Wednesday, February 27, 2008

...sejarah untuk esok...

...hari ni, aku kena gi Jabatan Pelajaran Melaka untuk ambil barang aku juga hantar disket pendaftaran bebudak aku yang nak ambil UPSR. Itulah barang yang aku ambil tadi. Supposedly aku ambil 2 minggu lepas, tapi dek kekangan masa yang melampau2 (ye je aku ni) aku baru dapat ambil tadi. Anyway aku berterima kasih pada supervisor aku kat jabatan tu, she's a great role model pada aku...thanks Hajah. It's been a great time to be working with you...aku berbangga jadi orang bawahan dia...



...selepas aku balik dari ambil barang2 di JPM, aku dah blurr tak tau nak pi mana. memula nak jumpa member kat Jusco, tapi masa masih panjang, aku pun terus ke Masjid Al-Azim untuk menunaikan solat Asar. Hari yang panas amat jadi aku ambil peluang menyejukkan badan kat depan pintu masjid menhadap Hospital Melaka. Berpeluh tak ingat! Basah baju kemeja aku...segan gak bila orang lalu lalang tengok, tapi buat2 kebal je la...



...on my way back...aku lapor amat sangat, so aku lalu lah depan kilang Mamee...bau aroma dari kilang tu membangkitkan selera aku melampau2...dan tertiba aku terlintas nak makan McD(no connection la 2 situasi ni)...dah lama tak makan McD. Aku pun teringat ada satu McD 24 jam kat Ayer Keroh...lalu aku terus merempit ke sana untuk memuaskan nafsu makan aku...dan dengan lafaz Bismillah, bertemankan patung Ronald McDonald kat sebelah meja aku tu, aku pun makanlah sensorang McChicken foldover set tu...dan perjalanan aku diteruskan...



Ini merupakan percubaan pertama aku menggunakan lebuhraya dari Ayer keroh untuk balik ke Jasin....kenapa aku buat macamtu? Ada beberapa sebab:

  • 1st aku suka mencuba something new yang mencabar...naik motor tanpa arah tujuan secara tetiba.

  • Aku saja nak sukat jalan jauh tak dari tol tu balik ke Jasin..hakikatnya bapak jauh!!! Dah jumpe tol Jasin, aku dah rasa cepatnya, but wait until you reach to the real junction...cube lah bagi yang tak pernah mencuba, pasti korang menyesal tak cuba dan selepas mencuba!!! hehehe

  • Aku nak amik road-tax aku kat kedai motor...

Akibat percubaan melampaui batas tu, aku dah pancit bila sampai rumah...dan itulah ceritanya kengkawan...hehehe. Sejarah hari ini...

Tuesday, February 26, 2008

...my gadgets...

Berikut adalah gadget2 penting dalam kehidupan aku yang terumbang ambing...hehehe.

Pertamanya aku perkenalkan 2 mobile phone aku-yang sulung berjenama Motorola E398-mendapat inspirasi dari handset Papa. Aku teruja dengan sound dia...dan aku beli tahun 2006 dengan duit tuisyen SBT, Alhamdulillah kekal bersama sampai sekarang. (Walaupun member2 aku kata dah outdated, who cares? Aku yang nak guna, bukan diaorang rite?) Aku guna number Celcom aku untuk phone ni. Yang keduanya, Nokia 2100 kot, ntah aku dah lupa la, beli tahun lepas masa dapat tunggakan jugak. Yang ni number Maxis. My dearest handphone berjenama Nokia 3315, aku tukaq housing and sekarang ni ayahandaku guna...



Seterusnya ialah my great super duper radio alarm-clock aku yang berjenama Sony yang aku beli semasa aku belajar di MPTAA (maktab la...) pada tahun 2005. Sebelum aku ada laptop dan sumber hiburan lain, inilah sumber informasi juga sensasi aku juga bebudak rumah aku, terutamanya semasa memula posting. Hehehe...nilai sentimental tinggi ni...dan penting dalam kehidupan sehari2 sebab alarm dia kompem boleh menggegarkan mimpi indah aku...kalau aku tak bangun, maknanya bebudak yang lain juga akan kantoi adanya...(jangan marah ya Leeban...)


Inilah gadget aku yang seterusnya, laptop aku berjenama Acer yang aku beli tahun lepas. Dapat duit tunggakan aku rasa inilah satu2nya pelaburan untuk aku, and the rest, pepahamla.(tak paham pun buat2la paham)...dengan laptop nilah aku bermanja2 dengar MP3 and surf the net. nak kata tengok movie, jarang...(er tak penah lagi la...) tapi aku rajin download and tengok anime Naruto and Bleach...dan yang sewaktu dengannya...dan aku juga membina blog ni bersama2 laptop bertuah ni...

...sejarah hari ini...

...bertarikh 26 Februari 2008, aku pertama kalinya setelah 3 tahun berkhidmat, aku telah diberikan tanggungjawab membawa murid aku ke klinik! Bukan itu isu yang sebenarnya aku nak kongsi,dan mungkin juga bukan isu penting pada orang lain, tapi bagi aku-ini pertama kali aku bawa budak naik kereta yang aku drive sendiri tanpa Leeban maupun bekas driving instructor aku disisi. Rasa tanggungjawab tu terasa sangat dan aku rasa dihargai sangat2...thanks to Kak Ani sebab bagi aku drive Honda dia, and thanks to Rushdy sebab percayakan Sir dia 100%!!!...dan tak lupa pada Leeban juga Zari-my driving instructor!...

Monday, February 25, 2008

...one of my best companions...


...inilah kamera digimon yang aku beli masa aku kat maktab lagi (tahun 2005) dan Alhamdulillah dah banyak berjasa pada aku. Walaupun dah banyak jenama baru yang lebih gah dah ada dipasaran, siap dengan harga runtuh tapi aku rasa aku setia bercinta dengan yang ini...next time aku post gambar2 yang kami dah hasilkan bersama. Mungkin bukan yang terhebat tapi yang terbaik dari kami...

...jom makan-makan...


To be frank, the place i'm staying in Malacca is not the best place for food lover la...so a reminder for all of you, never ask me about what's the best place to eat around here. However, kalau perut dah berdendang riang, aku rasa yang terbaik ialah hadaplah makanan itu dengan penuh rasa syukur....aku kalau makan berat kat sekolah je lah, murah, mudah dan Insya Allah kenyang bila dah sudah.

Dipendekkan cerita, aku cuma nak highlight sejenis makanan yang aku rasa berasal dari Johor (mungkin tanah seberang jugak...) iaitu otak-otak. Kenapa aku highlight otak-otak ni, sebab kat Perak jarang ada dan malam ni, kitaorang (aku dan Leeban tanpa penyertaan Dol) makan habis sepinggan otak-otak. Hehehe...Alhamdulillah.

Sunday, February 24, 2008

...disebalik sebuah nama...


...hehehe, kalau adik aku view blog aku ni, kompem dia kata aku berangan dengan nama baru. Ada hamba2 Allah tanya aku kenapa aku letak nama Faris sebelum nama Faizal (yakni nama sebenar aku)...ada sejarahnya.

...menurut penceritaan mak aku, Pn.Latifah-dulu2 kan masa aku lahir, kira menjadi kewajipan la memberi nama pada seorang anak kan, jadi berbincanglah kedua orang tuaku tentang nama keramat apakah yang mahu diberikan pada aku...

...disebabkan abang aku namanya bermula dengan huruf F, yakni Fauzi, jadi aku pun kena ikut pattern nama tu la, bermula dengan huruf F. Nama Farid ditolak awal2 sebab tu dah jadi pilihan pak sedara aku untuk anak dia. Ibunda aku pun suggest nama Faris, tapi tidak dipersetujui oleh ayahanda aku dek kerana takut nama itu diperkotak katikkan bila aku besar nanti, jadi Paris ke, Parit ke apa kan.... Bonda aku berharap pada nama tu, tapi tidak pada ayahandaku...(berapa kali ulang ni).

...jadi dah penat berbincang, maka ayahandaku mengorak langkah ke Balai Polis Bagan Serai yang cuma di depan rumah lama aku dan mendaftarkan kelahiran aku atas nama Mohd Faizal, bukannya Mohd Faris seperti yang bondaku pinta. Hehehe, jadi, bila dah aku tau cite sebenar, aku tanpa segan silu, malah dengan bangganya menggunakan nama Faris dan Faizal secara bersama...that's all.

Saturday, February 23, 2008

...Kursus Asas Jurulatih Pendidikan Luar (18-22.2.2008)...






Aku terima surat petang Jumaat, bertarikh 15.2.2008, aku kena gi kursus asas ni, aku blur jugak tentang kursus ni, tak der idea. Aku lapor diri pagi Isnin kat Pusat Kokurikulum Negeri Kem Lanchang, Merlimau. First time ke sana, aku tiba jam 9.15pagi dan masa aku sampai, baru ade tak sampai 10 orang yang datang. dan most of them, lebih senior dari aku...

Aktiviti yang dijalankan memang banyak and boleh dikatakan agak pack sebab aku tak ada masa dah nak lelap petang hari seperti kebiasaannya. Aku curi2 jugak lelap kekadang masa taklimat aktiviti. Antara aktiviti yang aku kena buat masa kat Kem Lanchang tu:

  • berbasikal (sakit punggung dah lama tak berbasikal...ditambah route lasak dia)

  • berkayak (mencabar dibawah terik mentari...)

  • orienteering and pandu arah (belajo guna kompas and peta)

  • aktiviti high-rope (memang mencabar coz aku GAYAT!)

  • wall-climbing (aku tak leh panjat tinggi sebab badan dah berisi...tak leh bergayut lama2)

  • Flying fox (aku try versi terbang loh!!!)

  • malam kebudayaan kitaorang buat fusion performance (boria+pantun+sajak+senamrobik)

  • ...ha....senamrobik adalah aktiviti aku paling enjoy sepanjang kat kem...

  • dan kena buat ujian kecergasan(push-up+sit-up+bawak beban+marathon 2.4km)
...secara keseluruhannya, aku seronok sangat hadir kursus ni, kalau diberi peluang memang aku nak p lagi. Seronok jumpak kawan2 baru dari macam2 background dan Insya Allah ukhuwwah yang terjalin akan aku jaga sebaik mungkin. Terima kasih pada semua Jurulatih terlibat, juga senior2 yang amik berat tentang aku - peserta yang paling muda, walaupun aku rasa aku dh tua dah...

...sukan sekolah...






...kalau mengikut perancangan asal, hari ni, bertarikh 23.2.2008 adalah hari sukan sekolah aku. Aku cuma sempat bantu buat persediaan seminggu pertama (11-15.2.2008...termasuk buat line padang bola sepak, bola jaring jugak line balapan) coz aku kena gi kursus seminggu bermula 18-22.2.2008 baru-baru ni. Well kalau aku tak pegi, mau Guru Besau aku kena tunjuk sebab kat Jabatan and aku lak kena tunjuk sebab kat dia.


...jadi plan aku nak snap gambor banyak2 minggu lepas tak tercapai, cuma sempat amik sket ja gambor masa latihan merentas desa dan latihan sukantara sekolah...sukan sekolah ditunda ke tarikh 3.2.2008 (AHAD beb!!!! Ari cuti tu! Next day Ujian Pengesanan UPSR bebudak Tahun 6 dan aku tak tau lah kenapa ehwal akademik sekolah makin terpinggir lately)...dan ini adalah antara perkara yang kawan2 aku tak kan percaya bila aku cerita nanti...tapi aku dah biasa hadap semua ni. Kematangan dari pengalaman. Aku sayang budak2 aku dan aku sayangkan profession aku...

...permata hatiku...







...aku bertugas kat Melaka, so selalunya kalau aku balik Perak, dia lah penghibur hati aku, erm, usually dia yang rapat ngan aku. Nabihah namanye...aku panggil baby je. Nak masuk 3 tahun umo die, and still blum bleh bertutur dengan baik. Apa2 pun tadi pagi mak aku tepon dari kampung, dia sombong dengan aku tak mau bercakap dengan aku (tapi boleh dimaafkan la coz dia tak pandai bersembang lagik)...tu jer tentang anak buah aku ni...

...karena chenta...


...aku tak tahu harus bagaimana aku mulakan bicara ini...
...aku jadi keliru dengan perasaan aku sendiri...
...aku jadi takut akan kehilangan insan yang aku sayangi...
...aku menangis lagi dalam mimpi tidurku...
...aku merintih lagi menahan rindu...
...aku bisa berkata tegar dengan dugaan...
...tapi berbeda ia di alam percintaan...
...aku kembali membenarkan hatiku mengharap...
...mencintai dia yang tak ku tahu milik siapa...
...aku gagah merawat luka...
...aku terus memendam rasa...
...kerna ku yakin inilah CINTA...
...biar puluhan mata yang melihat menilainya satu kepalsuan...
...biar ribuan kata diucap mengungkap kepedihan...
...kan ku tahan terjahan yang mendatang...
...sabar ku nanti hadirmu sayang...
...aku tahu erti kepalsuan rasa hati...
...tapi inilah KEMANISAN rasa cinta...
...biar sukar untuk kau mempercayai...
...aku kan fahami, aku kan mengerti...
...dan buat kesekian kalinya...
...andai kau tatap bait-bait sepi ini...
...tiada yang lain ingin ku kata...
...izinkan ku menyayangimu...
...walau mungkin hatimu bukan milikku...
...biar ku jadi insan setia...
...walau dijiwamu aku tiada...
...demi TUHAN, inilah CINTA...
(3.08am 13.1.o7)