Thursday, October 20, 2011

...al-kisah gigi...

...dulu-dulu, masa aku masih kanak-kanak riang (sekarang pun masih riang sebagai anak bujang, hahaha), aku ada sesuatu yang menjadikan aku lain dari adik-beradik jugak kawan-kawan lain. Yang aku punya lebih besar dari yang mereka ada. Lebih menonjol bak kata mak aku. Memang tiada tandingan-lah hatta aku bertubuh kecil cuma.

...inilah aset. Inilah senjata. Inilah bendanya...

...aku tak pasti, adakah kerana kurniaan Allah ini aku diberikan watak utama dalam pementasan pertama aku di sekolah rendah,"Arnab dan Kura-Kura".

...aku dipakaikan patung Bugs Bunny yang lebih besaq dari aku, dibahagian depan aku (ikat tangan, ikat kaki supaya tak terjatuh sekaligus muka aku pun orang tak nampak la) sedeh wooo, lemas aku kat belakang patung tu...

...dan kawan aku si Ajad pulak dikatkan patung kura-kura dibelakangnya (comey la kami berdua taim tu) dan berlumbalah kami yang sama sesaiz dan mengikut skrip~menanglah si Ajad. Chies!!!...

...dek kerana gigi aku yang begitu 'unik' tu, budak perempuan yang duduk depan aku di Tahun 4 Merah memanggil aku 'Tupai'. Aku tak marah sebab dia yakni si Noreen ni comey budaknya. Cuma gigi depan dia takdak macam aku. Memang dia tadak gigi pun masa tu. Hehehe.

...tupai-zal...
...tu-paizal...

...tapi aku tak leh terima kalau yang panggil aku tu budak laki lain, sebab entahlah, tak best kot? Or maybe depa tak comey macam aku dan si Noreen tu kot, hahahaha...

1 comment: