Wednesday, February 27, 2008

...sejarah untuk esok...

...hari ni, aku kena gi Jabatan Pelajaran Melaka untuk ambil barang aku juga hantar disket pendaftaran bebudak aku yang nak ambil UPSR. Itulah barang yang aku ambil tadi. Supposedly aku ambil 2 minggu lepas, tapi dek kekangan masa yang melampau2 (ye je aku ni) aku baru dapat ambil tadi. Anyway aku berterima kasih pada supervisor aku kat jabatan tu, she's a great role model pada aku...thanks Hajah. It's been a great time to be working with you...aku berbangga jadi orang bawahan dia...



...selepas aku balik dari ambil barang2 di JPM, aku dah blurr tak tau nak pi mana. memula nak jumpa member kat Jusco, tapi masa masih panjang, aku pun terus ke Masjid Al-Azim untuk menunaikan solat Asar. Hari yang panas amat jadi aku ambil peluang menyejukkan badan kat depan pintu masjid menhadap Hospital Melaka. Berpeluh tak ingat! Basah baju kemeja aku...segan gak bila orang lalu lalang tengok, tapi buat2 kebal je la...



...on my way back...aku lapor amat sangat, so aku lalu lah depan kilang Mamee...bau aroma dari kilang tu membangkitkan selera aku melampau2...dan tertiba aku terlintas nak makan McD(no connection la 2 situasi ni)...dah lama tak makan McD. Aku pun teringat ada satu McD 24 jam kat Ayer Keroh...lalu aku terus merempit ke sana untuk memuaskan nafsu makan aku...dan dengan lafaz Bismillah, bertemankan patung Ronald McDonald kat sebelah meja aku tu, aku pun makanlah sensorang McChicken foldover set tu...dan perjalanan aku diteruskan...



Ini merupakan percubaan pertama aku menggunakan lebuhraya dari Ayer keroh untuk balik ke Jasin....kenapa aku buat macamtu? Ada beberapa sebab:

  • 1st aku suka mencuba something new yang mencabar...naik motor tanpa arah tujuan secara tetiba.

  • Aku saja nak sukat jalan jauh tak dari tol tu balik ke Jasin..hakikatnya bapak jauh!!! Dah jumpe tol Jasin, aku dah rasa cepatnya, but wait until you reach to the real junction...cube lah bagi yang tak pernah mencuba, pasti korang menyesal tak cuba dan selepas mencuba!!! hehehe

  • Aku nak amik road-tax aku kat kedai motor...

Akibat percubaan melampaui batas tu, aku dah pancit bila sampai rumah...dan itulah ceritanya kengkawan...hehehe. Sejarah hari ini...

No comments:

Post a Comment