Saturday, February 23, 2008

...Kursus Asas Jurulatih Pendidikan Luar (18-22.2.2008)...






Aku terima surat petang Jumaat, bertarikh 15.2.2008, aku kena gi kursus asas ni, aku blur jugak tentang kursus ni, tak der idea. Aku lapor diri pagi Isnin kat Pusat Kokurikulum Negeri Kem Lanchang, Merlimau. First time ke sana, aku tiba jam 9.15pagi dan masa aku sampai, baru ade tak sampai 10 orang yang datang. dan most of them, lebih senior dari aku...

Aktiviti yang dijalankan memang banyak and boleh dikatakan agak pack sebab aku tak ada masa dah nak lelap petang hari seperti kebiasaannya. Aku curi2 jugak lelap kekadang masa taklimat aktiviti. Antara aktiviti yang aku kena buat masa kat Kem Lanchang tu:

  • berbasikal (sakit punggung dah lama tak berbasikal...ditambah route lasak dia)

  • berkayak (mencabar dibawah terik mentari...)

  • orienteering and pandu arah (belajo guna kompas and peta)

  • aktiviti high-rope (memang mencabar coz aku GAYAT!)

  • wall-climbing (aku tak leh panjat tinggi sebab badan dah berisi...tak leh bergayut lama2)

  • Flying fox (aku try versi terbang loh!!!)

  • malam kebudayaan kitaorang buat fusion performance (boria+pantun+sajak+senamrobik)

  • ...ha....senamrobik adalah aktiviti aku paling enjoy sepanjang kat kem...

  • dan kena buat ujian kecergasan(push-up+sit-up+bawak beban+marathon 2.4km)
...secara keseluruhannya, aku seronok sangat hadir kursus ni, kalau diberi peluang memang aku nak p lagi. Seronok jumpak kawan2 baru dari macam2 background dan Insya Allah ukhuwwah yang terjalin akan aku jaga sebaik mungkin. Terima kasih pada semua Jurulatih terlibat, juga senior2 yang amik berat tentang aku - peserta yang paling muda, walaupun aku rasa aku dh tua dah...

2 comments:

  1. Syoknya. Kite pernah sampai tmpat tu.. hehehe Kem Lanchang.

    ReplyDelete
  2. ...betul best. Tatak tipu punye. Esok 4.3.2008-7.3.2008) kena pegi lagi tempat yang sama...rezeki2. Jom...kalau nak ikut angkat tangan!!

    ReplyDelete