Wednesday, January 18, 2012

FAKTA: ...tugas guru masa kini...

...tadi petang aku pi taklimat bagi orang-orang penting UPSR ~ Setiausaha Peperiksaan sekolah atau SUP. Cam biasa, awal tahun ni lebih menekankan kepada ehwal mendaftarkan murid-murid nak ambil peksa la bulan 9 nanti. Aku bersyukur, sebab budak aku tak ramai. 

...tapi yang aku tak bleh tahan, every tahun aku akan terpaksa finalized kerja aku sebagai SUP kat meja kak Haslina di Jabatan Pelajaran Melaka. Simply becoz disket problem lah, sistem kat laptop aku tak compatible-lah etc. Harapnya takdak la siaran ulangan ni lagi tahun neh...

...cita arini membuka mata aku. Kenapa? Sebab sebelum nih,  masyarakat melihat kije cikgu sebagai kerja paling senang, gaji besaq  dan banyak cuti (mana fakta depa kutip pakai aku pun tak tau). Depa ni tak nampak yang kat sekolah cikgu-cikgu ni kije macam-macam, err buat macam-macam kije. Selain mengajaq kat kelas, cikgu-cikgu juga bertindak sebagai:

~ doktor/ misi
~ tukang kayu
~ pekebun
~ kerani
~ pegawai kebajikan
~ kaunselor
~ travel agent
~ pegawai perhubungan pelanggan
~ pelawak/ pelakon

...dan cikgu jugaklah 'mak dan ayah' kepada anak2 ni di sekolah ni. Kadang-kadang lebih bertanggungjawab dari mak dan ayah yang sebenar.

[okeh, cita sebenarnya]: 

...pegawai tadi menceritakan yang pada tahun lalu, berlaku kes2 kerasukan atau gangguan di beberapa pusat peperiksaan di negeri Melaka.

 
 ...bukan hantu sebenar...

...jadi, dalam nak mengelakkan gangguan ni berterusan, maka beberapa orang ustaz yang berkemahiran dipanggil berTUGAS di pusat peperiksaan berkenaan. Tugas mereka ialah untuk memulihkan keadaan calon yang mungkin tersampuk atau diganggu semasa amik periksa. Tugas mereka semakin SUKAR apabila yang diganggu makhluk berkenaan ialah di kalangan PENGAWAS PEPERIKSAAN. Huru-hara jadinya.

[Kesimpulannya]: ...hantu tu memang NAKAL! Buleh la plak tukaq modus operandi hari peperiksaan!

Wednesday, January 11, 2012

....KH & KB...

[Drama huru-hara]

Lokasi: ...di bengkel Kemahiran Hidup di sebuah sekolah rendah.

Watak: ...seorang guru BI yang berkebolehan mengajar subjek Kemahiran Hidup dan 13 anak muridnya.

[Babak tunggal]:

Cikgu: ...kita akan ulangkaji semula tentang alatan tangan yang kamu dah pelajari pada tahun-tahun lepas. (sambil menunjukkan ke arah bahagian GERGAJI) Apa nama alatan ni?

Murid: ...gergaji, cikgu!

Cikgu: ...bagus! (hakikatnya aku eh cikgu tu selalu lupa puji budak2 nih) Okeh, ada berapa jenis gergaji yang kamu tahu? (...semua jawapan ada kat tempat berkenaan...)

Murid:...4 cikgu!

Cikgu: ...bagus. Sekarang, bagitau kat saya, nama-nama gergaji tu dan kegunaannya.

Boy A: ...gergaji D cikgu!

Cikgu: ...bagus, apa kegunaannya?

Boy A: ...potong kayu cikgu! 


Cikgu: ...bagus, yang kedua ni apa namanya?

Gal A: ...gergaji biasa cikgu! 

Cikgu: ...betul tu. Apa kegunaannya?

Gal A: ...potong papan cikgu! 

Cikgu: ...Good! What is the next one? (penuh unsur penipuan cikgu neh ~ speaking kunun!)


Boy B: ...gergaji dahan cikgu!

Cikgu: ...betul! Apa fungsi gergaji dahan ni?

Boy B: ...potong dahan la cikgu, apa lagi? (disambut gelak tawa rakan-rakannya)

Cikgu: ...eksyan ya hangpa semua ya? Yang ni apa namanya pulak?


Gal C: ...senang ja cikgu ~ gergaji puting!

Cikgu: ...ha, yang ni apa plak kegunaannya? Gergaji dahan potong dahan, gergaji puting lak potong apa?

Gal C: ...senang ja cikgu ~ potong puting lah! 

...TETIBA saja murid-muridnya diam. Hahaha! Paham2lah apa jadi pastu...

[Moral Of The Story]: ...Kemahiran Hidup tak akan bermakna tanpa Kemahiran Berfikir!
 

Saturday, January 7, 2012

...the 1st and the WORST!...

...arini aku plan nak tengok wayang cerita ni:

...tapi apakan daya, tiket aku dah beli untuk tontonan aku, Che Amad, Achik dan Apis ~ sepupu aku, terpaksa dipulangkan sebab masalah teknikal *&$%#@& kat panggung wayang GSC JJ Melaka.

...belum pun kekeciwaan berkenaan terubat, aku pi tukaq untuk menonton kisah yang masa tayangannya terhampir, yakni cerita TAHYUL nih:

...nak gelak kat aku gelak la, tapi aku nak bagi jugak komentar sikit pasai cita nih.

...sebagai pencerita yang baik, aku tamau hangpa pening2 ~ so aku kenalkan watak2nya dulu:

1. Arshad: remaja lelaki baru baligh kot lakonan Zahiril Adzim.
2.
Zakiah: anak dara kawan pada Mona lakonan Shera Aiyob, (isteri si Zahiril)

3. Mona: anak dara yang misteri lakonan Sara Ali.
4.
Johan: pengawas yang merosakkan reputasi semua Pengawas di Mesia.

5. Ashraf: adiknya Arshad.
6. Murni: penghuni rumah anak yatim yang berkawan dengan makhluk halus.
7. Daud: Si budak ber-spek mata.
8.
Bella: rival kepada Mona.
9. Pak Amid: Penjaga anak yatim sepenuh masa
10. Pak Saad: Pengganti Pak Amid yang kaki J dan B. (sesekali hangpa teka la plak)

...ceritanya simple ~ sekumpulan anak remaja dan kanak-kanak yatim berpindah ke rumah baru. Rumah yang lama ditinggalkan.

...lebih kurang camnilah (bukan rumah sebenar)...

...so mudah cita, rumah nampak suram + seram +kelam. Penjaganya pun yang bernama Pak Amid (tak ada kena mengena dengan pak aku), pun berwajah seram, tapi dia bukan hantunya. (Ops tercakap pulak!)

...budak2 neh macam2 kerenahnya. (aku skip banyak plot2 tak penting lagi membosankan) Satu malam, depa pi angkat lemari dalam bilik Mona & Zakiah, then tanpa disengajakan telah memecahkan lantai di luar rumah berkenaan. Pastu, si Arshad terjumpak sebuah cermin lama bawah lantai tu.

...then dia ambil dan kemudiannya hadiahkan kat si Mona yang dia gilakan sangat2 tu dari mula cita ni. (PAHAM setakat tu?)

...lepas dapat dan belek2 wajahnya cermin, Mona start jadi bukan-bukan. Dia gaduh dengan Bella di sekolah dan Bella mati pastu. (scene mati ni aku kategorikan meNGELUkan aku ~ NGERI + LUCU)

...si Johan pun ada buat naya gak sebagai pengawas yang JAHANAM pada si Mona, dan tak puas ati punya pasai, si Mona buru dia sampai ke rumah. Johan pun mati jugak. Cara dia mati agak over kalau nak dibandingkan dengan mana2 filem Final Destination. (wajib tengok kalau dah masuk TV nanti, bukan sekarang!)

...dipenghujung cerita, Mona berjaya ditewaskan, tapi tak pasti macamana tiba-tiba si Ashraf pulak kena rasuk. Aku pun pening gak. Dalam usaha memerangkap makhluk berkenaan dalam cermin besaq, Mona, Arshad, Ashraf, Zakiah dan si Daud ~ habes semua terperangkap dalam cermin tu pulak.

[dan kami berempat TERperangkap dalam panggung tu sampai kesudah ~ nak kuaq rugi lak tiketnya]

...okeh ~ ni ulasan aku. IKHLAS.

1. Cerita ni sejam setengah. Sejam pertama sapa nak tidoq, buleh tidoq macam sepupu aku. Then buleh layan seram sejuk pada 30 minit terakhir.

2. Watak kaku dalam cerita ni ramai, dan banyak lak scene diaorang ~ Pak Amid, Pak Saad
dan si Daud budak spek mata.

3. Scene Ashraf dengan Daud main 'Spirit Of The Coin' pun ala kadar, sebut pun meraban ja, tapi roh boleh datang walau tak jamu darah or lain2 offerings.

4. Watak Zakiah banyak sangat la bermula dengan 'HOI!' dan
'HEI!'. Terganggu gue!

5. Skrip lemah dan lemau. Siap ada skrip macam cita hantu yang penah aku dengaq dulu-dulu ~ "nak tido ke dah tahu?"

6. Di sekolah menengah ada jawatan Guru Besar.

7. Pengetua balik sekolah jalan kaki sambil kepit buku keluar pintu pagar sambil menyapa pelajarnya.

8. Para penjaga anak yatim pakai kete hebat2 masa menjemput jagaan masing2, kecuali kakak si Arshad dan Ashraf yang datang menapak kaki.

9. Johan si pengawas kena cengkam perutnya oleh si Mona dan dapat tanda macam seal-mark kat perut Naruto.


...lebih kurang la ~ tapi seal-mark ni lagi lawa...

10. Bella mati dilanggar kenderaan. Muka orang yang langgar dia tu macam amat dibuat2 terkejutnya.

11. Pak Saad si kaki J dan B tak henti2 menyebut nama Allah masa berhadapan dengan Mona, walau dalam keadaan maBok.

12. First taim aku gi panggung, belom cerita habes, pekerja GSC dah bukak pintu KELUAR. Siyes!

[KREDIT]: ...aku tak lah kejam. Ada la satu scene yang aku anggap berjaya ~
scene Mona dengan Bella berlatih berlakon kat pentas, tu aku puji sebab tu yang aku nampak 'berjaya'.

...dan Mona or si Sara Ali ni memang lawa.

DONE! Hehehe.

Friday, January 6, 2012

...panGkaH-mEmanGkaH...


[Nanyilah ikut melodi 'Mari Mengundi']

...marilah mari...
...menjaga diri...
...jangan lupa kewajipan...
...minum dan makan...

...apa perkaitan lagu 'makan2' ni dengan pangkah memangkah?

Layan drama SEBAK se-babak ni kejap:

Aku: ...huuu, laichi kang kedai ni dah tak sedap, masam ja aiq dia.

Che Amad: ...tomyam dia pun ceroi ja, tawar tak macam biasa.

Aku: (setelah meng'ODER' milo ais menggantikan laichi kang masam) ni milo pun tawaq macam tak buh susu. Adoi la!

Che Amad: ...(dalam tak sabar cuba menyabarkan aku) biasalah tu, macamni lah kedai makan bila orang ramai.

Aku: ...betuilah orang RAMAI tapi ingatlah kita bukan makan free ~ orang BAYAR!

[Sifir AKU]

...kalau waktu musim mengundi ~ PANGKAH beerti SUKA.

...tapi bila masuk bab MAKAN-MAKAN:

...ber-arti...


...and BYE! BYE! BYE! BYE!...

(aku takkan pi dah kedai tu!)

Thursday, January 5, 2012

...dRaMaTiKnYa sEbUaH dRaMa...


[Flashback ke suatu hari seminggu nan lalu]

Aku : ...haa, dik mai makan. Ada satay abang Ngah bawak balik ni.
Adik: ...wahhhh! Ada satay! Besaqnya!
Aku : ...makan ja. Rezeki orang nak bagi.
(TQ to my dear buddy ~ Yazid)
Adik: ...nyum! Nyum! Nyum! (si pelahap makan dengan lahapnya)
Aku : ...ni namanya satay Kajang yang popular tu kalau hang nak tau.
Adik: ...mana? Mana dia? (bermulanya KONFLIK)
Aku : ...mana apa? Tu la yang ang makan tu la satay-nya!
Adik: ...mana ada? Hat yang Irah (tertulis plak nama hang) tengok semuanya ayam ja, takdak pun yang lain.
Aku : ...apa yang tak daknya?

Adik: ...satay KIJANG abang Ngah cakap tadi mana?
Aku : ...(malas nak tulis dah ~ geram!)

Tuesday, January 3, 2012

...rEkOd tErLamPau...

...hari ni aku menggenapkan jumlah perjalanan 'LUAR BIASA' aku selama aku pernah bergelar seorang pemandu.

07 Disember 2011: Aku pulang ke Bagan Serai dari Melaka setelah terpaksa menghabiskan 3 minggu cuti di Melaka. Huuuuu....[jarak purata 468km]

17 Disember 2011: Aku pulang kembali ke Melaka menjemput adik aku tamat belajaq di ILP Selandar. Dan pulang kembali ke Bagan Serai sejurus selepas itu.
[jarak purata 468km x 2]

23 Disember 2011: Aku kembali semula ke Melaka untuk proses tandatangan SBPA yang 'mengeewa'kan aku selepas itu. A terrible day!
[jarak purata 468km lagi]

25 Disember 2011: Aku tersalah tarikh dan menghadiri kenduri kahwin di rumah kawan aku sehari selepas ianya berlangsung di Batu Pahat. Sebelum sampai, aku dah terlepas persimpangan masuk yang terdekat, maka aku
terpaksa datang dan pergi pada hari itu melalui tol Ayer Hitam kembali ke Melaka. [jarak purata 155km x 2]

29 Disember 2011: Aku nekad balik selepas selesai menandatangani SPBA dan selesai mesyuarat sekolah. Aku singgah berjumpa sahabat baik aku Yazid di Bangi, then bergerak balik dalam keadaan tidak begitu sihat ke Bagan Serai.
[jarak purata 498km]

31 Disember 2011: Aku sekeluarga bergerak dari Bagan Serai pulang ke kampung di Lenggong Perak untuk majlis perkahwinan sepupu aku si Amad Keyrul.
[jarak purata 95km]

01 Januari 2012: Aku memandu pulang kembali ke Bagan Serai.
[jarak purata 95km]

02 Januari 2012: Aku memandu pulang kembali dari Bagan Serai ke Melaka untuk sesi persekolahan yang bakal bermula. Habes setakat tu!
[jarak purata 468km]

...Penat weh!

[KONKLUSINYA]: Memandu ini SANGAT memenatkan ~ tetapi ianya juga merupakan satu SENAMAN yang baik. Wanna know why?

...otot-otot lengan dan kaki ku semakin mantap bentuknya hasil kerja gigih memijak clutch, break dan pedal minyak serta tangan yang aktif mengawal gear dan steering selama pemanduan dalam 3 minggu. Berulas-ulas dah nih!

...dah rasa setarap lengan driver lori dah aku.
(bukan lengan sebenar)


...berkat pemanduan berhemah ~ tak lama lagi macam NI- lah harapnya.


...ha HA ha HA ha HA ha ~ ehh, silap. Aminnnn...