongsian cerita Ustaz kat aku, dia mengatakan laluan ke tempat perkhemahan tu dikatakan laluan rombongan Hang Tuah semasa dalam perjalanan untuk meminang Puteri Gunung Ledang buat Sultan Melaka satu ketika dulu. Entah ya, entah tidak, aku pun tak pasti, dan dia pun tak pasti. Cuma mungkin nak menaikkan nama tempat tu kot gamaknya, cerita ini disampaikan. Yang penting-sebuah sejarah telah tercipta di kaki gunung Ledang ni! Tahun ini! Tahun depan kita cuba lagi. Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi nama awal-awal ya? Hehehe.

Monday, November 3, 2008

...menu birthday boy...

...pagi ni aku bercuti bersempena perkhemahan sekolah, merangkap hari jadi aku. Jadi buat pertama kalinya aku bersemangat di pagi ulangtahun kelahiran aku, aku memasak. Mulanya just nak masak benda simple for breakfast, tapi memandangkan Leeban bawa balik lauk dari kampungnya, aku perangat lauk yang dia bawa balik. Dan aku pun cuma menyediakan 2 sajian tambahan adanya, dan penghasilannya-aku bersarapan berat pagi tu, yang merangkap makan tengahari aku jugak. Hehe, teringat mak cakap-budaya orang Pattani memang kena makan nasi waktu sarapan, well aku punya susur galur Pattani + Jawa...dan jadilah aku yang sekarang ni...jemput makan kawan-kawan.

...susut lagi subsidi aku...

...be different. Think out of the box + bilateral thinking. Heh, aku cakap je. But that's who I am now and then. Time passes by, by right people would consider the age to be adding, but I learned that the lifespan of mine is decreasing. Each and every moment. And today I am 27.

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

...apapun yang berlaku, aku berdoa dan berharap yang kebahagian juga kehidupan yang aku punya sekarang ni, yang Allah beri pada aku berkekalan dan bertambah keberkatannya, Insya Allah. Buat yang tersayang, TERIMA KASIH sebab sudi melagukan lagu besday tu tengah malam semalam walau melalui voice-message, tapi kejutan tu berjaya. Hehehe...mekasih sayang...

...buat yang lain- dak Ady, Papa, Cikgu Aril, YB Amin, Liban, K-rie, Mie, Nuaq, May, Nik, Abang Apis, Ein, Olie, Apis, juga yang lain yang masih ingat pada remaja purba ini, aku ucapkan terima kasih juga atas ucapan yang diberikan...

...buat si dia, aku takkan lupa ayat ni dari dia buat aku, walau pada dia biasa dan tak romantik, tapi apa yang ditulis buat aku rasa amat dihargai, teramat bahagia kerana disayangi...

"...botak ke, bulat ke, saya punya..." (4th October 08 at 10.10pm)

...Insya Allah, esok hari yang baru buat aku, buat kita semua, semoga dipermudahkan segalanya walau dalam apa jua yang kita lalui...semoga aku terus menjadi aku, yang tangan berusaha menggapai tinggi dengan kaki terus menjejak bumi...

Wednesday, October 29, 2008

...freudian am i not?...


...antara percaya atau tidak, aku dilabel sebagai Freudian. I was neither to rejoice nor regret because what is being stated by somebody close to you really means something, and I do take things seriously. Hehehe, but in a positive manner, so, no matter what was the intention of the persona, I am what I am. I was somebody yesterday, who maybe a new me at present, and a better me tomorrow. Who knows what awaits us a few step ahead right?


...tapi jangan gentar dengan apa yang pernah terluah, apa yang termaktub dalam hidup kita. Yang penting, tak ada sesuatu yang berlaku dengan sengaja, dengan sia-sia. Take it. Face it. Pelajarilah sesuatu darinya, itu pesan Allah pada kita. Semoga kita semua dijauhkan dari segala perkara buruk dan sifat ujub pada diri harus dijauhi. A Freudian or not a Freudian, that is not the question, to me, am I being myself?

...yet to be the best...

...aku terpanggil nak memberi respon pada sebuah syarikat penyedia talian telekomunikasi yang iklannya begitu gah lately di kaca tv. Dengan pelakon iklan yang sebesar kawasan liputannya, syarikat ini mewarwarkan kepada semua pelanggannya, termasuk aku yang setia menggunakan nombor yang sama hampir 8 tahun sekarang ni, agar tidak melayan apatah lagi bertindak menukar pangkal nombor ke talian lain. Aku tergelak besar sebab seharusnya kalau dah merasakan mereka menjaga pelanggan dengan baik, menyediakan segala yang terbaik, tak perlulah sampai ke tahap itu latahnya. Bak kata orang, berpada-padalah dalam apa jua tindakan.

...bukan apa, pengalaman aku sebagai pengguna yang SETIA ni sebenarnya banyak gak makan hati. Well, aku pernah dipersalahkan oleh pihak mereka sebab kredit dipotong atas kesalahan teknikal pihak mereka. Telefon bimbit aku juga pernah dipersalahkan kerana tak boleh menghantar MMS, dan segalanya terbongkar apabila seorang hamba Allah yang menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan memberitahu "Maaf ye encik, sebenarnya pihak kami mengalami masalah GPRS dan penghantaran MMS sepanjang minggu lepas." Pergh...hawau je kata orang Melaka. Hehehehe. Bukan aku, bukan handphone aku ja, kampung aku juga dipersalahkan kerana tak dak liputan 3G dan sebab tu lah liputan agak lemah-kata pegawai perkhidmatan pelanggan syarikat ni. Betullah customer service mereka ni free, berbanding talian yang lain-lain, tapi aku selama 8 tahun ni aku top-up dengan duit, bukan jampi serapah semata-mata. Bil letrik nak caj handset juga berbayar bukan guna tenaga solar! Alamak, teremosi pulak. Hehehe.

...for at least, jagalah pelanggan setia dan pelanggan lama yang sedia ada. Jangan dikejar pada keuntungan semata. Apa guna liputan terluas, model iklan terbesar andai laba yang dikejar buat hati terbakar. Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, September 30, 2008

...salam lebaran 1429H/ 2008M...

...buat semua yang melewati blog ini:

...apa ku rasa...

Bilakah kalut hidupku akan berakhir
Kemana ku melangkah pasti ada yang benci
Inikah suratan atau dugaan Tuhan
Walau bibirku mengukir senyum hatiku menangis
Tak siapa tahu keikhlasanku padamu
Cerita tak berasas dan tuduhan buta
Dihulur pada mu yang ingin kuhampiri
Malah diracuni fikiranmu agar aku tersingkir
(c/o) Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang
Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan
Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu
Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan
Lambat laun nanti kebenaran terserlah
Di situlah juga akan kau sedari
Betapa tulusnya pengorbananku ini
Memperhambakan diri tak mengenal jemu
Ketahuilah kesetiaanku ini
Tidak pernah luntur ditelan waktu
Bagaikan batu besar menghimpit dadaku
Tiap hari berganti makin beratnya
Selagi tak terbukti keikhlasan hatiku
Selagi itu keresahan dan sesak di dalam

~Sesak by Ukays~

Monday, September 29, 2008

Friday, September 26, 2008

...Happy Belated Birthday yang ke-13 hari...

...Assalammua'laikum buat semua. Salam Ramadhan. Saja nak bagitau, pagi Khamis tadi, dalam aku membaca kembali mesej-mesej dalam telefon Nokia aku, aku terbaca akan mesej Puan Marleesa Minhad tentang ahli baru keluarganya yang baru menjengah dunia dalam 13 hari yang lalu. Erm, aku terlepas pandang satu perkara penting, yakni tarikh lahir baby nya.
Buat Arissa Safiya Muhammad Badiuzzaman, I'm so sorry, Uncle Pezal terlepas pandang akan tarikh lahir Arissa sama dengan tarikh lahir abah Uncle. Hehe, so jangan risau, Insya Allah Uncle tak lupa dah lepas2 ni, tunggu la nanti ada peluang, Uncle datang melawat ya?


Comel la dia ni, tak sabar nak tengok dia gelak-gelak bedepan nanti. Buat Icha and husband, tahniah dan semoga kalian semakin berbahagia hendak-Nya, Insya Allah...

Sunday, September 21, 2008

...Ramadhan, jalan-jalan & makan-makan...

...salam buat semua, dulu cerita tentang otak-otak. So, this time around, bersempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, aku rasa nak mengetengahkan tentang makanan. Ya! Tentang makanan dan makan-makan, walaupun bulan puasa tapi aku rasa pada masa ni lah nafsu makan kita meluap-luap. Mana taknya, sesetengah makanan tu cuma hadir pada musim bulan puasa sebegini, dah sukar ditemui pada bulan-bulan biasa. inilah berkat bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan limpah rezeki dari Allah SWT.

...terceramah jap, tapi baguslah, sekadar ingatan buat diri sendiri juga yang kadang-kala lupa. Ok, aku cuma nak highlight tentang makanan yang aku suka sangat bulan puasa ni. Memandangkan hidup membujang ni, aku cuma boleh beli benda makan ni semua kat bazar Ramadan je lah. Syukurlah member rumah aku pun boleh katakan suka menjelajah bazar Ramadan yang ada kat bumi Melaka ni, jadi agak banyak jugaklah pilihan yang ada...

...nasi kerabu. Memang aku suka. Semenjak aku makan nasi kerabu yang kaler biru ni dulu 1st time dengan Harizal (aku mention gak nama roommate aku ni kat matrix dulu...hehehe), bulan puasa gak, aku rasa teruja dan aku minat sampai la sekarang. Dengan budunya, cilinya, soloknya, daging bakar, keropok ikan juga telur masin, fuhhh...pakej lengkap tu.


...satar. Or sata, aku tak tau ejaan sebenarnya, tapi yang aku takkan lupa ialah rupanya juga rasanya yang enak. Kata orang, makanan ni asalnya dari Pahang, ada kata Terengganu, yang pastinya asalnya Pantai Timur. Rasa isi ikan yang di gaul rempah juga kelapa parut tu memang la aku takkan lupa, tapi sayang dah nak habis Ramadan ni, aku tak bertemu lagi dengan makanan ni lagi...


...popia. Popia basah. Yang ni pun jarang-jarang amat aku nak jumpa adanya, teliur gak bila tengok kat TV je kekadang. Popia ni yang sedapnya sos dan juga inti dalam tu, yang ada taugeh, ada hirisan lobak sket, udang kering, telur sket, timun juga sengkuang, wah, meriah. Insya Allah berkhasiat dan sodap!


...setakat tu dulu, eh macam taip surat rasmi pulak. Nanti lain masa kita sembang makan-makan lagi, Insya Allah. Erm ada satu soalan buat semua yang baca blog ni, ada sesapa tau tak apa nama kuih ni, or kerepek, or makanan dari Sabah ni? Sedap. Sesiapa yang tau, bagitau ya apa namanya...jumpa lagi.

Tuesday, September 9, 2008

...kisah cemburu...

…lewat malam Khamis yang lalu, dalam mencari-cari rancangan TV yang best untuk ditonton, aku tertekan button channel 119 ASTRO-yakni TV9 dan pada tika itu, sebuah rancangan bual bicara bertajuk Semanis Kurma sedang bersiaran secara langsung. Tajuknya membuatkan aku tak berganjak dari depan tivi tu-CeMBuRu.

...Mana taknya, aku kekadang merasakan sifat tu on and off wujud dalam diri aku, kalau sebelum-sebelum ni, aku dapat control macho, eh kontrol sifat aku tu kepada perkara yang positif. Lately, hehehe, pepahamlah ye bagi jiwa muda yang di lamun asmara, perkara sebegini hadir, tapi setakat ni, Alhamdulillah, terkawal dan Insya Allah dapat dikawal. Orang-orang tua pun asyik dok kata-cemburu tanda sayang, so take it that way, but don’t make a fuss of it. So, apa kata panel pada malam berkenaan?

Panel pertama: Azhar Sulaiman tanpa isterinya Chempaka Emalin mengatakan bahawa:
“…cemburu tu perlu ada tapi ianya perlu bersifat menghangatkan lagi perhubungan yang ada, bukan memusnahkannya. Bagi mengelakkan perasaan cemburu yang keterlaluan dan bersifat negatif, antara pasangan, perlu saling mengambil tahu, mengambil berat, serta saling mempercayai antara keduanya. Setiap pasangan juga perlu menjaga kepercayaan sesama mereka dan jangan beri peluang untuk orang lain mendekati secara mereka dalaman atau peribadi. Yang paling penting, jaga perasaan pasangan kita sebaiknya, Insya Allah perasaan kita akan lebih kuat dan terjaga.

Panel kedua: Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi berpendapat:
“…cemburu itu perlu ada, tapi perlu dikawal dan dikurangkan, sebolehnya tak perlu ditunjuk. Cemburu itu adalah lebih sebagai peringatan kepada pasangan yang setiap sesuatu itu ada batasnya. Sekurang-kurangnya, pesanan kepada pasangan sepertimana Lisdawati nyatakan malam tu “…jangan balik lambat ya? Saya tunggu abang di rumah, saya tak tidur selagi abang tak balik ya?” dapat mengingatkan suaminya bahawa hak dan masa beliau bersama rakan-rakan di luar itu masih ada tapi perlu beringat sentiasa pada pasangannya yang menanti. Agama adalah sebagai panduan dalam perhubungan sehari-hari dan harus diingat, kebahagiaan itu perlu dibentuk dengan usaha dan doa serta dijaga, bukan sebaliknya.

…dan aku amat tertarik pada apa yang disampaikan oleh pengacara rancangan, pasangan suami isteri Ustazah Siti Nur Bahyah Mahmud dan suaminya yang tercinta, Ustaz Wan Akashah sebagai mengulas pada setiap pandangan yang disampaikan:


  1. setiap pasangan harus tahu dan belajar bagaimana untuk menawan hati pasangan mereka, perlu berusaha, berdoa dan perlu bijak memanipulasi kelemahan pasangan dengan niat yang baik…
  2. berterus terang juga adalah perlu bagi mengelakkan syak wasangka, tapi perlu berhikmah...

  3. amalkan atau lakukan perkara yang sama semasa sedang hangat bercinta, selalu diimbas dan dilakukan semula. Setiap hari adalah hari yang baru buat mereka bercinta semula…

  4. dan yang lebih menarik ialah penghuraian langkah mengawal sifat cemburu dalam diri kita dan juga pasangan sepertimana berikut:

    C-cinta hanyalah pada pasangan kita
    E-elak memuji insan-insan lain dihadapan pasangan kita
    M-menghargai pasangan kita selalu
    B-berterus-terang dengan pasangan
    U-ungkapan sayang perlu dilahirkan dan dizahirkan sentiasa
    R-rundingan dan perbincangan perlu dijadikan amalan
    U-ubah ke arah kebaikan seadanya dan jangan bersikap statik dalam perhubungan.

Secebis peringatan buat semua yang membaca, sabda Rasullullah SAW:

Marah itu adalah dari Syaitan, dan Syaitan itu adalah dari api. Api itu dikawal dengan air, maka apabila marah berwuduklah.


Sesungguhnya, orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat mengawal amarahnya. Wallahua’lam. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi dan mengamalkan apa yang kita perolehi bersama-sama. Insya Allah. Dan aku pun belajar sesuatu yang amat penting dan aku semakin belajar, demi dia yang aku sayang…

Friday, August 29, 2008

...in da mood...

...sekadar renungan bersama...

Thursday, August 28, 2008

...kembali di sini...

...salam bicara buat semua, Alhamdulillah, syukur diri ini diberikan-Nya kehidupan, kekuatan juga sedikit ilham lagi untuk dikongsikan di sini. Hampir 2 bulan aku rasa ruangan ini kosong-sepi-sunyi-kelam dan segala sewaktu dengannya dek kerana kelemahan diri aku sendiri. Aku tak ke mana-mana, bahkan aku ada di mana tempat aku sepatutnya aku berada, cuma mungkin aku dalam proses mendapatkan kekuatan yang aku perlu untuk aku memperbaiki kehidupan aku sehari-hari. Terima kasih Teh-indeed this is a journey of a lonely son, yet to be a good one.


...hidup kena terus. Dalam apa keadaan yang kita lalui-kita sentiasa mempunyai pilihan dalam hidup kita, kita punya kuasa atas kehidupan kita. Cuma kadang-kadang, kita mungkin risau kita tersalah membuat pilihan. Itu normal sebab tiada yang sempurna pada makhluk yang bernama manusia. Sama ada kita membuat pilihan yang tepat atau tidak, kita masih beruntung kerana andai kita berjaya membuat pilihan yang tepat, kita akan lebih berbahagia dan menjadikannya semangat juang kita. Bagaimana kalau pilihan yang dibuat itu satu kesilapan?

...jangan takut. Jangan risau sebab kesilapan terBESAR berlaku apabila kita memilih untuk tidak membuat pilihan langsung. Tak usah kita kesali pada kesilapan dalam hidup kerana itu namanya takdir yang ada untuk kita ambil dan pelajari agar di suatu masa nanti, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik. Harus diingat yang setiap apa yang kita lalui selama ini, setiap saat yang kita tempuh, ada perkara yang kita pelajari. Pastikan ada sesuatu yang kita pelajari.

...at least, kita membuat pilihan. Seperti kata buah ati den yang jauh di mata tapi tak lekang dari hati ini - bila berlaku sesuatu, kita boleh terus meratapi dan melihat perkara berkenaan berlalu pergi meninggalkan kita, atau kita boleh bertindak untuk meneruskan hidup dengan memperbaiki kekurangan yang ada
.

...Mmemetik kata-kata pensyarah aku di maktab dulu yang telah ditokok-tambah sikit here and there:-

"Life is a journey, an endless one. Don't rush, don't force or don't hold back but enjoy it. Embrace those that come to you-be it sweet, bitter or pain, in time, you'll find that it colours your life with something that we called experience."


...aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang, aku gembira dan Insya Allah akan aku buat yang terbaik untuk kehidupan dan siapa yang aku ada kini. Setiap hari, setiap saat yang berlalu adalah kenangan yang menjadi panduan dan semangat. Setiap detik yang dilalui adalah cabaran dan hari-hari mendatang merupakan ruang baru yang Allah beri untuk aku ambil dan penuhi dengan sebaik mungkin.

...Aku adalah aku. Aku akan menjadi aku. Aku takkan kaku lagi menghadapi hidup ini. Aku yang dahulu, dengan aku yang kini, berubah dan menjadi diri aku sendiri. I'm not perfect but perfection is never a dream. The best is always from me...

Sunday, June 22, 2008

...cuma DIA yang tahu...

...di saat aku menulis entry ni, fikiran aku melayang memikirkan tentang dia yang aku sayangi. Buat masa ini, aku lebih senang hanya dia dan aku yang mengetahui tentang perhubungan ini. Aku amat menyayangi dia dan sepertimana dengan mereka yang pernah aku sayangi, aku berikan yang terbaik semampu aku untuk kebahagiaan dia.

...hanya kasih sayang, kerana harta tak ku punyai dan demi sebuah rasa yang ikhlas lahir dari hati, apa yang aku ada, itulah rezeki yang akan kita kongsi bersama sampai bila-bila. Walau pernah dilukai, namun rasa kasih sayang yang Allah beri pada diri ini tak pernah luntur buat dia yang aku sayangi. Aku tahu dia akan membaca setiap kalimah yang aku tuliskan di sini, dan aku berterima kasih kepada dia kerana menerima diri aku ini seadanya.

...setiap hari, aku tak pernah lupa mendoakan yang terbaik buat diri aku dan dia, buat kebahagiaan kami dan keluarga. Biar apapun takdir Allah kelak buat kita berdua di masa akan datang, Alhamdulillah aku bersyukur kerana dengan takdir Allah juga yang mula mempertemukan aku dan dia. Semoga perhubungan ini ke akhir hayat kami adanya...buat dia yang aku sayang - I thank you for loving me and I love you even more...Insya Allah...

...pesan Papa...

...sekadar memetik nasihat Papa pada aku untuk aku kongsi bersama buat yang melewati blog aku ni:

...dalam memilih teman, sahabat dan pasangan hidup, manusia di sekeliling cuma mampu memberikan nasihat dan kata pandangan. Kata putus adalah dari kita. Itu adalah satu-satunya keistimewaan yang tak mungkin boleh kita beri pada orang lain...

...sepetang bersama Joe Rogan...

...hehehe, tajuk entry yang ni pun tak ingat. Joe Rogan - that was the first two words that came out from Lan's mouth masa aku jemput dia kat Melaka Sentral minggu lepas. Lan merupakan coursemate aku masa kat kampus Gombak dulu, dan dia ke Melaka untuk jalan-jalan katanya.

...aku berbesar ati dengan kedatangan Lan sebab aku pun dah lama tak jumpa dia,
since tamat pengajian ilmu hitam kami...hehehe. Nak berharapkan aku bawak Lan jalan-jalan kat Melaka, aku cuma nampak 3-4 tempat tipikal. Alhamdulillah, Kapten Ady ada pada petang berkenaan, dapatlah bawa Lan dan juga aku pergi jalan-jalan kat Melaka. Mekasih pada dak Ady,merasa jugak aku masuk Jonkers Walk tu dan pada aku, the place is nice dan aku suka.


...dan aku cuma berkesempatan bawa Lan pergi ke puncak sebuah bukit di atas empangan berhampiran rumah aku untuk jalan-jalan. Nak ke Jasin, hujan dan macam tak ada apa yang aku nak tunjuk kat Lan. Kat situ kami sembang sampailah lewat petang, dan tak lupa bergambar untuk seronok-seronok. Anyway Lan, terima kasih kerana datang ke bumi Melaka. Datanglah lagi...jangan serik ye?

...cuti-cuti di Mela...

...supposedly aku tulis entry ni lebih awal, namun sebagai manusia biasa, aku akan menyalahkan masa kerana tidak pernah mencukupi buat aku beraktiviti. To err is human and nobody's perfect so inilah kisah yang terpendam hampir 2 minggu lebih. Takkan basi kerana ianya mengimbau sebuah memori.

...semasa cuti pertengahan tahun baru ni, aku telah pergi ke Pahang, to be exact, Jerantut untuk menghadiri kenduri YB Amin. So, aku dah sound member aku-Cikgu Sahril kata nak tumpang umah dia kat Mela, sempadan Kuala Lipis-Jerantut. Dia kata OK. Selain dari makan, minum dan tidur kat situ, aku berkesempatan mengajak Cikgu Aril berjalan-jalan di sekitar Bandar Kuala Tembeling, tempat yang dia tak pernah jejak.(aku pulak jadi tourist guide untuk dia petang tu)

...sambil aku melepak dan mengambil gambar-gambar dekat tepi Sungai Pahang tu, banyaklah yang aku cerita kat Cikgu Sahril ni pasal kenangan yang ada kat tempat-tempat berdekatan. Pendek kata, dia terpaksa mendengar segala cerita berkenaan sampai ke saat azan Maghrib berkumandang. Ish...ish...ish. Apa-apapun aku amat berterima kasih atas layanan cikgu Sahril yang baik banget semasa aku di Mela City sehinggalah aku menghantar aku balik ke Kuala Lipis. (...Lipis...alamak, satu lagi set cerita yang aku terpaksa simpan dulu...)

Monday, June 16, 2008

...pada hari Jumaat lepas...

...pernah dengar istilah 'Paraskavedekatriaphobia'? Ianya merupakan satu istilah yang membawa maksud ketakutan pada hari Jumaat yang jatuh pada tarikh 13 haribulan, pada mana-mana bulan sepanjang tahun. Situasi ini lebih kepada kepercayaan masyarakat Barat mengenai kecelakaan yang berlaku pada hari berkenaan. Yang dikaitkan dengan nombor 13 sebagai nombor sial atau membawa kecelakaan pada mereka ini. Aku tidak berniat memperkatakan berkenaan kepercayaan mereka, kerana aku punya kepercayaan tersendiri dan agama Islam yang mengajar aku menghormati budaya dan kepercayaan agama lain. Aku sekadar menulis berkenaan perkara ini atas beberapa sebab seperti yang aku nyatakan berikut:

  • ...Jumaat yang baru berlalu merupakan satu-satunya hari dalam tahun 2008 yang jatuh pada 13 haribulan. Mengikut fakta yang aku perolehi di dalam internet-mereka yang taksub dengan kepercayaan ini akan berusaha sedaya mampu untuk tidak keluar rumah mahupun melakukan rutin harian sepertimana biasa kerana takut ditimpa nasib buruk atau kecelakaan, sehinggakan rekod menunjukkan urusniaga ekonomi setempat mereka terjejas teruk pada hari berkenaan. Itu dari aspek negatif, dan yang uniknya, kadar kemalangan jiwa mahupun kebakaran pada hari dan tarikh ini turun secara mendadak kerana didapati masyarakat berkenaan akan menjadi terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan mereka-yang kebanyakkannya dihadkan di dalam rumah sahaja! Seharusnya attitude positif sebegini menjadi rutin sehari-hari manusia.

  • ...Jumaat adalah hari yang dimuliakan di dalam agama Islam kerana begitu banyak peristiwa bersejarah dalam Islam telah berlaku, dan seharusnya menjadi titik tolak perubahan atau penghijrahan pada umat Islam. Sejarah adalah teladan. Sejarah adalah titik perubahan minda dan jiwa. Sejarah mencorak kehidupan. Pada aku, sejarah hari Jumaat ini mengajar aku sebagai seorang umat Islam, agar aku bersyukur kerana aku tidak terhad untuk berubah dan memasang azam baru hanya pada 1 Januari setiap tahun atau hanya pada 1 Muharam, tetapi Allah memberikan aku peluang memperbaharuinya bukan pula terhad hanya pada hari Jumaat, tetapi pada setiap hari.

  • ...aku akan sentiasa beringat setiap kali aku bangun pada Subuh Jumaat bahawa kemungkinan janji Allah sebagaimana dunia diciptakan pada hari Jumaat, Dia juga akan mendatangkan Kiamat pada hari Jumaat, sedangkan aku masih terkapai-kapai dalam hidup.

...dan sebab yang paling ikhlas aku menulis semua ini adalah kerana asbab yang berikut:

  • ...aku suka hari Jumaat kerana aku hanya bertugas separuh hari pada hari ini and lepas solat Jumaat aku boleh tidur...

  • ...last but not least, aku suka nombor 1 dan nombor 3, jadi itu merupakan ilham pertama Allah cetuskan dalam jiwa ini untuk aku berfikir lebih berkenaan ehwal-ehwal yang aku perkatakan tadi.

...kesimpulannya, ilham Allah datangkan buat kita yang mahu menerimanya dan yang mahu berfikir. Alhamdulillah andai perkongsian ini dapat sedikit sebanyak menambahkan ilmu yang ada...

Wednesday, June 11, 2008

...masa dan kenangan...

...semasa aku menulis entry berkenaan kenduri di Jerantut, tetiba aku teringat akan jam tangan aku. Jadi aku ingin menulis sesuatu tentangnya memandangkan aku kini tidak lagi dapat memakainya kerana tali jam berkenaan tidak lagi boleh bersambung.

...ianya merupakan jam kesayangan aku sebenarnya, berjenama Casio yang berharga RM75 sahaja yang aku beli di Pasaraya TF di Jerantut pada tahun 2005. Tahun aku menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di MPTAA dan aku beli jam tangan tu semasa aku keluar dari Ulu Tembeling sebentar untuk membeli barang keperluan aku semasa bertugas di sana. Aku beli jam tu kerana aku sukakan sesuatu yang simple, nampak biasa dan kerana aku sukakannya. Lagipun selama sebulan lebih aku bergantung kepada handphone Nokia 3315 aku untuk merujuk masa, and it was a bit troublesome. Aku hampir kehilangan jam ni sebab talinya tercabut semasa aku berbasikal di Kem Lanchang dulu. Aku memang sayang jam ni, tapi apa daya, hayat dia berkhidmat untuk aku sudah tiba dipenghujungnya, dan kini aku kembali tidak berteman semasa di sekolah. Janggal rasanya. Macam tak best. Rasa tak konfiden kekadang. Terasa macam Power Rangers tanpa jam transformasi adanya. Macam Doraemon tanpa poket ajaib. Hehehe

...kenangan pahit manis memang banyak tersimpan bersama jam ni. Sekarang ni, biarlah dia menjadi teman aku di bilik sahaja. Sama-sama berkongsi kenangan....

...Alhamdulillah, dah kawin dah...

...cuti sekolah semester yang lepas, aku berkesempatan menghadiri 2 kenduri kahwin insan-insan yang rapat dengan aku. Bertarikh 29 Mei 2008, aku ke Jerantut sebagai memenuhi undangan YB Aminallah Mohamad ke majlis perkahwinan beliau.

...beliau merupakan bakal Ahli Parlimen bagi kawasan Ulu Tembeling, dan dia sebenarnya sedikit kecewa dengan aku sebab mulanya nak suruh aku jadi pengapit dia, tapi yang bestnya dia cuma bagitau sejam setengah sebelum upacara berlangsung pada mana di ketika itu aku sedang menonton tv bersama Cikgu Aril dan bersarapan lewat pagi...hehehe. Maafkan saya ya YB Amin?

...apapun, aku bersyukur dapat kembali ke bumi Jerantut bagi meraikan hari perkahwinan YB Amin, sekaligus buka peluang aku bertemu kembali bekas anak-anak murid aku semasa aku praktikal di Lembah Ulu Tembeling pada 2005 dulu. Aku juga berkesempatan bertemu dengan beberapa penduduk Kampung Bukit Mat Daling yang dah lama aku tak jumpa, sempatlah beramah mesra jap ala-ala YB turun padang...hehehe.


...tanggal 7 Jun 2008, aku dan kawan sekolah aku, Ramli (aku uar-uarkan namamu atas permintaanmu juga) menghadirkan diri sebagai memenuhi jemputan rakan sekolah merangkap satu universiti aku dulu yang berlainan kuliyyah di Simpang, Taiping. Puan Seri Mimi Faiza sekarang ni panggilan dia, dah lama tak berjumpa, bertemu cuma di hari bahagia dia sahaja. Tu pun aku tak berkesempatan ucap tahniah secara berdepan, dia terlalu banyak event yang dilalui, bersanding, silat pulut, wayang kulit bla..bla..bla dan aku cuma sempat tinggal pesan kat kawan dia Cheq. Alhamdulillah, yang penting aku memenuhi jemputan yang diberikan. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

*... gelaran YB and Puan Seri tu saja ja aku letak, nak kasi menarik sket...

Friday, June 6, 2008

...cinta seorang lelaki...


...petikan ini aku dapat dari akhbar HM yang kemudiannya aku copy dari ruang maya ni buat perkongsian bersama yang lain...terutama mereka yang bernama lelaki. kaum Adam.

...CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta sang lelaki terpancar melalui:
  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka.
  • Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.
  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
  • Lega apabila pasangan memujuknya.
  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.
...Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menyayanginya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.
  • Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.
  • Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.
  • Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

...sama-sama fikirkan. Renungkan pada apa yang telah dilalui selama ini, mungkin ada kebenarannya walau tidak pada semua perkara. Yang penting, kita mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup setiap saat, setiap masa. Dalam memperbaiki perhubungan kita dengan insan yang kita sayangi, terutama kita sebagai insan bernama lelaki, perkara yang paling penting ialah memperbaiki kekurangan yang ada terutama pada diri kita sendiri, because the best we can get is when we pray the hardest and the best is being offered from us. Be the man that rules by the strength of wisdom and the humbleness of the heart.

Thursday, June 5, 2008

...bila nak kawin Pezal?...

...bagus tak tajuk entry aku this time around? Sesuailah dengan musim cuti sekolah ni, musim kenduri-kendara. Orang ni kawin, orang tu kawin, sedara ni kawin, anak dia kawin, sepupu tu kawin, bla...bla...bla... TAHNIAH for those who has found their true love in life. Aku ntah berapa kali diasak dengan persoalan yang sama, baik dari parents aku, adik-adik aku mahupun keluarga terdekat...aku dah lali nak menjawab. Kengkawan aku dah ramai dah mengakhiri zaman bujang. Yang dah beranak-pinak (yang perempuannya lah) tak terkira dah. Kalau datang beraya ke rumah aku kompem aku akan pokai..hehehehe. Last-last aku tak jawab dah. Mak aku pun dah paham. Ada-jadi, tak ada-maka, teruskan menanti dan mencari...walaupun hakikatnya aku tak cari pun dah lately.

...bukan tak penah ada, ada tapi tak ada yang sedap untuk aku kenang. Tak ada yang indah bila hajat yang dicita tak kesampaian. Sad to say, seingat aku biar aku nyatakan kat sini, cuma ada sorang ja yang penah aku berhubungan yang dah berkahwin (dengan mekanik and sekarang tengah pregnant) yang masih baik dengan aku sampai ke saat ni-suppporting each others. I'll never forget her good prayers for me. Aku sebenarnya trauma nak mempertaruhkan perasaan cinta aku buat kesekian kalinya, tapi keinginan tu masih ada. Tak pernah padam, cuma mungkin kesungguhan yang aku pamerkan dalam setiap perhubungan cinta aku ni belum menemui insan yang layak sebenar-benarnya, dan aku takkan mengalah. Aku dah janji dengan mak abah, dengan Papa, dengan Ady, dengan Abang Apis papanya si Rafiq, juga Teh yang aku akan mengikut jejak diaorang, cuma masanya ja aku tak tau lagi bila. Tak lupa jugak buat GBS a.k.a Geng Bujang Serumah aku. Apa-apapun, aku sayang insan-insan yang rapat dengan aku ni...you guys are my strength!

...trauma mungkin bila aku sering dipermainkan, diperkotak-katikkan, ditinggalkan dan diperbodohkan setelah aku memberikan sepenuh rasa isi ati aku pada insan berkenaan. Biar aku jelaskan alasan mereka-mereka yang pernah membuang aku :
  • you terlalu baik buat saya.

  • you terlalu keanak-anakan.

  • you poyo! ( kurang ajaq ayat ni...terguris juga hati aku)

  • I berkehendakkan pada orang yang lebih berusia dari I.

dan yang paling aku tak dapat terima ialah...

  • maaflah, saya tak terniat buat awak rasa jatuh cinta dengan saya, saya anggap awak sebagai kawan saya sahaja, macam yang lain. Lagipun saya dah ada yang istimewa.

...tak ke menyakitkan hati tu? Tak cukup dengan itu, siap aku dapat tahu kemudiannya dia punya pakwe (sekarang ni laki dia dah) rupa iras macam aku, dan aku ni sekadar teman melepas rindu kat pakwe dia. Kalau sehari dua punya cerita boleh la, ni dua tahun punya cerita! Bukan tu saja, aku terkena macam ni 2 kali!

...Penat sebenarnya tapi aku tak pernah mengalah, sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu aku macamana orangnya. Itulah aku. Apa-apapun, buat mereka-mereka yang pernah aku cintai, sekarang ni aku harap kalian (bahasa sopan tak ingat ni) bahagia dengan kehidupan masing-masing adanya. Terus-terang aku belajar bermacam-macam perkara dari kalian semua, tapi itulah parut yang paling berharga buat aku yang aku namakan-pengalaman. Jadi andai aku ditakdirkan melangsungkan hari bahagia aku, aku mungkin takkan menjemput kalian menghadirinya walaupun kalian tinggal sepelaung cuma dari rumah aku. Bukan dendam, cuma aku tak berminat nak jumpa kalian lagi walau kemaafan telah aku beri lama dulu. Maaf. Aku cuma seorang manusia biasa.

...apa-apapun, aku tak pasti apa yang menanti aku pada esok hari. Aku sekadar menulis dan meluahkan apa yang aku rasa pada masa ini. Apa yang berlaku pada hari ini dan sebelum-sebelumnya. That's all. Aku bukan yang terbaik, aku bukan yang paling sempurna, tapi aku memberikan yang terbaik bagi menyempurnakan perhubungan itu semampu mungkin, Insya Allah. Jodoh didatangi bukan mendatangi, tapi buat masa ini, aku senang begini...dan tanggungjawab aku pada masa ni adalah untuk diriku, kerjayaku dan famili aku...

...kesimpulannya, apa yang aku huraikan tadi adalah jawapan bagi tajuk entry ini...

Monday, June 2, 2008

...cinta dan rindu...

...just to share something with you guys:-



...kata Mawi, rindu tu macam kentut, nak di tahan seksa, sakit, nak di lepaskan, nak di luahkan malu...



...ada satu petikan mengatakan cinta itu seperti hantu-ramai yang percaya tapi takut nak menghadapinya....



...ada seorang anak omputih mengatakan orang yang benar-benar sayangkan kita tu seperti anjing-walau disepak terajang dek tuannya dan tidak diendahkan, tetapi dia akan datang pada kita, menggesel dan menjilat kita seperti tidak pernah disakiti...


...kata seorang ibu kepada anaknya, ibu sayang ayah macam ibu buat kopi-sebelum ibu berikan kepada ayah, ibu akan rasa dahulu supaya apa yang ibu beri pada ayah adalah yang terbaik buatnya...

...kata aku pula, cinta itu seperti batu-keras sifatnya, utuh, menyakitkan, pelbagai bentuk, pelbagai rupa, pelbagai warna dan sifatnya, ada yang murah, ada yang mahal, ada yang mudah dijumpa juga ada yang sukar dijaga, yang pastinya Allah memastikan kewujudan batuan cinta ini di setiap pelusuk alam semesta ini, tidak terhad hanya di muka Bumi kerana Dia adalah Maha Pencipta rasa cinta, sebagai nikmat bagi hamba-Nya...

...pada aku, rasa rindu itu adalah seperti air-adakalanya memberi ketenangan, adakalanya menakutkan dan menyeksa, rupanya sama namun jumlahnya tak dapat disukat, rasanya pelbagai, dan alirannya sukar disekat dan diagak, walau adakalanya tak kelihatan dimuka bumi, namun alirannya tetap ada dan mendominasi bukan termasuk di dalam udara. Ini juga motivasi Allah S.W.T buat kita semua agar kita sentiasa memikirkan akan tujuan kejadian kita yang sifatnya sang pelupa...


...pada aku, air dan batu, sifat keduanya berbeza tapi kerana kewujudan mereka di depan mata kita namun jarang kita fikirkan. Hakikatnya, mereka juga ciptaan Allah. Keduanya saling melengkapi. Tidak ada sesuatu di muka bumi ini yang Allah jadikan tiada bersebab melainkan untuk kita sama-sama memikirkannya...


...to contrast, to comprehend and to compromise-these are what Allah wants us to do...