Tuesday, January 3, 2012

...rEkOd tErLamPau...

...hari ni aku menggenapkan jumlah perjalanan 'LUAR BIASA' aku selama aku pernah bergelar seorang pemandu.

07 Disember 2011: Aku pulang ke Bagan Serai dari Melaka setelah terpaksa menghabiskan 3 minggu cuti di Melaka. Huuuuu....[jarak purata 468km]

17 Disember 2011: Aku pulang kembali ke Melaka menjemput adik aku tamat belajaq di ILP Selandar. Dan pulang kembali ke Bagan Serai sejurus selepas itu.
[jarak purata 468km x 2]

23 Disember 2011: Aku kembali semula ke Melaka untuk proses tandatangan SBPA yang 'mengeewa'kan aku selepas itu. A terrible day!
[jarak purata 468km lagi]

25 Disember 2011: Aku tersalah tarikh dan menghadiri kenduri kahwin di rumah kawan aku sehari selepas ianya berlangsung di Batu Pahat. Sebelum sampai, aku dah terlepas persimpangan masuk yang terdekat, maka aku
terpaksa datang dan pergi pada hari itu melalui tol Ayer Hitam kembali ke Melaka. [jarak purata 155km x 2]

29 Disember 2011: Aku nekad balik selepas selesai menandatangani SPBA dan selesai mesyuarat sekolah. Aku singgah berjumpa sahabat baik aku Yazid di Bangi, then bergerak balik dalam keadaan tidak begitu sihat ke Bagan Serai.
[jarak purata 498km]

31 Disember 2011: Aku sekeluarga bergerak dari Bagan Serai pulang ke kampung di Lenggong Perak untuk majlis perkahwinan sepupu aku si Amad Keyrul.
[jarak purata 95km]

01 Januari 2012: Aku memandu pulang kembali ke Bagan Serai.
[jarak purata 95km]

02 Januari 2012: Aku memandu pulang kembali dari Bagan Serai ke Melaka untuk sesi persekolahan yang bakal bermula. Habes setakat tu!
[jarak purata 468km]

...Penat weh!

[KONKLUSINYA]: Memandu ini SANGAT memenatkan ~ tetapi ianya juga merupakan satu SENAMAN yang baik. Wanna know why?

...otot-otot lengan dan kaki ku semakin mantap bentuknya hasil kerja gigih memijak clutch, break dan pedal minyak serta tangan yang aktif mengawal gear dan steering selama pemanduan dalam 3 minggu. Berulas-ulas dah nih!

...dah rasa setarap lengan driver lori dah aku.
(bukan lengan sebenar)


...berkat pemanduan berhemah ~ tak lama lagi macam NI- lah harapnya.


...ha HA ha HA ha HA ha ~ ehh, silap. Aminnnn...

2 comments:

  1. sangat setuju. Driving can be very tiring..

    ReplyDelete
  2. ...tapi melihatkan hasilnya, sooooo impressive la Jaja. Takyah gi gym, kekeke.

    ReplyDelete