Wednesday, July 22, 2009

...bulan kecergasan vs bulan memenatkan...

...bermula pada tahun lepas, bulan Julai dijadikan bulan kecergasan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Jadi pelbagai program telah dijalankan, yang melibatkan aktiviti kecergasan merangkap menguruskan tubuh badan. Ops, kantoi.

...masuk pada tahun ke-2 ni, pada mulanya aku bersemangat nak buat aktiviti senamrobik dengan bebudak macam tahun lepas, tapi alangkah sedihnya bila mendapat surat arahan JPM yang mengarahkan untuk menjalankan aktiviti kecergasan berkenaan pada luar waktu P&P. Maknanya pada petang hari, di bawah terik mentari musim panaslah aku dan cikgu lain bersama murid Tahap 2 sahaja yang terlibat. Maknanya, di sekolah aku:

~objektif untuk memupuk gaya hidup sihat oleh gomen gagal dek kerana mementingkan P&P pada pagi hari, dan orang atas lupa yang ini juga sebahagian dari P&P sosial kanak-kanak.

~masa yang terhad untuk bersenamrobik. Tak best! Tak best! Tak best!

~usul JPM agar dipelbagaikan aktiviti seperti kuiz sebagainya sebenarnya bagus, cuma kenapa menganggap ini menganggu P&P sedangkan murid-murid mempelajari sesuatu daripadanya, dan kesian pada yang berada di Tahap 1 yang bersekolah agama pada petang hari kerana terlepas peluang ni. Kalau murid tu Tahun 1, maknanya dia kena tunggu Tahun 4 lah baru boleh bersama buat aktiviti ni...hmm...


"last year punya senamrobik dengan murid Tahap 1 dan 2"

~maka untuk jangka masa panjang, bakat sukan di sekolah aku (mungkin juga sekolah lain) akan merosot, budak tak minat dan tak berpeluang nak pupuk minat.

"tahun ni punya senamrobik dengan Tahap 2 saja....huwa..."

~makin ramailah bebudak yang obesiti dan tak cergas. Jadi tak relevenlah kata-kata badan sihat otak cergas, dan bukanlah salah cikgu lagi tentang ni kerana aku dan yang lain hanya MENURUT PERINTAH.

...walaupun namanya bulan kecergasan, tapi bulai Julai ni lah jugak bulan kurang cuti umum dan sewaktu dengannya. Kurang rehat. Bagi aku yang mengajar matapelajaran UPSR, maka ni bulan kritikal juga adanya. Kelas tambahan, tak cukup petang, GB suruh buat awal pagi, kami ikut. Prestasi tak cukup memberangsangkan, buat kelas malam pulak nak kaver apa yang kurang. Hujung minggu pertama, terlibat aktiviti memancing dengan murid-murid, hujung minggu kedua kena jadi pegawai pengiring program pusat Ko-Kurikulum, hujung minggu ketiga buat motivasi murid di sekolah, hujung minggu akan datang ni, ada kursus LDP pulak. So, siapa kata kerja cikgu senang? Siapa kata cikgu banyak cuti dan rehat?

...tapi dah nama pun guru, suka atau tidak, aku pujuk hati, aku buat semua ni, demi anak-anak murid yang aku sayang. Aku masih di sini sebab budak-budak ni. Aku masih kuat pun sebab mereka, dan mereka kena jadi kuat sebab aku nak jadikan mereka kuat. Aku masih ingat apa Pn.Min pesan masa di maktab dulu-biar kamu tak dapat jadi guru cemerlang pada pentadbir sekolah, PPD or Jabatan, tapi jadilah guru yang cemerlang pada anak murid kamu...


Monday, July 20, 2009

...waktu PAI: Mari bersyukur...

...salah seorang anak muridku, mengadu tentang banyaknya nyamuk di kawasan sekolah dalam waktu aku mengajar. Apa boleh buat, kawasan sekeliling sekolah aku ni banyak kebun getah, memanglah kawasan nyamuk. Dia bilang, "Sir, nyamuk ni banyak lah! Kecik pulak tu. Tak tahan lah!". Hmm, budak-budak kampung pada zaman aku, lasak, tidak seperti apa yang aku lihat sekarang. Jadi aku pun menjawab, "Sepatutnya kamu lebih bersyukur lah. Tak baik cakap macamtu." Dia tergamam. Dia tanya "Kenapa pulak nak bersyukur Sir? Nyamuk kan selalu gigit kita?" Aku menjawab, "Kita kena bersyukur sebab Allah jadikan nyamuk walaupun banyak tapi saiznya kecil yang datang menggigit kita. Boleh kita tampar dan bunuh. Bayangkan kalau nyamuk tu setiap seekor besar kucing, banyak pulak datang menggigit kita, agak-agak kamu sempat tak kamu nak komen-komen macam ni?" Dia senyap, dan aku pun senyap, sebab aku nak dia belajar berfikir sesuatu dari apa yang aku cakapkan. Selepas dari hari tu, dia tak tanya lagi dah, nyamuk yang datang, habis ditampar, dilanyak, dibunuhnya, termasuk yang ada di badan kawan-kawan lain, juga di lengan aku...lain pula penghasilan yang jadi. Apapun, bersyukurlah, dia ada kesedaran tentang bahayanya seseekor nyamuk itu walaupun kecil saiznya...

...sekadar renungan bersama...

...kadang-kadang kita senang menunding jari bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan kita, tapi kita lupa yang jemari yang menunding itu bukan milik kita dan tundingan itu juga untuk kita.

...kadang-kadang
kita berkata salah pada orang yang tidak sealiran pemikiran dengan kita, tapi kita lupa untuk menegur apa yang salah dan terus mempersalahkan, jadi kita sebenarnya lebih bersalah.

...kadang-kadang kita mudah melenting bila sesuatu yang berlaku tidak kena pada mata kita, pada pegangan kita, tapi kita lupa menyabarkan diri kita kerana itu pesan Allah pada kita atas segala perancangan-Nya.

...kadang-kadang kita lupa pada apa yang kita kata pada orang, akan datang pada kita kembali dalam pelbagai bentuk dan cara, tapi kita terus lupa untuk bermuhasabah tentangnya.

...kadang-kadang
kita berkata kita benar, kita betul hanya kerana kita nampak salah orang, tapi kita lupa yang tingkah kita juga menjadi hidangan mata dan jiwa lain yang memerhati.

...kita senang berbicara dengan lantang kerana orang lain diam tidak bersuara, tapi kita lupa pada kelebihan mereka yang diam dalam berbicara. Beralah bukan kalah, diam bukan memendam.

...sekadar pesanan buat diri dan rakan-rakan, kita jahil bukan sahaja kerana ilmu kita kurang, tapi kita jahil kerana tidak beramal terlalu berbangga dengan sedikit ilmu yang kita ada. Kita lupa dan tidak malu dengan Maha Pencipta yang Maha Mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kita. Kita rasa kita ikhlas, tetapi keikhlasan itu sebenarnya lebih dirasai oleh hati yang menerima, bukan hati yang bercerita.

...renungkan bersama. Salam Ukhuwwah.