Saturday, June 2, 2012

...keGILAan-ku...

...jarang-jarang aku nak berkongsi FAKTA penting hidup aku yang ini.

...apatah lagi yang aku kategorikan kesukaan atau kegemaran. Tapi yang ini aku anggap sebagai kegilaan aku lah. 

 Aku suka potong rambut!

...pada kawan-kawan yang kenai aku dari sekolah menengah ~ depa tau aku memang berambut pendek. Even sebelum Najib melancarkan pendekatan rambut pendek ala-ala tentera 4-2-1 tu, aku dah buat dulu dah. (...kembang sat, hehehe...)

...aku rasa AMAT SELESA berambut pendek, gondol etc. Apapun pandangan orang, aku gumbira sebegini. Hatta mak aku pun selalu bising agar aku berambut demi melengkapkan keindahan rupaku pada kaca mata beliau. Aseeeehhh. (perasaanku saja)

...arini aku ke kedai Pak Jamil, kedai feveretku di BS ni. Kenapa best? Aku pun tak tau nak habaq, cuma aku selesa potong rambut kat sini.

 ...tang nak tunggu giliran tu yang agak lama sikit, tapi yang penting puas hati...

 ...ni anaknya Pak Jamil yang selalu potongkan rambut aku. Walau jarang-jarang aku balik potong kat kampung, dia tau dah apa pesen aku nak buat, kekeke...

 ...ini Pak Jamil, sungguh tekun menggunting rambut sampai aku susah nak amik shot. (walhal aku malas nak bangun amik dekat2, kang dia tengok pelik pulak)

...dengan hanya bayaran perkhidmatan RM4.00, anda akan dapat urutan kepala dan bahu sekali dan yang penting hasilnya...

...aku puas hati. v(",)v 

No comments:

Post a Comment